Saturday, December 31, 2011

Sayonara 2011!!!


Assalamualaikum

Entah kenapa bila saja aku dapat Kalendar baru untuk 2012, hujung hati ni rasa sayu dan sedih je. Rasa macam sekejap sangat tahun 2011 dah pun habis. Nak kene tukar kalendar baru, diary baru, planner baru dan mungkin...resolution baru.

Untuk resolution baru, aku berazam untuk tukar life style aku kepada cara hidup dan pemakanan yang lebih sihat. Aku dah start dah sejak pertengahan December lagi. Aku harap...aku akan kekalkan prestasi sepanjang tahun 2012 dan tahun-tahun akan datang. Biasalah, nak berubah kepada cara hidup sihat ni kelihatan lebih perih berbanding kekal dengan cara hidup yang tak berapa sihat. Mungkin sebab dah terlalu lama selesa dalam zon yang tak sihat.

Yeah....jom kita buat 'new resolution' daripada yang buruk ke arah kebaikan dan daripada yang sedia baik kepada yang lebih baik.

Thursday, December 29, 2011

3 Idiot - TV3 - 28 December 2011

Assalamualaikum

Sejak 2-3 hari lepas aku perasan TV3 asyik dok iklan cerita 3 Idiot dekat tv. Walaupun aku memang dah ada copy movie cerita tu dekat rumah...dan dah banyak kali pon tonton...tapi, tetap tak sabar-sabar nak tengok dekat tv. Ada sikit perasaan excited dekat situ. Padahal..tengok tv je pon, bukan tengok wayang ke, skrin layar besar ke apa.

Mula-mula aku rasa aku tengok iklan die cakap start pukul 9 mlm hari rabu 28 Dec 2011. Tapi tadi aku tengok...pukul 9 ada 360 dan bersamamu macam biasa. Ok, fine. Mungkin mata aku yang kero kot masa tengok iklan tu.

Tengah syok2 tengok..pukul 12, cerita pon stop kejap sebab ada Midnight News. Habis je News...cerita 3 Idiots tak disambung pun...yang ada Big Jam dekat Penang.

Aku rasa tertipu betul tau tak! Macam penipuan iklan. Iklan bagai nak rak. Cerita dah la banyak potong. Ok, fine nak jimat masa untuk iklan lagi, aku tak kisah pun kalau kena potong. Masalahnya lepas tu, cerita tak sempat habis terus potong macam tu. Eh, come on la. Macam mana diorg manage tayangan cerita ni?

Memangla aku frust sebab cerita tak habis tiba-tiba terus hilang macam tu walaupun aku dah tau ending dia. Macam betul-betul membuang masa 2 jam setengah sebab excited nak tengok cerita tu dekat tv. Frust tau tak..frust. Baik gua tak payah tengok dari awal...layan cerita lain lagi bagus. Penat tau bersengkang mata sementara Midnight News tu untuk tunggu sambungan cerita tu? Masa setengah jam tu kalau dimanafaatkan untuk tido gua boleh bangun awal setengah jam esok pagi tau?

Aku memang terasa sedikit emo+piss off dengan kesilapan teknikal macam ni. Perasaan ditipu masa tu sama macam perasaan ditipu oleh promoter tau tak????

Sengal....

Tuesday, December 20, 2011

Tips Supaya Tekstur Muffin Anda Kekal Ringan


Assalamualaikum

Muffin Blueberry tu tapi presentation senget benget almaklumla..tak cukup artist hehe.

Selama ni aku selalu tercari-cari macam mana nak maintain tekstur muffin kering...sepanjang masa selepas masak. Selalunya aku masak muffin malam-malam lepas balik kerja dengan harapan boleh buat breakfast esok ke, bagi dekat jiran-jiran ke, bawak ke ofis ke, bawak balik kampung ke n etc etc. Hasil muffin yang baru je lepas masak biasanya bertekstur sangat kering, ringan dan lembut. Tapi, esoknya, tekstur akan sedikit lembab, berat sikit walaupun still lembut. Bila orang asyik tanya apsal tekstur die macam berat...rasa macam kalau terangkan dekat orang yang malam tadi ok tu bagaikan cerita dongeng je. Frust betul.

Aku baru je baca E-book by Ambarini Harriza Harmaily berkenaan muffin. Dia cakap, muffin lepas je oven berdeting tanda dah masak, biarkan dulu selama 10 minit dalm oven. Lepas tu terus hidangkan. Kalau tak habis, simpan dalam bekas atau plastik dan masukkan dalam peti ais. Bila nak dihidangkan balik, bungkus dalam aluminium foil dan panaskan dalam oven. Buku tu cakap selama 15 minit pada suhu 180c. Atau pun masukkan dalam bekas plastik ke tupperware ke dan panaskan dalam ketuhar pada kepanasan medium selama 4 minit.

Harap-harap tips ni membantu especially orang macam aku hihihi.

Monday, December 19, 2011

Bagaimana Nak Mengatasi Nasi Mentah?

Assalamualaikum

Kadang-kadang bengang kan, bila beli nasi bungkus dekat kedai, balik rumah nak makan..nasinye mentah. Tension. Sebab kalau ko masak nasi sendiri dekat rumah dah komfem-komfem nasi yang ko masak tu elok sedap dan bes. Ini, dah la mentah, kena bayar pulak tu. Nak menyesal pun tak guna. Piss off betul.

Aku cuma try n error aje. Tak tau la pulak agak berkesan. Nasi yang aku dah beli tu dah campur dengan sup dan gravy. Aku masukkan dalam microwave. Aku tekan 2 minit. Lepas 2 minit, aku tengok tekstur nasi mentah tu semakin lembut. Aku tambah lagi 2 minit. Makin ok. Tambah lagi 2 minit. Dah ok.....!!! Yeah boleh makan.

Tapi, disebabkan nasi tu dah bercampur sup dengan gravy sebelum tu, jadi tektur nasi tu macam kembang sikit la. Tapi boleh la nak makan berbanding masa dia mentah.

Saja nak share dekat sini.

Dah la nasi beli, mentah, kene pakai letrik sendirik pulak tu nak bagi masak. Haish.

Sunday, November 13, 2011

AIM 18 - YUNA

Assalamualaikum

Malam tadi aku tak tengok pun penyampaian AIM. Ulangan tengah hari ni baru tengok. Bes tu bes. Overall Ok.

Gamba ni diambik dari www.malaysiandigest.com.

aim18 a.jpg (357×285)

Sebelum aku nak cerita apa benda yang aku nak taip..aku bagitau awal-awal la. Aku ni peminat Yuna. Aku bukan baru minat dia semalam ke bulan lepas ke. Aku suka dia dari mula-mula aku dengar lagu dia dekat radio dengan Youtube. Aku bukan minat dia pasal dia pakai tudung ke pasal fashion tudung dia ke pasal dia tere main gitar ke. Semua tu salah. Aku suka musik yang dia bawak. Majoriti lagu dia..semua aku suka. Boleh dikategorikan yang aku ni SuperSuka dan SuperPeminat dia.

Tapi..aku langsung tak berkenan dengan fashion baju dia malam tadi. Sekali tengok...dalam kepala otak macam terbayangkan presentation aku untuk subjek 'Public Speaking' masa degree dulu, tajuk dia "The Existence of Alien in Roswell, Do You Believe It Or Not?". Aku tak tau la orang lain akan setuju ke tak dengan aku...pendapat masing-masing kan.

Disebabkan aku memang peminat dia...dia pakai macam mana pun aku kutuk dalam keadaan penuh bersopan je kan kan kan.

Ape-ape pun aku sentiasa berharap Yuna terus berjaya dalam karier beliau.


Friday, November 11, 2011

Review - Adi G Ayam Bakar

Assalamualaikum

Pernah dengar Adi G Ayam Bakar? Gerai dia terletak dekat Komplek C PJ. Tapi, aku tak pernah makan pun dekat gerai die ni. Cuma sang cinta hati je yang beria bawak balik tapaukan untuk aku. Die cakap sedap la sangat. Tapi, tatkala aku nak menceritakan kisah Adi G Ayam Bakar ni, rasanya dah lebih 10 kali dah aku telan ayam-ayam dia ni. Sebab aku dah macam addict sangat dengan makanan ni, aku decide nak share dengan semua orang.

First impression....aku rasa biase-biase je. Hidangannya cuma Ayam Bakar yang dah marinate. Tapi, quarter la. Sayur Baby Salad yang boleh diambik pada quantity sesuka hati. Bergantung pada banyak mana ko larat. Tapi..xkkn ko nak ambik sampai sebaldi kan. Agak-agak la. Sup kosong yang pada aku sangat plain. Tapi....diserikan dengan tak tau la aku nak panggil sambal ke gravy ke. Gravy ni yang aku rasa King pada hidangan ni. Supergravy yang aku pernah jumpak. Dan combination semua hidangan ni melengkapi satu sama lain.

Seumur hidup aku..aku tak pernah suka nasi ayam. Pandang sebelah mata pun tak tau. Macam perasaan ko nak terjatuh cinta dengan boyfren ko. Mule-mule...ko sebelah mata pon ko tak pandang die. Ko rasa tak ada yang istimewanya pada dia. Tetibe ko nampak x factor yang die ada...n the x factor tu telah melengkapi segala kelemahan dan kebiasaan pada diri dia yang ko nampak sebelum ni dan membuatkan ko teringat-ingat dekat dia sampai tak tidur malam. Hahahaha. Over exaggeration ke?

Aku tak tau la..kalau orang lain suka ke tak. Kalau nak tau, korang cubala sendiri. Tekak masing-masing kan. Tapi.......aku SUPERSUKA.

PS: At least, kalau aku tengah malas nak masak dinner, dah ada back up dinner hahahahaha.

Kalau ada suggestion mana-mana tempat bes dan makanan bes, korang jangan la segan-segan cadangkan. Hobi aku memang makan. Kepakaran pon makan. Yang lain semua tak berapa nak pandai. Masak pon tak berapa pandai. Makan je pandai. Especially yang sedap tapi tak mahal. Hahahaha.

Bye.





Saturday, October 29, 2011

Cerita Facebook

Assalamualaikum

Terus terang aku kalau bukak facebook kalau tak main game...stalker fb org. Hahaha. Tapi tak dak la nak stalker fb org2 yg aku tak kenal. Nak buat apa? Mestila yang aku kenal cuma dah lama tak contact mcm skoolmet sekolah rendah ka, sekolah menengah ka, uitm met ka. Tapi aku paling suka stalker skulmet la. Sebab dah lama tak jumpak..duduk pun dah masih-masing merata alam, kerja pun macam2 bidang yang lain dari aku, so bila stalker orang yang kita kenal dulu duduk sebumbung (sbb boarding skool) tapi sekarang dah lain...baru la bes.

Apa yang bes? Bes la. Sebab rasa macam 'Amazing thing' sikit. Hahaha.

Ok...contoh la kan. Nak kena bagi contoh..sat lagi hangpa tak faham pulak.

Contoh... ada skulmet ko ni dulu..pendek je (lelaki la selalunye) kurus keding..sekarang ni mak ai..tinggi tough hensem lak tu. Lagi...yg dulu punye la geek alim innocent je skarang mak ai..macam supermodel ko. Ada yang dulu muke innocent baik ibarat lelaki melayu sejati terakhir di dunia...skarang ko...kalau aku jumpe tgh jalan, kompem aku tak sure nak approach dgn ckp 'assalamualaikum' ke 'excuse me sir' hahaha. Heran tak? Kagum tak?

Ada jugak yg dulu comei dan cute dan menjadi pujaan ramai. Skarang...da macam pakcik atau makcik je gayanya. (untuk umo-umo aku la). Ada gak yang jadi semakin jelita dan kacak. Ada gak yg poyo terlebih...(huahuahua jahat kan aku mengata orang).

Bagus jugak la Mark Zuckerberg ni. Macam mana budak Mark ni boleh genius buat menatang Facebook ni kan? Memangla ada banyak benda negatip gak dari facebook ni..tapi kat sini aku nak komen yg positip je la. Kalau tak dak facebook ni aku rasa ada possibility untuk kita makin melupakan kawan-kawan kita, betul tak?

Dulu sebelum aku ada facebook ni kan, kadang-kadang jalan-jalan dekat Giart ka, ada la terserempak dengan bekas skulmet aku. Tapi...sebab dah banyak perubahan fizikal. Dia jadi macam lupa-lupa ingat. Nak tego takut salah orang. Akhirnya buat tak tau je. Tapi...lepas ada facebook..satu hari tengah aku makan nasi dekat food court MBPJ, tetiba ada skulmet aku tego aku. Aku pun tekejut. Sbb muka mmg tak ingat la sbb dh lain sket. Dia pun bole cam aku sbb dia pun sama..ada stalker FB aku jadi muka aku sekarang mestila sama mcm dlm fb kan hahaha. Tapi bila dia bgtau nama..aku tau la dia skulmet aku. Kan dah jadi macam rancangan jejak kasih.

Malam-malam minggu macam ni kan, encey M tu sibuk la nak tengok ESPN dia yang diclaim sebagai wajib tonton diatas alasan penyebab ASTRO naikkan cas bulanan. Aku pulak buat benda-benda tak pekdah macam stalker fb ke, main game ke, tgk cite korea ke. Ahahaha.

Sekian.

Tuesday, October 25, 2011

Negatip + Positip = Bongok.

Assalamualaikum

Dalam hidup ni kan..biasa la kalau kadang kala kita ada salah faham dengan orang-orang di sekeliling kita. Nama pun hidup sebagai manusia. Tak sempurna. Salah faham ni kadang kala bukan pun ada siapa salah siapa betul...tapi mungkin la antaranya ada yang siapa yang lebih bongok hehehe.

Tapi, prinsip hidup aku ni..kalau nak buat apa-apa mesti buat perkara yang end up is aku happy dan orang sekeliling aku pun happy. Sebab..kalau aku je happy tapi orang sekeliling aku tak happy...nanti end up aku akan rasa bersalah jadi..tak happy la.

Bila ada salah faham...kita pon tak nak panjang-panjang. Kita bukan budak-budak lagi pun. Macam aku selalu cakap, benda-benda bongok macam ni kalau aku andaikan macam sampah sarap ke lumut dalam bilik air ke, dah lama aku ambik penyapu ke, vacuum cleaner ke, berus ke kasi bersih licin berkilau. Tapi bila kita dah tak de apa-apa...pihak satu lagi tak habis-habis nak buat cerita untuk canang satu kampung yang konon-konon..biasala, kalau sendiri buat cerita mestilah 'pretending of being an innocent angel' tu berlebih-lebihan...apa perasaan korang?

Terus terang aku rasa ade perasaan menyampah, irritating, jelak dan semue perkara-perkara negatip. Tapi...kalau aku layan perasaan negatip ni yang akan mempengaruhi tindak tanduk kita lepas ni..tak ada beza la aku dengan pihak satu lagi tu.

Sebenarnya aku tak pernah kisah dan peduli pun apa orang nak cakap atau nak buat cerita. Prinsip hidup aku asalkan aku tau apa yang aku buat, tak menyimpang etik dan agama, Allah tahu..cukup. Cuma kadang-kadang kita rasa tak seronok bila kita tahu ada orang tengah sungguh-sungguh buat cerita, kita pun tak nak buat apa-apa untuk bereaksi. Bukan apa. Malas. Bukan buda-budak lagi kan.

Aku doakan esok tak ada perkara yang tak meng'happy'kan hati. Aku bukan doakan untuk aku saja..tapi semua orang dalam dunia ni.

Peace yo.

Tuesday, October 11, 2011

Rugby - Gladiator

Assalamualaikum

Sebelum aku nak meneruskan pendapat aku pasal sukan RAGBI ni, aku nak mintak maaf dulu sebab para peminat sukan Ragbi semestinya akan bengang+terasa hati+rasa pissed off dengan aku+segala makna perkataan yang sinonim dengan contoh perkataan yang aku dah bagi.

Aku tak kisah sebab pada aku 'andai ko berani kutuk orang, kena la berani terima kutukan orang'. Kalau nak touching je, baik ko diam. Betul tak?

Pada aku yang agak personal ni, aku rasa sukan Ragbi ni macam sukan yang tak bertamadun korang faham tak? Suck . Ok, dah bagi statement kena bagi contoh kan.

Macam mana la aku cakap tak bertamadun. Semuanya akan berebut-rebut bola secara ramai-ramai, ko hempap die, yang lain hempap ko lak, lepas tu bergomol-gomol ramai-ramai, semua pun pakat cium bontot geng sendiri atau pihak lawan. Hi..yerk so disgusting you know. Ahahaha.

Kalau pihak lawan tengah bawak bola, ko nak stop die ko terkam die macam nak terkam ayam buat sembelih hari raya je, tak pun ko terkam dengan gaya cium bontot die. Ahahaha. Kalau pihak lawan yang ko terkam tu hari tu makan telur rebus banyak, time ko terkam bontot die tu, die bagi hadiah kentut paling wangi dekat ko macam mana hahahahahahaha. Owh..boleh buat strategi tu.

OMG !!! So Disgusting hehehehe.

Aku tak faham la..sapa pencipta sukan Ragbi ni. Mungkin dia adaptasi dari Sukan Gladiator zaman Rom dulu kot, dia nak mensukankan Gladiator, dia tukar jadi Ragbi. Aku buat spekulasi sendiri je ni. Tak dak fakta Sains atau Sejarah pun.

No butthurt ok.

PEACE YO!




Monday, September 19, 2011

Trend Novel Melayu Kini

Assalamualaikum

Memang dah jadi kebiasaan, bila aku bosan (tak semestinya sebab tak dak kerja, banyak kerja yang diklafikasikan tak bes pon boleh jadikan kita bosan) mesti aku akan membuang masa di kedai-kedai yang boleh baca buku free . (Contoh MPH, POPULAR, KINOKUNIYA n etc).

Apa yang aku perasan la kan, dekat bahagian lambakan novel melayu, hampir 70% novel yang dijual semuanya berkisarkan tentang

1- KAHWIN KONTRAK
2- PENGANTIN PEREMPUAN LARI JADI WATAK UTAMA ADALAH ISTERI BIDAN TERJUN
3-PURA-PURA KAHWIN/TUNANG

Dulu aku baca jugak cerita-cerita macam ni. Tapi, kalau dah hampir semua cerita pun konsep jalan cerita dia hampir sama, yang beza cume keadaan, situasi, nama watak utama.. rasa macam muak dan nak termuntah aku rasa. Otak macam tepu dan tak berkembang je.

Hero cerita asyik-asyik nak keturunan Tengku-Tengku, Kerja sang hero paling cikai pun CEO....ada bisnes juta-juta, bangunan sendiri menggapai ke awan, hensem bergaya macho baju branded-branded, Nemesis pulak mesti pakai baju asyik kain tak cukup.

Apa yang bagus...maksudnya ada ramai bakat-bakat penulis baru dekat Malaysia ni so...budaya membaca pun bertambah.

Tapi...kalau dah lambakan cerita yang sama, tipikal dan terlalu banyak fantasi dan angan-angan tidak akan membina budaya berfikir nanti.

Aku berharap akan muncul ramai lagi bakat-bakat penulis yang kreatif, tak membosankan, tapi penulisan yang lebih informatif. Peace.

Wednesday, September 14, 2011

How Are You? Alhamdulillah Ana Bikhair.

Assalamualaikum

Pagi-pagi bila orang soal ko "apa habaq?" ka "How are you" ka, apa selalu yang ko jawab?

Sihat?

Yes I'm Fine ( ni diajar dalam buku dialog english kecik-kecik dulu)

Ok

Bagus

Dulu waktu aku student, bila ada orang tanya

Orang : Hei, how are you, dear?
Aku : Yes I'm Fine.... (buku ajaq macam tu)

Sampai la satu hari, seorang businessman chinese ni tegur aku. Dia cakap

'why did you answer I'm fine. In Singapore, fine is summon. Did you mean that you've been summon by anybody today? Say la...well, I'm Great and Happy today.'

Tersipu-sipu jugak la aku dengaq waktu tu. Tapi bersemangat sangat dan sangat straight forward aku rasa jawapan macam tu.

Lepas tu, bila orang tanya how are you dekat aku, aku dah tak jawab I'm fine lagi. (Go to hell with the schematic dialogue). Tapi, aku jawab ikut suke hati aku mengikut cuaca persekitaran. Contohnya.

1. Yeah...I'm OK, healthy and not insane hahahaha

2. Yeah...so so la today

3. Sihat..tak nampak ke? (ni sarcastic bunyiknye so jangan tiru ok, mak aku tak pernah ajar pun jawab macam ni, ntah dari mana aku absorb aku pon tak tau hahahaha)

Sampai la suatu ketika...aku bekerja dengan golongan-golongan dari middle east ni. Bila aku pulak tanya depa how are you, depa jawab

'Alhamdulillah..I'm fine'

Memangla die pon jawab ikut buku die I'm Fine. Tapi apa yang aku nak tekankan dekat sini. Penggunaan Alhamdulillah. Ramai antara kita ni selalunya jawab standard macam aku jugak la dan langsung tak mention Alhamdulillah. Padahal segala kesihatan dan kenikmatan yang kita rasai setiap saat tu datangnya dari Allah S.W.T. Tak kisah la ayat apa yang kita nak guna untuk gambarkan pengkhabaran diri kita ketika orang tanya tu...tapi, ucap la dulu kata-kata Alhamdulillah. Setakat IC je Islam, Pakai Tudung, tapi akhlak tak seindah dituntut nak buat apa kan?

Aku pon berazam akan mengimplementasikan benda ni. Sesiapa yang baca pun, jomlah kita mulakan dari sekarang. Sesiapa yang memang dah amalkan, Alhamdulillah. Hehe.

Selamat Beramal.

Monday, September 12, 2011

Sense of Humour

Assalamualaikum

Sense of Humour = pandai dan boleh di bawak bergurau dan pandai mengenakan gurauan di tempat/masa yang tepat. (pada pendapat aku la)

Aku tak pasti la yang aku ni ada sense of humour ke tak. Aku rasa aku pandai tapi tak tau la kalau di mata orang lain depa rasa aku ni jenis yang membosankan, series 24 jam, sarkastik dan sebagainya hahahaha.

Kenapa tiba-tiba saja aku mempersoalkan keupayaan diri tentang kebolehan aku dalam sense of humour ni? Sebab..sejak dua tiga menjak ni jugak..aku selalu terserempak dengan beberapa gurauan yang...aku rasa macam tak lawak langsung. Tapi, terlalu obvious si fulan sedang membuat lawak. Jadi, aku pun heran dengan diri aku pulak. Apa pasai aku rasa tak lawak...adakah aku dah kehilangan 'sense of humour'???

Contoh 1.

Situasi : Time Lunch dan penduduk office sedang berpusu-pusu keluar dari premis office.

Aku : Ko nak keluar lunch mana?

Si A : Hihihi.....I nak keluar ke depan, bukan ke belakang. Kalau ke belakang, nanti langgar tembok. Hihihi.

Aku : ??? Ko buat lawak ke? Tak lawak la.

Si A : Ala....gelak la sikit.


Contoh 2.

Si A : Mana I bole dapatkan envelope courier yang besar daripada ini tapi kecik sikit dari yang selalu kite gune tu?

Aku : Erm....nak buat isi apa? (aku nak membayangkan saiz yang tepat)

Si A : Tak de....nak isi u la lepas tu nak hantar courier. hihihihi.

Aku : ??????? Envelope ade banyak saiz lagi antara yang paling kecik dan besar ko mention tadi. Tapi, yang bole muat aku tak ade.

Si A : Hihihi tak de tak de. Nak isi dokumen ni je.

Kesimpulannye...mungkin aku yang kurang deria 'sense of humour'. OMG. Aku kena buat apa2 ka? Haish.

Sunday, September 11, 2011

Perkara yang Membuatkan Diri ini Perasan haha

Assalamualaikum

Sejak akhir-akhir ni kan, sering terjadi beberapa insiden yang akan membuatkan aku tersengih perasan huahuahuahua.

Insiden 1.

Lokasi : MPH SACC

Stranger : Hi, are you student?

Aku : Nope. No more. Do I look like a student?

Stranger : Is it? You look like a student.

Hahahahahaha.....aku bangga dan terasa muda la tu.

Insiden 2.

Lokasi : Office

Colleague : Umur akak berape ek?

Aku : 28. Nape?

Colleague : Tu la. Heran kan. Tengok akak ni kalau tak tau, mesti ingat dalam 23-24.

Hahahahahahaha.....lagi sekali gua rasa riak.

Insiden 3.

Lokasi : Kedai makan dekat dengan rumah USJ 6 bersama-sama sang cinta hati.

Cashier : Dah habis belajar ke belum?

Aku : Er....dah. (dalam hati...dah lame dah kak oi)

Cashier : Ha..habis tu ko dengan boyfren ko ni bile nak kawin? (merujuk kepada Mr M)

Aku : Er....dah lama dah kawen.

Cashier : Ha????? yeke????

Hahahaha......


Sekian, setakat itu sahaja yang aku nak kongsikan. Aku bukan nak riak sebenarnye. Riak kan tak baikk. Tapi, saja je nak share kegembiraan hati. Hehe.

Thursday, August 25, 2011

Salam Aidilfitri

Assalamualaikum

Aku sekarang dah jarang berblog sebab macam aku ni semakin hari dah semakin ketandusan kata-kata dan cerita. Kadang-kadang ada je benda nak diceritakan. Tapi, bila fikir sana sini, malas pulak nak cerita apa-apa.

So, sekali lagi menjelang aidilfitri ni aku nak memohon ampun dan maaf dari hujung kaki ke hujung kepala andai kata apa yang aku corekkan dekat sini kadang membuatkan sesiapa tak puas hati ke, tersinggung ke atau apa-apa yang sama maksud dengannya. No butthurt ok.

Rasa macam sekejap je. Masa ni memang sekejap sangat berlalu. Sekejap puasa. Lepas tu dah raya. Tetiba dah raya haji. Tup tup...dah puasa balik. Rasanya macam baru je masuk sekolah rendah, terpaksa kayuh basikal pergi sekolah dan bila bulan puasa...balik sekolah tengah hari sambil kayuh basikal tu adalah cabaran yang paling pedih aku rasa. Perasaaan tu kan macam kalau on the way tengah cycling tu ada orang orang jahat offer air, ada kemungkinan terbatal puasa. Nasib la tak ada kan. (sapa pulak nak tunggu tepi jalan panas-panas untuk offer ko bukak puasa kan)

Tiba-tiba tak sangka..umur aku ni dah tak remaja lagi...haish. Pantas sangat masa ni berlalu.

Salam aidilfitri semua!!!!!!!


Monday, August 8, 2011

Perkara tak ajaib pun tapi pelik terjadi di bulan ramadhan

Assalamualaikum dan salam ramadhan,

Pejam celik pejam celik, dah....seminggu kita berpuasa. Alhamdulillah.

Ada beberapa perkara yang aku pelik bila time puasa.

Pelik 1.

Kenapa bila time bulan puasa kan...semua orang mengadu lemah dan tak larat. Ok, fine. Sebab tak makan. Bila jumpa orang pun..muka selenge sebab dalam keadaan lemah la ni. Maklumla..puasa. Tapi, time bulan tak puasa...kite diet ke, skip lunch sebab bz sangat ke, skip lunch sbb nk jaga bajet wallet ke...tak de lak kite buat muke lenge je sepanjang time keje.

Ok...mungkin sbb still bole minum air kot.

Pelik 2.

Kenapa bila time bulan puasa....di mana patutnya kita ni bersabar je mengawal nafsu amarah dan sebagainya, tapi..time balik keje semua pun nak bawak kete macam sial. Semua jadi selfish. Dah macam medan peperangan dah aku rasa setiap kali nak balik rumah. Balik rumah je pon.

Pelik 3.

Kenapa time hari raya je...mesti kite sibuk nak cari baju raya, tudung raya, sport rim raya etc etc? Masalahnya.....kenapa? (ni..aku pon sama kadang-kadang) Padahal...time bulan puasa kalau nak bershopping benda-benda macam ni kan, orang punya la sesak+ramai dan bershopping bagaikan tiada hari esok lagi.

Kalau ko setakat nak repair ke tampal tayar ke yang cikai-cikai ni pergi kedai pomen time hari minggu di bulan puasa kan, memang kompom ko kena diskriminate dengan staf-staf kedai pomen tu sebab diorg semue sibuk nak entertain org tukar sport rim. Kalau memang nasib tayar kete ko tak berape nak lucky di bulan puase, tak ke merana hati dan perasaan ni.

Pelik 4.

Kenapa ade lelaki yang fizikal nye gagah perkasa....kalau setakat nak angkat karung guni beras 2-3 kampit tu...small the pieces punye la. Tapi....bila suruh puase, tak larat. Kenapa? Kenapa? Yang menjadi kepelikan. Dah la puasa tak larat.....tapi nak sambut raya beria plak tu. Nak baju raya gak. Samping raya gak. Sport rim raya gak.

Pelik 5.

Kenapa ade orang yang dah biasa diet...maksud aku, makan tak boleh banyak nanti gemuk, yang nasi setengah mangkuk pun belum tentu habis tu. Tak mampu nak puasa gak. Kenapa? Kalau ko dah makan tak banyak...baik ko puasa je. Tahan sikit je. Bape jam je dalam sehari. Takde la sampai 20 jam pun. Bukan dekat London musim panas pun.

Ini la antara perkara-perkara pelik yang terjadi dalam sebilangan masyarakat kita ni. Especially pelik no. 4 dan 5. Aku memang tak boleh terima. Kadang-kadang yang buat tu...mereka yang masyarakat kenali dan hormati. Aku rasa sangat lah hipokrit manusia-manusia ni.

So, selamat berpuasa semua. Tingkatkan amalan dan sentiasalah bersederhana dalam segenap perkara. Ameen.

Saturday, July 16, 2011

Tak Cool kot

Assalamualaikum

Waktu aku tengah memandu pulang ke rumah tadi, tiba-tiba dengan selamba dog je pemandu Honda City maroon berplat negeri Penang mencampakkan botol mineral keluar kereta die. 'TOINKKK'.

Kelepek. Botol tu langgar bonet depan kereta aku yang dekat belakang kereta die.

Hei...come on la. Aku rasa sungguh tak cool kot. Tak de sivik. Bukan la aku bising ni sebab botol tu langgar kereta aku ke ape. Tapi...ko buang sampah rata-rata macam tu dengan selamba tanpa rasa bersalah ke? Macam tak ada nilai-nilai moral je. Takkan cikgu ko tak ajar waktu ko sekolah-sekolah dulu. Aku tau la...pagi-pagi pekerja Majlis Bandaraya akan sapu sampah-sampah dekat jalan raya yang orang campak-campak tu. Tapi..aku rasa tak patut tu.

Thursday, July 14, 2011

Bengang...

Assalamualaikum

Kenapa topik kali ni bengang. Memang tepat sekali. Memang aku tengah bengang pon waktu menulis ni. Tak spesifik la. Banyak perkara yang membuatkan aku bengang.

Faktor bengang tu pon bukanlah dipengaruhi satu subjek. Banyak subjek. Kalau boleh muntah, dah lama aku muntah banyak banyak supaya kadar kebengangan aku zero. Hati senang.

Yang aku menyampah, kadang-kadang aku bukan la nak simpan sangat perasaan bengang tu dalam hati. Kalau bengang tu macam cebisan sampah, aku ingat nak je ambik penyapu, sapu-sapu, lepas tu campak dalam tong sampah. Habis cerita. Tapi, benda berkait dengan perasaan ni susah nak lupa macam tu.. je. Tambah-tambah pulak, setan pun banyak dok bisik macam-macam dalam hati, belum lagi yang dok rewind kat kepala otak.

Tapi, bila aku fikir-fikir balik kan, asyik dok fikir kite je bengang dekat orang. Ingat orang lain tak de ke bengang dekat kite. Mesti ade. Takkan la tak ada kan. Macam la maksum sangat. So, sebenarnye sama je.


Friday, July 8, 2011

Butcher & Steak Parlour dekat Putra Height (review)

Assalamualaikum

Dah lama tak update blog. Macam-macam sangat benda-benda yang buat kepala otak aku berserabut terjadi sejak kebelakangan ni. Serabut. Buatkan aku tak de mood nak melayari laman sesawang ni hehe.

Aku berborak dengan si cinta hati dalam kereta tentang bertapa susahnya nak cari restoran yang halal+sedap+servis bagus+bersih sambil jalan-jalan cari kedai makan dekat Putra Height. Target nak makan macam nasi goreng ke atau apa-apa yang simple.

Tiba-tiba perhatian kiteorg terarah pada satu kedai ni. "Restoran & Kedai Daging, Butcher and Steak Parlour". Walaupun semalam baru je kecewa lepas makan set Lamb Chop dekat restoran Big Taste dekat Seksyen 7 shah alam, kieorg tetap nak cuba.




Suasana simple je. Aku order Lamb Grilled bahagian Loin. Waktu order, waiter tu tak de pon tanya aku nak masak medium rare ke, medium ke, well done ke...aku pon lupa nak cakap. Tapi..bila dah siap rupa-rupanya...tukang masak 3 style sekali. Bawah tu kan ada 3 ketul daging kan. Satu medium rare, satu medium n satu lagi well done.


Aku malas nak tangkap-tangkap gamba dalam restoran tu. Karang nervous pulak orang restoran tu hehehe. Tapi ambience dia ala-ala cowboy la. Nama pun jual steak kan. Kena la style orang puteeeeiiiii beb. Hehe. Lagu pun die pasang sume country song. Tapi...ok la. Just nice. Lagipun aku memang layan dengan muzik country ni.

Ha...ni nak komen pasal daging die. Marvellous..marvellous. Inila restoran steak yang aku nak cari. Halal+sedap+bersih+servis bagus. Daging die masak tu lembut je. Potensi nak lekat dekat celah gigi pun payah. Rasa die....sangat menusuk kalbu. Aku makan....punya la sopan. Slow motion...je. Sebab apa? Sebab aku rasa sedap sangat sampai aku tak mau makan laju-laju nanti habis cepat pulak kambing aku. Huhuhu. Teruk tak?

Komen aku satu je. Set kambing aku ambik tu harga die RM30.00. Er..pada orang lain aku tak tau la. Tapi, pada aku MAHALLL tu. Kalau sekali sekala nak makan situ boleh la. Tapi, kalau selalu....koyak la poket wallet weih.

Apa-apa pun aku memang fully recommend kalau sesiapa nak try makan dekat sini. Lokasi die dekat-dekat shop lot unit yang agak hampir dengan Giart Putra Height. Sedap. Kalau korang tak caya...korang p cuba. Tapi kalau nak cuba kene la pergi kedai die. Hehehehe.

Bon Appetite, Mon Amis!

Monday, June 13, 2011

hazama cinta teragung with lyrics

Yeah....dekat sini aku nak share lagu Hazama dengan lirik. Hayati la...lepas tu boleh ar main tuju-tuju lagu macam kumpulan Jambu dalam Maharaja Lawak tu. Ehehehehe


Sunday, June 12, 2011

AKADEMI FANTASIA 9

Assalamualaikum

Terus terang aku bukan penonton tegar AF. Masa zaman Mawi dulu aku takde astro lagi. Tapi lepas tu aku dah ade astro. Tapi...aku tetap memandang picisan je AF ni hahahaha. Poyoss...kan.

AF9 ni konon-kononnye yang last. Konsert AF9 minggu 1 mula-mula dulu aku tengok macam nak termuntah je. Hampess gas. Yg ok pon aku rasa Lena dengan Raqib je kot. Malas aku nak tengok lepas tu. Tiba-tiba ada satu minggu tu aku tengok, astro nak bawak masuk 4 peserta baru. Aku tengok performance budak Fina..memang awesome gile. So, aku berharap die terpilih undi masuk. Aku pun tengok lagi minggu depannye.

Dari seminggu ke seminggu. Aku yang selalunye mengejek sesape yang mengaku penonton tegar (laki aku pon sama macam aku 2x5) AF ni secare tibe-tibe je telah trasform diri...aku suke dengan HAZAMA. Ahahahahaha. Hazama...!!!!! Hazama....!!!! Hazama....!!!!!


Fina ni suare memang awesome gua cakap lu. Tapi, nampak sangat kebudak-budakan die dari perwatakan, cara cakap, cara persembahan. Memang die budak-budak lagi pun. 18 tahun. Tak pe. Aku rasa die ni kalau fokus, betul-betul, tak de buat hal dan gosip-gosip murahan, kompom boleh pergi jauh. Silap haribulan boleh jadi diva ni. Kematangan tu....akan datang sendiri melalui pengalaman. Tapi, kene la cepat belajar.


Hazama. First time aku kenal Hazama ni time die jadi jemputan 'Jangan Lupa Lirik'. Poyoooosss gile. Menyampah aku tengok. Tapi...bila bagi lagu dekat die, walaupun lagu yang tak femes dan melayut je...tapi, die nyanyi ok. So at the end of the show, aku buat kesimpulan budak ni nyanyi ok tapi....poyo sangat.

Lepas tu aku tengok M.U.H (aku memang peminat tegar M.U.S) jemput Hazama jadi penyanyi diorg. Aku tensen tau. Sebab aku rasa si Hazama ni poyo. Tapi, bile die perform beb......fuiiiyo.. aku rasa memang lebih baik M.U.H ambik die jadi penyanyi diorg ganti Azlan Typewriter berbanding Black. Lagi satu, aku lagi suka fesyen rambut die sekarang. Aku memang menyampah dan tak suke time die buat rambut rebonding dulu. Ye ar..laki buat rebonding dow. So not a man okay.


Aku tengok Final AF9 tadi sambil-sambil lewa je. Contohnya sambil floss gigi, lap meja makan dsbnye. Tapi...time Hazama nyanyi, kene fokus. Andai kata budak Hazama ni nyanyi melalut je tadi...memang aku kecewa. Tapi, performance tak mengecewakan. Awww...sukeeeeelaaa....!!! Aku suka dengan single Hazama. Hahahahaha.

Tahniah sebab akhirnya jadi juara. (Tapi...sori la sebab aku tak mengundi pun..aku sokong dalam hati je hehehehehe)


Sekian.

Thursday, May 26, 2011

Piala Sudirman 2011

Assalamualaikum

Malam ni masa dihabiskan dengan menonton Piala Sudirman. Macam biasa la, aku mestila sokong Malaysia walau macam mana hensem atau cun pon pihak lawan. Ehehe. (ade kene mengene kahh???



Yang peliknya....pelik tetapi benar ni. Kenapakah pemain Malaysia gemuk-gemuk belaka????


Adakah masalah obesiti di kalangan rakyat Malaysia ni dah memang tahap serius sampaikah representative Malaysia dalam sukan badminton yang sepatutnya kerja rutin dia hari-hari bermain badminton yang memang kompom berpeluh-peluh dan bergelen-gelen penghapusan kalori berlaku tapi masih maintain tampil gemuk????? (panjang betul persoalan aku ni??)


Ataupun...


Adakah Malaysia sangat kekurangan bakat badminton?


Kalau macam tu..aku rasa macam nak tulis resume untuk mintak permohonan jadi pemain badminton wanita Malaysia jugak la. Nak bagi dekat siapa ek, Kementerian Belia dan Sukan ke? Hehehehe....

Wednesday, May 25, 2011

showdown 2011- Drama on the dance floor was not cool at all.

Macam tahun lepas, aku memang peminat tegar showdown ni. Tiap-tiap minggu tak pernah miss lagi.

Dulu waktu sekolah rendah dulu aku selalu gak buat showdown time main zero point hehehe. (sibuk nak interframe diri kan?)



Tadi korang tengok tak bottom four crew die RokuSteps vs Borneo Crew n Blazin Squad vs Force 136. Fokus aku pada drama not cool on stage by Blazin Squad n Force 136.


Aku pelik la, sebab tipikal battle showdown dekat Malaysia ni kan aku tengok, bila pihak lawan tengah nak buat power move je, pihak lagi satu mesti nak buat something yang akan mengganggu fokus pihak lawan. Contoh macam battle tadi la. Tak matang langsung. Tak professional langsung walaupun kemahiran tu boleh tahan ok.


Judges cakap not cool. Erm..berlapik sangat la. Pada aku la kan, crew yang tak cukup power, yang tak konfiden dengan kebolehan dan kemahiran sendiri je (walaupun sebenarnye tere je) yang akan mengganggu pihak lawan beraksi. Sebab, kalau ko konfiden yang power move ko dah terbaik dan cukup power, ko takkan kaco crew lawan. Let the best crew win, man.


Aku tengok macam Giler Battle Crew, Crew-crew dekat Korea dengan Jepun, bile diorg battle..tak ada pun nak kacau-kacau pihak lawan dengan aksi-aksi yang membosankan dan too typical. Power move...memang gempak la wei. Kenapa? Sebab diorg memang power.


Kalau aku tadi, aku buang due-due crew tu. Kesian gak dekat Borneo Crew. Power move memang cantikk tapi..macam kurang strategi dan teamwork la.


So, sungguh mengecewakan. Dem. Dem. Dem.

Saturday, May 21, 2011

Nur Kasih The Movie - review

Assalamualaikum

Yeah....aku dah g tengok cite Nur Kasih The Movie malam tadi. Aku ni memang peminat tegar drama Nur Kasih dulu maka dengan gigihnya aku memang dah book awal-awal tiket movie Nur Kasih sebelum keluar wayang lagi. Gigih tak?? Huahuahuahua





Secara keseluruhannya...ok la ceritanya. Kalau nak bagi rating:

Lakonan : 4/5

Cinematography : 4/5

Storyline : 2.5/5

Ini tekaan aku la. Agaknya mula-mula diorg ada plan nak buat drama nur kasih season 2 disebabkan sambutan begitu menggalakkan. Tapi, mungkin lepas diorg kaji-kaji, sebab drama kan berepisod dan panjang, dengan jalan cerita tu mungkin rating akan jatuh dari satu episod ke satu episod. So, diorg nak compact jalan cerita tu jadi sebuah movie.

Itu..tekaan aku je. Mungkin salah kot hehehe.

Tapi, kenapa aku buat tekaan macam tu?

Sebab aku rasa macam banyak benda sampingan yang nak diceritakan dalam movie ni. Tapi, kenkangan masa di mana movie punya duration of time kurang dari 2 jam tu menyebabkan aku terasa beberapa scene cerita dalam ni, tak payah dimasukkan pun tak apa.

Contoh kan, scene Jehan Miskin nak upah firm Nur Amina tu. Aku rasa, aku tau kenapa scene tu ada. Nak tunjuk yang susah Nur Amina nak survive dekat bandar lepas Adam sakit dan berkemungkinan si Jehan Miskin tu bengang kot lepas Nur Amina cakap rezeki dia bukan ditentukan oleh manusia tapi Allah, mungkin ade sabotaj ke, sebab tu lepas kejadian tu satu projek pun syarikat Nur Amina tak dapat.

Aku rasa, benda-benda macam ni tak payah dimasukkan dalam movie pon pun tak pe. Lainla kalau drama ke. Tengok Adam tu dah sakit teruk dengan bil perubatan yang tinggi melambung pun dah tau...mesti tak boleh survive punye dekat bandar.

Itu antara contoh la dan ikhlas dari pendapat aku.

Yang paling menarik, lakonan adik Mya Sara. Time part die je mesti kelakar. Memang aku suka sangat. Dan ending filem macam tak terjangka. Ini menarik.

Aku siap dah bet tu dengan sang cinta hati. Dia teka yang ending nanti Nur mati dan Adam hidup. Aku pulak teka, mak Adam dengan Aidil yang mati dan Adam hidup. Tapi, at the end orang lain yang mati. Huhuhuhu. Aku rasa dekat sini agak menarik jugak la filem ni trick. Hehe.

Soundtrack...mmg undeniable la. Cite Kabir Bhatia soundtrack mmg terbaik. Touching betul..semuanya nampak kena je.

Walau macam mana pun, memang filem ni berjaya buat penonton menangis. Aku pon memang sok sek sok sek la jugak menangis. Lupa pulak bawak tisu...so...sungguhla selekeh huahuahaua...malunyerrrr ai.

Pergila tonton korang! Mungkin korang ada pendapat yang berbeza. Walaupun aku komen storyline filem ni, secara jujurnya aku tak pulak rasa rugi tengok cerita ni berbanding beberapa movie melayu tempatan yang...mungkin korang pun tau kan macam sesetengah cerita tu hehehe.

Thanks for reading mine.

Friday, May 20, 2011

Selamat Hari Guru semua Guru-Guru

Assalamualaikum,

Ok..ok aku mengaku yang aku ni lambat. Memang lambat. Tapi aku tetap nak ucapkan 'Selamat Hari Guru' terutamanya pada mak aku yang jadi cikgu pertama aku dalam hidup ni. (aku tau mak aku tak baca blog aku ni hahaha).

Kemudian, pada cikgu tadika aku, cikgu-cikgu masa sekolah rendah aku, masa sekolah menengah rendah, sekolah menengah tinggi sampai la unibesiti.

Aku nak share story pasal bekas cikgu Add Math aku dulu. Cikgu aku ni kecik je orangnya, suara pon perlahan je. Setiap kali subjek Add Math, aku memang ikhlas dari hati la tak bape nak minat lepas tu tak bape nak paham, dah la tak paham, ngantuk lak tu. Aku rasa cikgu aku ni memang sikit bengang ar dengan aku sebab aku selalu curi-curi tidur.

Akibatnya, dia selalu panggil aku depan kelas selesaikan soklan Add Math dekat depan. Dah tak faham+tido, menggelabah beruk le aku. Bila aku tak dapat selesaikan, kene khutbah pulak tu kat depan sume classmate. Waktu tu geram sangat aku dengan cikgu ni. Malu ai tau. Habis la saham aku. Grrrrr.........

Tapi, disebabkan tu la aku gigih sikit belajar Add Math. (INSAFFFF....kuikuikui)

Sebelum aku nak ambik SPM, cikgu tu pesan dekat aku...' kalau awak dapat A, datang jumpa saya dan tayang result awak depan mata saya, kalau tak dapat, jangan jumpa saya'

Disebabkan tu jugak aku study Add Math bagaikan tiada hari esok lagi bagimu huahuahua.

Alhamdulillah aku memang dapat A1. Aku tengok je result Add Math aku, terus berkobar-kobar aku nak cari cikgu Add Math aku. Tapi, tak jumpa. Aku pon hampa balik rumah. Tapi, aku rilek jer. Aku cakap tak pe. Nanti time aku nak ambik sijil SPM aku nanti, gua tayang la sama cikgu.

Tak lama lepas tu aku dapat panggilan call, cikgu aku dah meninggal dunia disebabkan Kanser.

Aku terdiam lama. Aku terkedu. Yang paling penting, aku nak jumpa dia bukanla sebab nak tayang sangat result aku tapi aku nak ucapkan terima kasih banyak-banyak. Tapi, Allah lebih sayangkan dia. Selama ni aku tengok dia rilek je ajar student-student dia, langsung tak terfikir yang dia mengidap kanser.

Aku terkilan sangat. Marilah sama-sama kite sedeqahkan al-fatihah kepada beliau. Al-Fatihah.

Monday, May 16, 2011

Aku tak nak percaya kau lagi!

Assalamualaikum

Ingat lagi tak korang tentang kisah pengembala kambing yang selalu menipu orang kampung pasal serigala yang akhirnya bila betul-betul serigala datang, orang kampung dah tak percaya dekat dia. Ala..ada dalam buku teks sekolah rendah dulu. Takkan tak ingat kot?

So, skang ni aku nak sajikan kisah yang lebih kurang sama tapi...tak dak ending la. Kalau korang konfius dengan watak-watak dalam cerita ni, aku bagitau awal-awal, watak utama die adalah sang A.

Contoh 1.

Sang A : Ko nak tau, sebenarnya kan si B tu kan pot pet pot pet pot pet.....(gosip + tuduhan).

Aku : Tak percaya lah. Ye ke? Takkan la...

Sang A : Betulla. Saya tau. Dia tu semua saya tau. Keluarga die semua saya tau. Memang betul.

Aku memang ragu-ragu dan tak percaya. Kemudian, aku jumpa sang B yang kene gosip tadi.

Aku : Pot pet pet pot pet (sembang pasal fesyen semasa). Awak ade bla bla bla (refer to yang si A tu cakap) tak?

(aku ni sebenarnye kadang-kadang ngong gak.)

Sang B : Astaghfirullahalazim. Saya bukan orang macam tu la. Awak tengok saya jenis macam tu ke??

Aku : Eh, saya tak ada niat nak cakap macam tu. Saya ni tanya serkap jarang je.

Sang B : Ke ade orang buat gosip ni? (muka B macam nak emo je)

Aku : Tak de la.


Contoh 2

Sang A : Ko nak tau tak die tu kan bla bla bla.

Aku : Erm....mana awak tau ni. Kalau salah cakap nanti fitnah tau. (hari tu die kutuk si B hari ni si C, malas aku nak layan)

Sang A : Ye lah! Sang C yang bagitau saya.

Aku : Takkan si C tu cakap macam tu.

Sang A : Betulla. Awak tak percaya ke? Saya dah lama kerja dekat sini. Saya tau la.

(ala mementangla aku ni baru keje dekat sini, ko eksyen lak). Aku tak puas hati, aku g cari sang C.

Aku : Betul ke awak pernah cakap dengan sang A pasal die ni bla bla bla. Ini confidential tau.

Sang C : Ya Allah. Saya tak pernah cakap dengan si A pasal hal ni. Awak tengok saya ni baik dengan si A tu ke? Nak berbual dengan die pon malas nak layan.

Aku : Atau pun awak cerita dekat geng2 awak tapi si A dengar. Benda ni confidential ok.

Sang C : Ye saya tau. Bos dah cakap banyak kali. Kalau bos tau lagi dia marah. Betul, dengan membe-membe saya pun saya tak cakap. Kenapa si A bagitau, saya cakap?

Aku : ...(angguk)..

Apasal entah aku pegi bagitau dan mengadu domba. Sebenarnya aku nak tau sapa yang cakap betul.

Kejap lagi lepas tu.

Sang A : Hei, kenapa ko bagitau dekat Sang C? Ko diam-diam sudah lah. Ko ni tak baik la buat saya macam ni. Tak pasal-pasal Si C tu mengamuk dekat saya.

Aku : Kenapa pula? Bukan awak cakap memang si C yang bagitau ke?

Sang A: Er...ye la! Er..mungkin bukan si C yang bagitau. Mungkin ramai-ramai bagitau.

Aku : Ramai-ramai pulak? So, mana satu. Tadi cakap Si C.

Sang A: Ko tak boleh buat saya macam ni. Tak baik. Ko tu budak-budak je.


Contoh 3

Aku : Kiteorang nak g makan dekat Kopitiam Pak Li, nak join ?

Sang A : Erm...tak pe la. Saya dah bawak bekal.

Aku : Ok..... (aku pun nak cau...)

Sang A : Tapi.....

Aku pun berhenti jap.

Sang A : Saya ikut lah.

Aku : Erm..ok.

Sedang berborak-borak makan.

Sang D : Sang A, selalunya u bawak bekal.

Sang A : Eh, hari ni saya memang tak bawak bekal. Sebab smalam saya dengan korang nak lunch dekat sini hari ni. Saya memang teringin nak ikut sebab tu memang dah plan tak bawak bekal. Hehehe

Sang D : Owhh....

Aku : ............. (hai, tadi cakap bawak bekal tapi dalam hati je)


So, selepas beberapa insiden-insiden di atas dan beberapa insiden lain yang kalau aku nak cite sume....penat pulak aku nak type. Haish. Korang rasa aku nak percaya lagi ke si A ni?

Mesti dalam hati ni memang aku dah tagged si A ni tak boleh dipercayai. Aku pon macam malas nak berbual lagi dengan si A. Kadang-kadang aku kesian gak tengok si A ni macam tak de kawan. Kalau boleh aku tak nak dengar apa-apa cerita dari die sebab aku rasa macam semua tak boleh percaya. Tapi, macam mana kalau tiba-tiba dia bagitau benda yang betul tapi aku tak percaya. Mungkin sebab die macam ni, semua orang tak nak kawan dengan dia.

So, moral of the story, mulut ni memang bahaya. Jaga mulut kita elok-elok.

Pesanan untuk semua dan diri sendiri jugak hehehe.


Friday, May 6, 2011

Be positive okay!

Assalamualaikum,

Situasi 1

si B : Hish...apala si A tu pakai kasut ala-ala macam model gitu tinggi nak mampus. Dia ingat cantik sangat ke? (sambil ketawa yang sarcastic je bunyinye)

aku : Erm..ok je. Biarla die lagipun apa salahnya, tu kan fashion. Stylo per...

si B : Alah..jatuh karang baru padan muka.

aku : ..... (malas nak layan)




Situasi 2

aku : Ai, cantiknye sunglass awak...(ikhlas okay)

si B : Saya ni kan kena pakai sunglass sebab cuaca tengah panas. Tak tahan la sakit kepala. Nanti orang cakap saya belagak pulak. Padahal saya memang kena pakai.

aku : o....




Aku tak tau la situasi ni berlaku dalam kelompok wanita sahaja ke? Lelaki pun ada jugak yang macam ni ka?




Cliche nya, kita ni bila tengok orang lain lebih sikit, lain sikit, pelik sikit mudah sangat nak mengejek dan memperlekehkan orang lain. Heran kan? Heran kan? Padahal, kadang-kadang apa yang orang lain buat tu bukan lah satu perkara yang pelik pun.

Yang aku rasa annoying sangat dengan orang-orang macm ni, sikap sarcastic diorg tu. Aura negatif tu kuat sangat. Memperlekeh dan mengejek orang lain. Thats not good okay.


Be positive everybody!

Friday, April 29, 2011

Kenapa tangan menggeletar selepas main badminton?

Assalamualaikum,

Korang pernah tak mengalami situasi di mana tangan korang menggeletar selepas sesi bermain badminton?

Ahad lepas kan company aku ada badminton tournament. Aku pergi dengan adik aku. Lepas second match, time tengah lunch, lebih spesifik lagi masa tengah bukak getah ikat lauk untuk nasi, tangan kanan aku tak boleh nak fokus untuk buka ikatan getah tu. Trembling. Sebenarnya, itu bukan first time terjadi. Dah banyak kali tapi, setiap kali lepas main badminton.

Aku : Hish..apasal tangan ni menggeletar pulak.

Adik aku : Entah-entah parkinson!!!!!!!!!

Aku tengok adik aku kecik besar kecik besar je. Dasar mulut tak ada insurans betul.

Tapi, sebenarnya jauh dalam hati aku takut gak. Aku rasa umur aku ni belia+remaja lagi. Kuang kuang kuang. Takkan ada parkinson kot. Sebenarnya sebelum ni pun, setiap kali lepas main badminton, ramai yang tegur aku bila tengok tangan aku trembling especially masa tengah pegang tin air hundred plus. Tapi...gua ignore je macam cool. Lepas tu balik rumah tengok tv...lupa.

So, skarang dah risau. Maka dengan gigihnya aku googling pasal isu ni. Tak banyak cerita pon dalam internet. Lebih banyak cerita pasal Tennis Elbow dengan Golf Elbow. Aku rasa, simptom-simptom tu tak sama dengan aku.

Tapi ada beberapa kes-kes minoriti lebih kurang macam aku ni jugak. Aku check dekat

http://answers.yahoo.com/question/index?qid=20090425155846AAUB3oD

http://wiki.answers.com/Q/Why_your_hand_will_shake_after_playing_badminton

http://sg.answers.yahoo.com/question/index?qid=20100116021759AAljbHJ

Kesimpulannya, 'trembling symptoms' adalah disebabkan oleh 'adrenaline rush'. Jadi, bila 'adrenaline rush' berlaku, tangan kita akan penat, letih, makanya disebabkan itu tangan menggeletar lepas berhempas pulas main badminton. Yang paling penting...ianya adalah common things (dalam wikianswer yang cakap) atau pun dalam bahasa nya, sesuatu yang normal.

Fuh...lega la jugak. Kalau tak..nervous gak aku.




Nak tau adrenaline rush tu macam mana? Bukan album Faizal Tahir tau. Kalau nak tau, tengok dekat sini.

http://www.ehow.com/facts_5491504_adrenaline-rush-symptoms.html


So, sesiapa yang ada simptoms yang sama anda tak perlu risau lagi. Mungkin disebabkan jarang main sebab tu la bila tiba-tiba anda main, lepas main je tangan anda menggeletar. Rasanya, kalau main secara kerap, symptoms ni akan semakin berkurangan.

Cheers. Sharing is Caring.

Wednesday, April 27, 2011

Restaurant Nailis - Taipan

Assalamualaikum

Sekarang ni entah kenapa mood nak masak-masak tu macam tak wujud dalam atmosphera rumah aku. Rasa macam tak makan pon sanggup demi tak masak. Yang ada cuma mood main badminton je huahuahua. Tapi, disebabkan yang bernama manusia dalam rumah aku tu bukan aku sorang, ada lagi sorang si cinta hati...jadi disebabkan dia balik awal, so kiteorg check it out mana-mana restoran yang berdekatan.

Dengar-dengar gosip pasal makanan sekarang ni, ramai suka lepak dekat Restaurant Nailis. Disebabkan ini first visit kiteorg, aha...apa lagi, kene la bagi komen membina sikit kan.

Mula-mula masuk...memang kagum. Ambience memang terbaekk la. Ala-ala 'suasana rimba di tengah kota'. Lagu yang dipasang pon ok...maksud aku, tak ada la sakit kepala otak nak dengaq hahaha. Patutla ramai orang area sini suka lepak dekat Nailis. Ramai jugak orang dekat sini. Ada yang dating, lepak2 dengan membe, makan-makan dengan family.

Padahal nak makan nasi, tapi mulut ni pegi order lamb chop.



Presentation lawa. Harga RM25.90. Tapi, bila makan aku rasa tak ada yang istimewanya dan macam tak berbaloi dengan harga yang diletak. Jangan terasa kalau orang lain rasa ok. Ini komen ikhlas dari aku. Kambingnya terlebih masak dan terlebih masin. Gravy tak menarik.






Spagetti carbonara RM14.90. Erm..ok la. Sedap jugak. Boleh tahan sedap la. Tapi, sikit sangat la. Macam tak berbaloi dengan harga. Kalau die letak RM12.90 ke...aku dah ok dah.





ABC. Presentation memang cantik menarik ko memang d'bom. Tapi, rasa die ok la. Ok ok sajork.







Ambience + food presentation memang agak kelas. Aku bagi 4/5.




Food + Beverages..erm aku bagi 2/5.




Service okla, aku bagi 3/5.




Tapi...ni pada aku la. Korang tak tau la. Mungkin korang suka. Kalau nak tau...cuba la ke sana. Boleh bawak awek ke berdating, atau kalau penat balik keje nak lepak2 dengan membe2 ke. Ok, tadahal. Hehehe.


Tuesday, April 26, 2011

Majulah Sukan Untuk Negara, yeah!!!!

Assalamualaikum

Dah lama tak buat entry bergambaq. Hari ni rajin sket, meh tengok aku upload gambaq Lin Dan dengan Lee Chong Wei.

Setiap kali kalau dua orang ni lawan kan, aku selalu cakap dengan Mr M yang aku membayangkan diorang ni macam watak dalam cite-cite komik Jepun tu. Lee Chong Wei ni hero yang baik. (tengok..kan muka baik tu). Lin Dan pulak macam watak orang jahat. Power, handsome, tere, macho...tapi...kijam. (tak perasan ke muke lin dan ni mcm kejam sikit hehehe). Hero kalau lawan orang jahat memang la selalu kalah-kalah dengan orang jahat. Tapi kadang-kadang hero menang gak.

Walaupun aku suke Lin Dan (pompuan baikkkk kan suke dengan bad boys..typical huahuahua)..tapi aku tetappp la sokong Lee Chong Wei. Malaysia Boleh!!!




Kaitannya...Ahad lepas, Company aku ada tournament Badminton. Penat gile nak mampus. Sampai hari ni, badan aku sakit-sakit lagi tau tak. Padahal, nak kata main tu power macam Lin Dan..tak de pon. Huahuahua. Tapi, dapat la no 3. (Saje je...nak kecoh kan kuikuikui.)

Ok la...tangan aku ni masih sengal lagi. Stop dulu la.

Daa....

Monday, April 18, 2011

Bila anda rasa Stress...

Assalamualaikum

Hidup ni kan nila static dan konsisten je...hari-hari everything okayy je...kita akan terasa hidup kita ni macam agak bosan.

Tapi, bila Allah test kita dengan beberapa ujian kite rasa stress.

Stress ni walaupun diklafikasikan sebagai gejala negatif fitrahnya, tapi kadang-kadang ada gak positipnye.

Analoginye dekat sini sama la macam kandungan lemak dalam badan. Kalau kite kekurangan lemak dalam badan atau langsung tak ada, badan kita lemah, tak dak tenaga, nak kerja dekat tempat dalam air cond pun menggigil-gigil macam kena demam kura-kura, tak boleh bersukan, nak bersukan pon semput bla bla bla.

Tapi...bila kandungan lemak kita ni berlebih-lebihan sampai melampaui batas....banyak pulak penyakit nanti. Bukan tu je, nak lari semput, nak pakai baju pun dah tak hensem dan vogue dan macam-macam lagi la kesan negatif.

So apa-apa pun..kuantiti die kene la berpatutan.

Macam tu jugak la dengan Stress. Kalau tak stress langsung...maksudnye hidup kite macam tak ada cabaran. Kita pon jadi manja dan lembik.

Bila stress...baru la kita akan mencabar minda untuk lawan stress tu dan selesaikan apa yang patut.

Tapi, kalau stress yang melampaui batas tu...sama gak macam lemak tadi...boleh buat kite semue gile.

So, jangan takut pada stress.Kalau rasa-rasa macam kuantiti stress korang semakin bertambah ke, buat-buat la apa-apa yang patut untuk kurangkan kuantiti stress tu. Hehehe.

Positif tak? Positif tak? Kuikuikui.

Friday, April 15, 2011

Bila Minggu Exam Je...mesti ada virus ngantuk

Assalamualaikum

Hari ni nak ngumpat pasal si M ni sket. Kalau korang nak tau (kalau xnk pn cite gak hehe) abang M ni skang jadi part time student. Sambung belaja. Ye la, aku kan malas. So...die yang tak de la rajin sangat tu...jadi part time student, keje full time la macam biasa. Kesian gak sebab tengok terkejar sana terkejar sini. Mana Nak kejar pergi kelas lagi, mana nak setelkan request customer lagi. Nasib baik dapat isteri solehah+baik macam aku ni yang kadang-kadang mood dewi-dewi datang sampuk tu...aku pon dengan komitednye tolong buatkan assignment die. Baik tak? Baik tak? Baik tak?

Skang ni dah nak minggu exam. Yang aku heran tu kan, laki aku ni macam dapat penyakit virus tidur. Semakin nak dekat exam, semakin kuat serangan virus tu. Tapi, kalau nak difikirkan, dulu time aku study pun, memang dah jadi hukum alam. Time awal semester, asyik tak boleh tido awal..aktiviti macam-macam sampai 24 jam tu macam tak cukup. Rasa nak berdoa lepas sembahyang mintak tambah barang 12 jam lagi ke.

Tapi..bile time minggu pekse. Baru lepas solat magrib jer...mata dah ngantuk tak boleh blah, padahal isyak pon tak masuk lagi. Tido awal je tiap2 malam. Heran kan? Heran kan?

Tapi..tu dulu la time remaja-remaja. Aku ingatkan dah umur belia2 ni dah tak ade dah virus ni. Salah rupanye tekaan aku yang dangkal ni.

Skang ni...virus ngantuk menyerang dengan kuat sekali. Rasanya tahap pencemaran virus ni lagi kuat dari tahap pencemaran radioaktif nuklear dekat persisiran laut Jepun sana. Tolong la sesapa bagi nasihat bernas sikit suruh Mr M ni study. Dah penat dah aku membebel tapi die buat dekkkk je.

Wednesday, April 6, 2011

Baling Batu Sembunyi Tangan

Aku rasa perkara ni bukan terjadi di kalangan masyarakat melayu je dan bukan juga berlaku di kalangan khusus kanak-kanak ke, remaja ke, belia ke, orang-orang tua. Ia semacam satu penyakit yang berlaku di mana-mana.

Contoh

Si A mengumpat si B dekat si C. Pong Pang Pong Pang sesedap rasa campur ajinomoto garam gula si A ni mengumpat.

Tapi..time sedap-sedap si A ni sedap-sedap kutuk si B...tak pernah terlintas ke dekat dalam otak die yang macam mana kalau si C tau apa yang dikutuk nye.

Cliche nye..si A berharap si B akan simpan cerite ni sorang-sorang dalam hati dan takkan cakap pada sapa-sapa dalam dunia ni. Kalau nak cakap pon..mungkin dengan si Z dari Uganda ke atau si Y dari Senegal ke yang takkan cakap pada si B.

Ye ke?

Kalau si A di tempat B..die akan buat perkara yang die harapkan B buat ke?

Aku tak rasa macam tu.

Nak jadi cerita...C tau. C siasat...last skali suspek adalah B. B pulak..mestila cakap A kan.

Bila A dapat tau, A mengamuk...dan salahkan B sebab bagitau orang.

Persoalannya...kenapa si A nak mengamuk sedangkan sepatutnya dia patut fikir sebelum dia keluarkan apa-apa andaian+kutukan+umpatan.

Kenapa tak confirm dengan si C dari awal?

Kenapa kite hanya berani baling batu..lepas tu, kita nak sembunyikan tangan dengan harapan tak ada mata lain yang akan jumpa tangan kita padahal dalam hati ketawa ria sebab kita pembaling batu misteri tu?

Untuk renungan bersama.

Monday, March 21, 2011

Linkin Park-Waiting For the End Lyrics



Korang ada dengar lagu ni?

ade?

ade?

ade???

First time aku dengar dekat Red FM las week. Tapi malam ni baru terhegeh-hegeh explore balik. Sebab time aku dengar tu tengah konon-konon concentrate memandu (ececece) so...tak sempat nak dengar sape yang nyanyi lagu ni cume sempat tangkap tajuk lagu.

Sungguh tak kusangka...rupenye played by Linkin Park. Aku pon dah hampir terlupa kewujudan group Linkin Park ni padahal awal-awal masuk UiTM dulu, ini antara group kegilaan aku ni lepas Britney Spears dengan BSB huahuahuahua. Daripada peminat lagu pop tetibe je jadi Rap Metal.

Aku suke lirik die. Aku share youtube yg ade lirik instead of diorg punye official klip sebab nak korang hayati lirik die. Hehehe. Enjoy the song!!!

Thursday, March 17, 2011

Ganu Kito Deh...

Assalamualaikum

Setelah bertahun-tahun tercari-cari masa yang sesuai untuk pergi bercuti akhirnyer...kiteorg berdue ke Terengganu. Semuanya unplanned n very t last minute. Salah sorang dari aku punye BFF kawen dan die orang Terengganu. As one of BFF, jatuhla hukum wajib untuk pergi kan meskipun jauh hehehe. Disebabkan dah alang-alang ke ganu kito...aku pon last minute plan nak pergi bercuti ke Redang lepas kenduri tu.

Malangnya...tiba-tiba dapat berita Tsunami hari Khamis. Kenduri hari Sabtu. Plan nak pi Redang lak hari Ahad. Sampai Terengganu pon...tengok ombaknye lain macam je ganas. Maka dalam rela dan terpaksa, cancella plan nak pi Redang.

Dah la tak dapat pi Redang, ingat nak berfoya-foya duduk dekat Primula Hotel...sekali penuh sebab cuti sekolah. Adeh deh deh....sungguh terkilan dan sedih aku rase. Rase nak merajuk balik s.alam la la tu gak. Tapi, kiteorg menginap dekat Hotel Permai..ok gak hotel die. Bes. Cume bukan tepi pantai je la huhuhuhu.

So, jalang jalang Ganu deh. Tengok masjid, tengok orang mancing ikang, makan nasik dagang (yang ni tak puah lagi kawe makang) huhuhu.






Adui..kawe nak makang nasi dagang lagi dekat Ganu ni. Hheehe.

Thursday, March 10, 2011

sweet sour by Nasz

Assalamualaikum

Tajuk post aku ni sebnarnye tajuk buku novel. Bengang betul aku bace buku ni. Betul-betul bengang.

Antara sebab aku bengang adalah:

1- Pertama kali aku baca buku ni, lepas aku rembat dari adik aku. Then, aku nak baca buat ubat tido sambil baring-baring dekat katil. Waktu tu ahad malam isnin. Sedar-sedar aku baca dah separuh buku..tapi lambat sikit tahap aku baca sebab aku macam menghayati pulak setiap paragraph die tulis...aku tengok jam pukul 5 pagi!!!! Ha...gile ape esok keje, isnin pulak tu. Bengangnye aku.

2- Aku tido kejap je. Sebab tak habis bace, aku gigih bawak buku tu g keje dan bace dalam kete time jammed.

3- Balik keje pon macam tu.

4- Balik umah masak laju-laju sebab nak sambung baca dan in law aku nak datang.

5- Aku sambung baca lagi sebelum tido, kali ni habis tapi jam dah kol 3 pagi.

6- Aku dah tak bawa g keje esoknye.

7- Tapi, aku balik keje aku buat revision pasal buku tu.

8- Esoknye, aku balik keje tengah jammed, aku nampak kete ferrari merah, aku senyum sorang-sorang sebab aku teringat salah satu part dalam buku tu.

9- Malam tu baru aku cover tido.

10- Tapi bangun pagi sblm nak g keje, aku wat revision lagi buku ni.

11- Malam ni, aku g google pasal buku ni dan jumpe blog penulis die. http://nasz-h.blogdrive.com. Ni la blog die.

Aku ni bukan la fan club novel melayu pon. Kadang-kadang aku boring sebab cite sume same je. Tak menarik pon. Baru bace satu para dah boring. Nak habiskan sebijik pon makan masa setengah bulan.

Masalhnye, Cite die tak boring korang. Mungkin style tulis dan olahan die tu santai, sempoi, senang baca, tapi yang pnting jalan cite teratur dan tak mendatangkan ketak logikan berlaku di hati pembaca. Lepas bace 1 chapter ketagih nak bace next chapter. Macam tengah bace novel thriller pulak, padahal tengah baca novel cinta-cinta.

Aku promote ni. Walaupun die tak kenal aku, tak de kongsi komisen pon dengan aku..tapi aku gigih ni promote buku ni. Besss korang. Besss. (gigih tak? gigih tak?)

Hehe.

Sunday, February 27, 2011

Sayang nak kerja ke belajar?

Hehehe...

Budak-budak masih belajar secara cliche nye...semue berkobar-kobar tak sabau-sabau nak habis belajar, nak kerja, nak rasa duit sendiri dan beli kete sendiri.

Yang dah kerja bertahun-tahun pulak...semuenye mula dan asyik terkenangkan zaman belajar dari zaman tadika sampai la universiti.

Pelik kan?

Tapi nak buat macam mana..dah realiti memang macam tu.

Semalam, aku dengan Mr M naik komuter nak g KL Central. Kiteorg nak cepat+tak nak terjebak dengan kesesakan jalan KL menjelang malam minggu+tempat tu sebelah je KL Central. Tempat duduk komuter penuh korang. Terpaksa la aku berdiri dari Shah Alam sampai KL. Nasib baik tak pakai high heel..kalau tak,mamposs.

Berdiri dekat sebelah aku ada due couple yang berdiri sambil pegang besi, sambil pegang2 tangan, dah macam nak bercium dah aku tengok. Naseb..public place. Kalau adik aku, aku jumpak macam tu..dah lama aku luku-luku kepala die beserta ceramah agama. Siap aku bagi pakej report dekat mak bapak aku lagi supaya dapat lagi pakej ceramah agama.

Diorg borak-borak, aku pasang telinga ahahahaha.

boyfren : sayang..bile sayang start keje?

awek : Bulan 6 ni.

boyfren : Tak nak sambung belajar lagi ke?

awek : Tak nak. Saya nak keje cepat. Tak sabar nak beli kete. Lepas keje je saya terus nak beli kete. Awak pulak macam mana? Pointer awak baru-baru ni bape?

boyfren : Erm...dalam _____. Entahlah, saya pon dah tak larat nak belajar. Rasa dah penat sangat. Boleh gile otak ni kalau terus belajar lagi. Tak sabar nak kerja.

Perbualan diorg berkisar pasal tu la. Kepochi kan aku ni? Hehehe. Jangan marah ye.

Saturday, February 19, 2011

Perlukah anda menjadi peramah?

Orang cakap masyarakat Malaysia ni bersopan santun dan peramah.

Mungkin betul. Tapi...bercakap pasal keramahan...aku agak terganggu dengan beberapa cliche sikap ramah rakyat Malaysia.

Contoh 1.

Situasi - Aku tengah minum air milo, tiba-tiba datang si B datang menyapa.

B :Awak dah minum?
Aku :Er........tengah minum ni

(Aku sebnanye konpius nak jawab sbb aku memang tengah minum bukan tengah makan choki-choki ke, main badminton ke, bergosip ke, macam mana si B ni boleh tanya soklan macam ni? Takkan aku nak jawab..'helo, ko bute ke tak nampak, takkan aku tengah jahit baju kot?'....tu namanye tak bersopan dan kuang ajo. Dan adakah si B terlalu peramah sambil bertanyakan soklan tu tanpa berfikir panjang?)

Contoh 2.

Situasi - Aku lunch beli bungkus dan makan di pantry ofis bersama B & C. Sambil makan, kiteorg berborak-borak bersama. Kemudian, habis lunch keje dalam setengah jam lepas tu aku pon nak solat zohor. Di surau, aku jumpa C nak solat juga.

C : Hai...awak dah lunch?
aku : Eh, bukan kite mkn dekat pantry sama-sama ke tadi?
C : Eh, ye la..hehehe

(aku konpius yang die ni tadi sembang-sembang dengan aku sambil makan tak perasan ke tengah sembang dengan aku, ke die amnesia, atau pun die terlalu peramah sampai tak tau nak tegur ape dengan aku?)

Contoh 3.

Hari Isnin

D : Hari ni masak?
aku : Erm..tak tau lagi.
D : tak pe la hidup berdua je..

Hari Selasa

D : Hari ni masak?
aku : insyaallah masak..
D : tak pe la hidup berdua je..

Hari Rabu

D : Hari ni masak?
aku : tak kot
D : makan dekat luar ye..takpe la hidup berdua je..

Hari Khamis

D : Hari ni masak?
aku : entah la...awak masak ke malam ni?
D : Oh, saya makan roti dengan susu pon dah cukup. Tak pe la awak hidup berdua je..

Hari Jumaat

D : Hari ni masak?
aku : hm..malam ni nak masak la.
D : tak pe la masak untuk berdue je..

Hari isnin lagi

D : Hari ni masak?
aku : ....

Boleh tak aku nak jawab, ko ni hari-hari tanye aku masak ke tak masak awat? Hang ada masalah ke? Hang ni private investigator ke nak siasat aku hari hari masak ke tak? Hang tengah buat tesis ke..bape hari aku masak, bape hari aku tak masak lepas tu nak buat carta pie, graph dan lepas tu nak buat presentation.

Atau pun si D ni terlalu peramah tapi tak tau nak tanya apa..jadi tanya benda yang sama setiap hari.

Aku rasa, kalau kita tak ada idea nak berborak dan tak dapat nak fikirkan sesuatu yang menarik untuk dibualkan, lebih baik kite diam. Kalau tak nak nanti orang cakap sombong, bagi je senyuman..itu dah memadai.

Aku bukan marah die tanya aku masak ke tak? Tapi bila hari-hari asyik tanya benda sama..sampai aku boleh hafal dan perasan dialog die...mesti la aku pelik dan terasa sedikit annoying. Tapi..kalau korang berada di situasi aku dan tak rasa apa-apa tak pe la. Korang memang power. Hehehe.

Sunday, February 13, 2011

Macam mana nak elakkan mengumpat?

Assalamualaikum..

Dari kecik lagi..aku rasa kita semua tau yang mengumpat tu tak baik..berdosa. Tapi, susah kita nak keluarkan diri kita ni dari budaya mengumpat ni. Budaya ni mencengkam bukan setakat masyarakat belia atau mak cik-mak cik ...budak2 kecik baru darjah satu tu pon dah pandai mengumpat..betul tak?

Aku pon tau efek mengumpat dari segi logik dan realiti dia selain dalam agama cakap berdosa. Kadang-kadang...kita akan rasa bersalah dalam hati sebab macam kita betray si fulan tu kalau kite mengumpat die padahal depan die kite baik je. Kalau betul kite rasa protes dengan attitude die..sebnanye lebih baik kite cakap face to face je depan die. Tapi..elok2 la cakap...jangan cakap macam kerek pulak. Hehe.

Aku pon berazam nak kurangkan mengumpat dan join org tengah mengumpat. Aku nak bersikap lebih TELUS DAN TRANSPAREN.

si fulan : sok sek sok sek die tu ada bomohkan bos...sebab tu bos sayang die. Kalau org lain mana ada..sok sek sok sek (isunya dirahsiakan)

Aku pon cuba nak bersikap positip kunun.

aku : Tak baik sebarang cakap pasal benda macam ni..nanti fitnah. Apa bukti yang awak cakap die macam tu?

si fulan: saya tau la. Saya belajar benda-benda macam tu. Saya tengok je saya tau isi hatinye.

aku : ye la...tapi, macam mana awak tau. Awak nampak bayangan ke? Awak nampak die tengah baca-baca ke?

si fulan: Hei..yang nampak bayangan-bayangan tu semue ilmu syeitan. Saya memang belajar. Itu la awak ni...bodoh. Awak mungkin pandai dan master ilmu dunia awak ni...tapi..ilmu sebegini...ini...saya lagi master. Tak macam awak..bodoh ilmu begini. Saya tau la...saya tengok je saya tau. Saya belajar. Saya dah analisa dalam al-quran.

Aku : .....

Aku cakap dari segi logik je kan. Memangla aku bodoh pasal-pasal benda mistik ni. Tapi, kalau orang dah start emo..cam gini, aku malas la nak panjang-panjang. Baik aku sambung keje aku dari melayan. Cume isunye...patut ke die riak kalau die rase die memang tere pon.

wallahualam.

Sunday, January 30, 2011

Impian saya di Kala Kebosanan

Impian aku yang dah lama bertahun-tahun tersimpan dalam hati ni..tapi tak dapat ditunaikan sebab konon-konon bizi la sangat chaich.... BERCUTI DAN MELANCONG.

Rasanya dah banyak entri dah aku cite pasal benda yang sama ni. Aku pun boring. Sapa yang penah baca pon mesti boring jugak. HUHU.

Tapi...aku tak nak bercuti melancong setakat nak bershopping-shopping menengok-nengok barang seperti pinggan mangkuk Vantage,pyrex,tefal ke, tengok baju beg tangan LV coach DKNY ke...aku tak mau tak mau dan tak mau. Boring. Kalau setakat aktiviti sosialnye macam tu..tak pe la tak pe, aku rela cuti dok umah je. Paling tak..baik aku shopping je dekat-dekat macam dekat Pyramid ke. Aku tak nak. Aku rasa itu sume percutian yang membosankan. Hidup aku yang dah sedia bosan dan penuh dengan perkara yang membosankan. Aku tak nak tambah lagi aktiviti-aktiviti bosan yang akan memenuhkan lagi kuota bosan aku.

Impian aku..simple je..aku nak jadi macam dalam show the Amazing Race tu. Aku nak travel then do something adventure n full of excitement. Perkara yang kite takkan nak buat hari-hari macam tu. Baru berbaloi percutian tu. Baru aku rasa diri aku ni tak tergolong di kalangan masyarakat yang membosankan.

Contohnyer...dapat pergi diving dengan snorkelling dekat Sabah atau Terengganu ke, pergi climbing gunung kinabalu ke, dapat skiing dekat Jepun ke, atau apa-apa aktiviti yang seangkatan yang walaupun aku tak senaraikan sebab tak de idea time tulis entri ni tapi masuk dalam kumpulan aktiviti yang Adventure, Happening dan dalam masa yang sama dapat appreciate nature.

Tapi macam mana...kalau aku tak bizi...Mr M bz. Mr M x bz..aku bz. Aku tak bz..Mr M lak bz. Kekadang due due pon bz. Time hari raya AIDILFITRI je kot yang baru due-due tak bz. (saje je nak highlight aidilfitri je sbb hari raya haji pon...tak tentu hala sambutannye huhuhu nasib nasib)

Kecewa sang putri asyik merungut dalam hati pasal hal ni tak sudah sudah.

Thursday, January 13, 2011

TALENTED VS NOT TALENTED

Selama korang hidup ni kan, korang tahu ke apa bakat semulajadi korang?

Aku rasa semestinya ada antara korang yang memang lahir dari kecik dengan bakat semulajadi yang tersendiri punye…tapi, mungkin ada gak yang tak ada..atau pun kalau dia ada tapi dia tak explore maka die tak tau.

Macam aku ni kan..aku tak tau la ada ke tak bakat semulajadi. Setau aku macam tak dak. Dah lama dah aku fikir pasal benda ni. Tapi, lama tak lama pun…sejak aku kerja la. Dulu waktu sekolah belajaq…idea tu ada gak muncul dalam kepala otak aku tapi..tak pernah la nak terfikir panjang2.

Kadang-kadang tu aku jeles gak la dengan golongan-golongan yang dianugerahkan bakat semulajadi ni. Diorang hanya perlukan sedikit dorongan, ilmu, lepas tu korang tengok la betape bombastic nye hasil dia nanti. Kalau orang yang tak de bakat ni…boleh gak nak belajar sesuatu..belajar sungguh-sungguh tapi selalunye hasil die tak sehebat orang yang ada bakat. Padahal dah buat sehabis gud gud dah tu.

Dulu waktu aku sekolah rendah dulu kan, aku ingat lagi. Aku ni dulu dari kecik tak bape tere melukis. Pandai lukis tu pandai..tapi, lukisan aku tu tak de la cantik pun kesimpulan nya. Ada satu masa tu, target aku nak lukisan aku cikgu tampal dekat dinding lepas tu dapat A bintang tiga. Jadi, aku pun berlatih berbulan-bulan melukis pakai watercolour.Untuk memperhebatkan skill aku kan, aku lukis satu lukisan pemandangan yang sama setiap hari sampai aku hafal la dekat mana nak boh kale ini, dekat mane nak boh kale yang lain.

Bila tiba hari ujian, aku pon lukis dengan selamba. Tapi, aku curi-curi gak tengok lukisan contoh aku sebab aku bukan ingat sangat tona kale die especially dekat awan dengan tasik. Susah tu weihhh…… Tapi, ada sorang budak kelas aku ni. Muke malas-malas punye type la. Mule-mule die konpius, apa die nak lukis. Aku tengok die blur je mula-mula nak lukis sebab tak de idea. Lepas tu sekejap je korang. Die lukis macam conteng-conteng, macam dap-dap je dekat lukisan die. Tapi…ha..part ni yang aku jeles sangat ni. Dah la die start lambat dari aku, habis cepat dari aku lepas tu….cantikkkkkkkkkkkk pulak lukisan die dari pada aku.

Akhirnye, aku dapat A-, die dapat A bintang bintang. Kejam tak dunie ni? Kejam kan? Aku frust gile waktu tu. Tapi, aku tak de la hasad dengki pulak kan. Aku ni baekk. Cuma aku rasa down sikit la waktu tu sebab aku rasa aku ni dah beriya gila, die rilek je, tapi die lagi power..aku, ok-ok je la. Tapi, takpe la, at least dapat gak A walopon ade tolak dekat belakang die. Hehe.

Akibatnya, lepas tu aku dah malas dah nak beria atau peduli lagi dengan subjek lukisan. Lantak ko la lukisan, ko nak terbalik ke, nak tersadung ke…I juz don’t giv a damn to them. Kejam tak aku? Huahuahua.

Skang ni, membe aku tu dah jadi part time professional photographer. Alhamdulillah. Walaupun, aku tak pernah giv a damn pun nak hayati gambar sunset ke, pantai ke, air terjun ke, kamera ko power tak power ke, tapi….hasil photographer seorang yang born with talent, no talent tapi terpengaruh sbb skang ni musim DSLR, no talent tapi belajar sungguh-sungguh…boleh dibezakan kan????? Value photo die memang Nampak lain walopon aku ni bukan peminat gambar.

So, sesiapa yang sedar akan bakat masing-masing, jangan pendamkan, kalau boleh kembangkan lah. Rugi. Mana yang perasan anak-anak ada bakat tu, bagi dorongan, jangan narrow minded atau terlalu nak kejarkan trend.

Pada sesiapa yang tak ada bakat tu…tak pe, jangan putus asa. Mungkinnn..ada tapi, kita je yang tak jumpa lagi. Ecececece..positip gile pulak aku ni. Hehehe.

Sunday, January 9, 2011

Big Brother dekat Kota Damansara

Assalamualaikum,

Aku ni kan..peminat western food. Dulu waktu aku kecik-kecik tak pernah terfikir pon nak minat makan western food. Tibe-tibe dah besau panjang ni...asyik nak makan western food je. Tak sedar diuntung kan? Hehehehe.

Aku paling suke makan dekat 'The Chillis' sebenarnye. Aku rasa dalam banyak-banyak restoran di sekitar lembah klang ni...kat sini la makanan die paling maveles. Definisi maveles adalah..bila kite makan..lepas tu kite teringat-ingat rasa sedap makanan tu walopon dah berbulan-bulan lamanya. Hebat kan pujian aku ni?

Malangnya lepas tu...aku dapat bertubi-tubi mesej yang mengatakan Chillis tak de pengesahan halal sebab diorg mencampurkan arak dalam steak diorg. Kecewa betul aku. Hal halal tak halal ni tak boleh dianggap enteng. Dulu kadang-kadang aku hantam je kan. Tapi, bila dah sekarang-sekarang ni...aku rasa aku kena sensitip pasal isu ni. Aku ni kan orang muslim. Aku pon dah tak jejakkan kaki lagi dekat Chillis.

Satu hari tu..tengah aku seve-seve dekat internet restoran western ape yang bes sebab nak celebrate something dengan Mr M, aku terjumpa la pasal 'Big Brother' yang terletak dekat Kota Damansara. Lepas tu ada yang komen, rasa steak die lebih sedap dari 'Chillis'. Aku ape lagi...terkinja-kinja dan tergedik-gedik la ajak Mr M pergi sini. Hehehe.


Tada...dah sampai. Terletak dekat PJU 5, Jalan5/20...tak susah pon nak cari.


Kiteorg memang datang dengan perut yang kebuluran. Hehehe.

Ini set combo (chicken chop+lamb chop+fish&chip)...Mr M yang order. Tamak sungguh bunyinyer.

Komen: fish & chip die agak tak berjaya. Muak sikit. Lamb chop nye...terlebih masak. Tapi, chicken chop die agak sedap.
Aku order...lamb chop. Masak medium.


Komen: Lamb chop nye tak berape medium. Macam terlebih masak. Tak de rase istimewa sangat. Hati aku agak kecewa la. Tapi, thumb up to Mash Potato die. Sedap. Mash potato die memang sedap.
Oleh sebab kiteorg konon-konon lapar sangat la kan, order lagi satu untuk kongsi. Carbonara Spagetti.

Komen: Dalam ketiga-tiga dish yang kiteorg order, yang ni yang paling terbaekkkk sekali. Sedap. Seriyes dong sedap. Ini aku bagi thumb up.Kiteorg makan sampai ke titisan cheese yang terakhir korang tau. Sesiape nak datang sini..aku recommend makan spagetti ni. Sedap korang sedap...!!!!

Sesiapa nak cuba..korang try la. Mane la tau kan..korang nak ajak awek ke, tunang ke, famili ke...boleh la try sini. Restoran die ni harga agak affordable la and santai. Asian food diorg ada gak. Tapi, dah datang western food korang..takkan nak order mee goreng je kot...tak western la korang hahahaha.