Monday, May 31, 2010

Tabung Percutian

Dulu-dulu punye blog dan di mana-mana pun aku sentiasa menjaja sana sini yang aku teringin nak melancong ke sekian sekian tempat ini la...lepas tu tukar tempat ni la...macam-macam la tapi luar dari Malaysia la kesimpulannye.

Dulu waktu SPM, aku ingat nak sambung belajar ke Oversea dengan harapan boleh melancong sambil belajar. Maksudnye sambil belajar, boleh melancong (macam terpesong je niat aku nak belajar). Tapi, disebabkan abah aku asyik tak ikhlas je bagi aku pergi...semue nasihat pun menjurus kepada JANGAN JANGAN JANGAN....

Biasela...takut gak la aku. Karang jadi tulah ke anak durhaka ke hidup tak berkat ke tenggang ke. Tak mau la aku. Rugi pulak kalau setiap hari raya tak dapat makan rendang daging mak aku. Keadaan ekonomi aku, takkan membenarkan aku pulang raya tiap-tiap tahun punyer. Malam raya mesti mak aku sedih. Kalau akak aku beraya dekat rumah mertue die, sape je yang ade dekat kampung tu...adik aku yang hampeh dalam menjalani aktiviti dapur. Chaich.

Untuk mencapai cita-cita aku ni kan...aku menanam azam untuk buat satu tabung percutian. Nak kene allocate duit gaji selepas bayar bil bil yang penting. Duit road tax, income tax, simpanan untuk masa-masa tak terjangka, insurans kete, quit rent rumah dan etc etc. Sume tu pun nak kene tolak dulu. Maksudnye..setiap bulan, sikit je yang dapat masuk tabung ni.

Tapi, setelah beberapa bulan kumpul duit untuk percutian, plan dan angan-angan pun dah hampir terbentang luas. Ku sangka kan panas berpanjangan..rupanya hujan di tengah hari. Ada orang pujuk aku beli stok shares la, beli air cond sebab panas la (aku sanggup berpanas hokey...) dan etc etc. Semua benda-benda yang mengganggu ni akhirnye membuatkan tabung pelancongan aku menjadi zero. Aku sungguh kecewa. Kecewa. Kecewa.

Ye la..kalau nak harapkan dapat pakej melancong free waktu cabutan bertuah ke ape...tak pernah dapat. Huhuhu......

Bila la cita cita ni nak tercapai...huhuhu

Saturday, May 29, 2010

inner shawl

Pada mulanya aku tak nakkkk terpengaruh dengan arus fesyen tudung yang sedang melanda Malaysia ni yakni feshen awek syria pakai tudung. Siap ade inner warna warni. Tapi, akhirnya aku GAGAL. huhuhuhuhu.......

Buat pengetahuan korang, aku adalah pemakai tudung shawl. Aku rasa pakai shawl memang sangat match dengan aku, gaya aku, dan muke aku. Tak kisah la kalau korang rasa tak cantik mane pun aku pakai shawl. Yang penting keyakinan diri. Bila aku selesa pakai...self confident pun ade, senang la nak bawak diri. Tu je.

Dulu, time glamer tudung ariani...aku sibuk g nak beli gak. Terpengaruh punye pasal. Akhirnyer...menang beli je, pakai tak. Sebab aku terase muke aku seperti mak cik bile memakainya. Langsung malas nak pakai. Aku pakai cume bile pergi rumah in law je sebab senang nak sarung dan tak perlu mementingkan 'GAYA' di sana huahuahauhauahua.....Statement ini bukan untuk semue orang ye. Aku sorang je. Mungkin tak kene dengan struktur bentuk muke aku kot sebenarnye.

Ini..orang sibuk beli inner aku pun sibuk nak beli. Aku baru je beli. Aku beli yang double decker dengan yang cotton punye. Aku beli dekat tesco. Inner tu cantik la. Tapi, bile aku pakai....huhu..aku la yang tak cantik!!!!. Muke aku nampak penyet. Ianye sunggohhh memalukan. Tensen gue macam ni tau. Haihhh.... Aku rasa sekali lagi tak sesuai dengan muka aku.

Nota kaki: Aku tengok wardina dekat tv tu pakai tudung ape pun chantekkkk. Tu la...kalau dah semulajadi cantik tu..pakai ape pun nampak cantik. Kalau tak semulajadi cantik yang payah ni...huhuhu.

Thursday, May 27, 2010

Lesbo vs Wanita Normal

aku terbaca blog shazwani hameed..pasal die nak beli bra lepas tu sales assistant tu macam-macam pulak......sunggoh mengerikan....!!! Seriyes, aku yang bace aje pon hanginn dengan cerite die. Bukan dekat die la, tapi dekat Sales assistant yang diceritenye dan yang aku suspect...seorang lesbo.

So, kepada adik-adik, kalau nak beli pakaian dalam khususnya, kalau tak nak pergi dengan ibu bapa sebab boring diorg banyak songeh (almaklumla...taste ibu bapa dan anak sekarang jauh berbeza), jangan pergi sorang. Ajak la kawan-kawan rapat. Seingat aku, aku shopping pakaian dalam dengan parents hanya pada usia aku sekolah menengah je. Lepas habis sekolah, dah tak de dah..sume dengan geng-geng. Tapi, syarat wajib shopping aku, mestilah secare berjemaah. Ahahaha.

Aku nasihatkan pada shazwani tu...baik report pada ibu bapa, dan jangan tangguh-tangguh, report je pada management supaya diorg boleh buat tindakan. Sebab, kalau sales assistant macam yang diceritenye tuh...pada aku, itu dah melanggar hak privacy. Report je. Kalau die nak ukur-ukur orang suke hati macam tu.....####....suruh je die mintak keje dengan Runway ke, ha..selamber je boleh tengok freeshow.

Aku malas nak kate lebih-lebih...tak baik kan. Tapi, dulu rumah sewa aku dekat UiTM dulu penah la jugak diduduki oleh seorang Lesbo. Kiteorg semue student. (Eh, aku baru dah keje waktu tu, tapi diorg junior aku, dulu time student lagi dah dok same-same). Die ni pulak, umo dah sebaye akak aku. 30 kot.

Rambut die memang la pendek tapi pendek je takde la sampai cukur-cukur dekat tepi ke. So, kiteog anggap normal la. Mula-mula memang normal. Baik pun baik. Die ajar budak-budak serumah aku memasak la, ajak keluar jalan-jalan la, tengok wayang la. Budak-budak tu junior aku la. Tapi, aku tak terlibat la dengan aktiviti-aktiviti tu. Sebab aktiviti aku sendiri penuh, balik keje je mesti nak dating, hari minggu nak dating....(nasib baik aku sibuk).

Tup tup...die nak molest sorang adik junior aku yang paling cute dan baru frust clash dengan boyfren. M name budak junior ni. Sampai si M ni lari dari rumah aku malam tu jugak dan takut dah nak balik. Aku pun tekejut (aku tak de rumah la waktu kejadian). Aku tau esok paginye sebab si M ni bagitau aku lepas tu nak jumpa. (nampak sangat aku tak perasan si M ni ade rumah ke tak de hehe). Aku pun konon-konon berani nak pergi tanye akak lesbo ni.

Tau ape die jawab??? Die cakap yang itu bukan die. Ade saka yang masuk badan dia. Dia tak sedar pun benda tu berlaku. Saka tu memang dah lama buru dia. Selama die dok rumah aku pun saka tu masih buru dia. Saka tu jadikan dia mangse.

Gulp.......!!!!!!!!!!!!!! Mana tak ngeri woi............!!!!!! Aku pun dok serumah dengan die ape, cume tak sebilik je. Nasib baik tak sebilik.

Tapi, lepas kejadian tersebut....kakak lesbo tu pun lari dari rumah tu.

Tension aku. Lega pun ade. Tension sebab nak cari orang ganti cepat. Dah semue cabut lari macam tu je. Bulan depan karang sape nak bayar sewa lebih tu. Lega...sebab aku rasa macam terhindar dari cerite mistik dan .....hubungan tidak normal. Kuikuikui.

Nak jadi cerite, seminggu lepas kejadian tu M si junior aku ni datang jumpe. Die cakap die g jumpa bomoh. Bomoh cakap saka tu tak puas hati tak dapat M dan lepas M lari, die nak cari mangsa lain. (saka ni lesbo kot). Heran aku. Saka tu sekarang tengah memerhatikan budak bilik atas yang bercermin mata.

Gulp....!!! Apesalla....diorg ni main bomoh-bomoh dengan saka-saka ni. Aku ingatkan setiap malam khamis je ade cerite Saka dekat tv3, tapi tu pon aku tak penah nak tengok. Menyesal pulak aku tak tengok sebab aku macam tak bape paham cite diorg ni.

Masalahnya, bilik atas hanya satu je dan diduduki pulak oleh aku dengan rumet aku si F. Kiteorg berdue memang ade penyakit rabun jauh. Bezanye, aku pakai lens tapi si F ni memang pakai spek. Tapi, bila malam sebelum tidur, aku pakai gak spek. Semakin risau la si F ni sampai tahap, bila aku g keje je, kalau F tak de kelas, die akan lepak dekat faculty ke library ke sampai aku balik. (tapi, sebnanye aku pun risau gak dalam hati...walopun depan F aku purak-purak cool).

Tapi, beberape bulan lepas tu keadaan pun reda dan kiteorg pun buat-buat tak ingat dah kejadian ni. F pun dah selamat kawen dah bulan 12 hari tu.

Akak lesbo tu aku tak tau la ape cite. Hari tu ade orang nak pakai draughtman, aku try la call dengan msg nombo die. Call tak angkat tapi, aku dapat balasan mesej cakap nombo tu die dah tak pakai lagi, orang lain pakai. Aik???? Pelik di situ....

Si M pulak dah keje dekat joho. Die cakap kalau die kawen die jemput aku. Tak tau la.

Sekian.

Wednesday, May 26, 2010

Jangan Makan Ikan Keli!!!!!!!

Ahad lepas, aku dan Mr M dan Parents In Law aku and Family Abang Mr M telah membuat lawatan ke Pasar Borong Selayang (lawatan...???####). Actually aku dengan Mr M baru pertama kali le datang sini. In Law aku cakap dekat sini ikan-ikannye segar-segar dan murah. Sejak akhir-akhir ni aku kan rajin masak ikan dan suka makan ikan, lepas tu asyik la dok merungut susah nak dapatkan ikan-ikan yang segar dekat Mydin, Tesco dan pasaraya-pasaraya berdekatan. Nasib je...kalau time pergi tu ikan diorg baru sampai, boleh la pilih ikan yang segar-segar. Selalunye, mana la aku tau time bile ikan diorg nak sampai. Selalu aku pergi ikan semua dah stok lama macam nak busuk. Aku tengok pon rasa tak lalu. Bluek....!!!!!

Balik pada cerita asal aku. Waktu tengah-tengah dok cari ikan siakap dengan ikan bawal...tibe-tibe aku nampak ada ikan-ikan yang berenang dalam lautan darah. Apa????? Bila aku tengok je...IKAN KELI yang berenang rupanya. Diorang potong mulut dia, tu yang berdarah tu. Geli...dan MENYEDIHKAN la....


Aku rasa diorg buat macam tu tak nak bagi ikan tu liar. Ikan keli kan liar sikit. Diorg potong mulut tu, agaknya lemah sikit la ikannye. Selalu aku tengok, orang jual ikan keli hidup-hidup. Kalau dah mati , nanti tak sedap kot.

Tapi, aku sedih sangat tengok ikan-ikan tu. Jap lagi diorg akan mati tapi diorg mati dalam keadaan terseksa dan sakit. Semue dah kene potong mulutnye. Dalam keadaan cedera-cedera tu, berenang la masing-masing dalam darah sendiri. Iyerk.....sedih aku tengok. Dekat pasar kampung aku, aku tengok diorg jual ikan keli dalam bekas air. Bila orang nak beli baru sauk. Dekat Giart, Tesco, Mydin, Jusco dan Pasaraya SSW pun aku tengok diorg jual ikan keli macam tu, tak de potong-potong mulut. Nanti kalau dah beli, baru la terus takik die bagi mati terus. Takde la mati terseksa. Kalau aku, aku hibernate dulu ikan tu dalam peti ais, bagi die pengsan, baru potong terus masak. Hehehe. Konsep aku, haiwan tu tak terseksa bila nak mati. Tak sakit.

Disebabkan aku sedih dan pilu tengok cara ikan keli dijual dekat Pasar Borong Selayang, aku menanam azam untuk tak nak makan ikan keli yang jual dekat mana-mana kedai dekat area sini. Melainkan, ikan keli yang In Law aku beli (diorg beli dekat kampung) ke...tak pe la, sebab diorg beli dekat kampung hidup-hidup dan potong bila nak masak terus.

Kalau korang tak kisah tak pe la. Tapi, aku kisah. Aku tak suke cara diorg jual macam tu. Walau macammanapun, siapa la aku ni kan. Jadi, sebagai tanda protes, aku berjanji pada diri aku tak akan makan ikan keli yang jual masak-masak dekat kedai tu sebab ada possibility diorg beli dekat pasar borong Selayang. Melainkan kalau aku confirm diorg beli bukan dekat pasar ke, atau beli dekat pasar yang macam pasar dekat kampung aku ke, baru aku akan makan.

Huhuhu. Sekian.

Tuesday, May 25, 2010

Homemade Lasagna

Oakay hari ni, aku nak meriakkan diri pasal lasagna yang aku baru je buat sabtu lepas. Ahahaha.

Rupenye macam di bawah ye tuan-tuan dan puan-puan. Mungkin agak mengerikan. Tapi, rasa die lebih kurang macam lasagna dekat shakey's pizza tu la. Wakakakaka. Sebab..aku buat lasagna daging. Mana boleh lawan pizza hut punye. Diorg punye seafood lasagna, pakai sos seafood putih. Aku tak reti. Kuikuikui.


Mudah saje nak buat lasagna ni. Syarat-syarat sah buat lasagna ni
1- Sos merah/sos daging
Ini...korang buat je ala-ala kuah spageti tu ha. Nak buat kuah spageti tu bukan susah pun. Main campak-campak je. Tapi, nak buat lasagna ni aku nasehatkan tak payah la ko nak bubuh segale macam adik beradik cendawan ke tomato ceri ke..taruk daging je. Nanti sos die berair sangat tak sedap.
2- Sos Putih/Sos cheese
Ini pun sempoi je. Ko panaskan butter dalam pan. Ko campak susu 1 1/2 cup. Ko campak cheddar atau mozarella cheese. Aku letak cheddar je sebab aku kedekut. Mozarella cheese mahal. So, kene berjimat. Dekat pizza yang korang tengok iklan bila angkat pizza cheese die lekat-lekat tu...pakai mozarella la. Then, adjust garam dengan serbuk lada hitam, kacau sampai cheese cair. Kalau cair, tambah tepung jagung bagi pekat.
3- Pasta lasagna
Untuk orang malas macam aku ni, pakai pasta yang tak payah rebus air panas. Ahahahaha.
4-Cheese mozarella yang banyak.
Cara-caranya mudah sajork....
Dekat bekas nak bakar lasagna tu. Mula-mula letak lapisan sos merah. Kemudian, letak pasta. Kemudian, letak lapisan sos putih. Atas sos putih, tabur cheese mozarella sesedap rasa.
Ulang lagi. Letak sos merah, pasta, sos putih, cheese.
Ulang lagi, sos merah, pasta, sos putih, cheese.
Atas sekali kasi tabur mozarella kaw kaw punyer muahahahahaa.
Tutup bekas bakar tu dengan aluminium foil dan bakar selama 45 minit, 150 darjah.
Dah 'kaching' oven berbunyi tanda masa sudah tamat. Bukak aluminium foil tu dan bakar lagi 15 minit. Ini nak bagi cheese dekat atas tu terbakar sikit, nanti ade kale brown-brown sikit, jadi macam rupa topping pizza la. Wangi dan lawa sikit. Tapi, aku buat tak lawa sebab aku susun dan tabur ikut suka hati dan ada perlakuan ala-ala cincai gitu. Sebab nak makan sendiri, yang penting rasa, hokey.
'kacing' oven berbunyi lagik.
Tunggu sejuk sikit...maka marilah kite menjamu selera. Yeahhhhh!!!!!!!
Perasan buat kelas memasak puler.....

Monday, May 24, 2010

Bayi Jatuh Tingkat Tiga

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2010&dt=0523&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_01.htm


Korang tengok berite tak malam sabtu lepas? Ataupun korang bace akhbar tak semalam?

Pasal bayi jatuh dari tingkat tiga. Kalau korang nak tau, parents in law aku dok dekat kuarters ni jugak. Tingkat atas je dari rumah ibu bapa bayi ni.

Aku dengar cite ni dari pagi sabtu lagi bila bapak in law aku telepon Mr M bagitau. Tapi, Mr M pulak keje. Aku rasa sedih gile bile dengar berite ni. Tambahan pulak, aku agak kenal ibu baby ni walaupun kenal macam-macam tu je. Dulu, ibu baby ni penah kerja satu tempat kerja dengan Mr M.

Bayangkan la...baru je main-main dengan baby, tiba-tiba je...baby dah tak de. Aku tak dapat nak bayangkan. Yang pasti, mula-mula aku terdengar berita ni aku rasa sedih sangat. Bila keluar dalam surat khabar dengan berite pun aku rase sedih. Aku yang orang luar pun rasa sedih, inikan pula ibu bapa betul baby tu. Aku harap, ibu bapanya akan bersabar dan tabah menghadapi dugaan.

Marilah kite sedeqahkan al-fatihah untuk baby...

Sunday, May 23, 2010

Dewasa kini, semangat kejiranan.....bla bla bla

Aku memang geram betulla dengan sorang mamat yang duduk satu apartment dengan aku ni.

Untuk pengetahuan korang, setiap tuan apartment akan dibagi satu lot parking, dan lot parking tu nanti management cat la nombo plat dekat parking lot tu. So, aku memang la ada lot parking sendiri kan. Untuk sesape yang ade kete lebih dari satu, pandai-pandai la ko parking mana-mana tempat parking yang tak ada orang atau yang dekat belakang-belakang nun...tapi, jauh la sikit nak jalan kaki. Contohnye, kete Mr M...la. Parking dekat hujung dunia sikit.

Mamat yang aku bengang ni aku tak tau la ada ke tak lot parking sendiri. Aku rasa tak ada. Tapi, hobi dia aku tengok siang malam...keje nye belek kete, repair kete, lap kete, pasang radio kete kuat-kuat, melepak dengan kawan-kawan dekat kete die.....haih...aku rasa 24/7 asyik melekat dekat keta die. Kalau orang cakap awek seorang lelaki adalah ketenye...ha..ni memang contoh paling tepat. Aku balik tengah malam pun, die dok membelek kete die. Tapi...itu aku tak kesah lagi.

Yang aku perasan, kete die parking...memang merate-rate. Tapi, lot parking feveret dia sama ada parking bawah apartment yang free atau pun lot parking sebelah kete aku. Yang bawah rumah tu selalu penuh. Yang parking sebelah parking kete aku tu, tuan punya die sebenarnye, depan rumah aku. Tapi, rumah dia tu dianggap macam rumah penginapan je. So, memang la, tuan dia jarang ada, so jarang la ada orang parking dekat lot dia. Mamat ni memang everyday aku tengok parking dekat lot orang depan rumah aku. Itu...aku tak kisah lagi.

Yang aku herannye, mamat ni 24 jam membelek kete die je keje nye...tapi, asal parking je mesti senget macam ni ha. Ini aku snap betul ni sebab geram. Yang sebelah ni, aku nak parking la. Bukan sekali sekale. Memang hari-hari aku tengok parking macam ni. Sama ade betul-betul tepi, atau memeng dah nak tepi dah line kuning tu. Heran aku. Kalau kete aku boleh la adjust sebab kete aku kurus. Kalau kete Mr M...kan nanti mengganggu pulak parking orang lain yg sebelah lagi. Tak skolah betulla.



Hari ni, aku balik dari Tesco, aku tengok selamber je mamat ni parking dekat lot aku. (senget jugak...dah tebiat ke ape aku pun tak tau). Aku jumpe die dekat lif, die buat muka selamber je. Nak cakap tumpang parking pun tak, nak cakap sori pun tak..padahal bukan die tak kenal muke aku dengan Mr M. Tak reti bahase betulla mamat ni. Kiteorg pulak dah parking kete jauh, takkan nak halau die time-time tu. Aku tak kisah kalau nak tumpang...tapi, berbahase la sikit, bahase tu budaya kite hokeyyyy.

Ha...hari jumaat hari tu pun aku bengang gak dengan mamat ni. Die nak repair kete die. Selalu die repair dekat parking bawah rumah. Agaknye hari tu parking bawah rumah semue dah penuh kot. Die gune la parking orang depan rumah aku. Parking aku ni memeng dekat je dengan bangunan aprtment aku. Parking dah la senget. Moto kawan-kawan die pulak parking atas parking aku. Aku sampai, mula-mula aku hon la. Lepas tu die tanye aku " apehal". Tapi, aku cool je la. Sambil senyum aku cakap la, nak parking la. Lepas tu die buat muke dekat aku. Tapi....aku sabarkan je la maintain senyum. Dalam hati rasa nak je aku calarkan kete die. Nasib baik la, kawan-kawan die yang turut merepair kete tu ade yang jenis mak bapak ajar macam mana nak berbudi bahase dengan jiran. Kawan die tu ada la cakap sori. Lepas tu diorg ubah le balik kete. Aku ok je la. Tapi, menengok mamat tu.....memang aku hanginggg........!!!!!!!!

Aku tak tau la kot-kot die tengah tensen kete die tu asyik rosak ke ape ke...kan, tapi.....hish...malas aku nak cakap lebih-lebih. Sendiri mau ingat la. Sengalllllll.....!!!!!!!!!

Thursday, May 20, 2010

Showdown 2010

Korang tengok Showdown 2010????

Ini street dancer competition. Sangat menarik. Juri die Maple Loo dan Joe Flizzow. Aku rasa budak-budak muda menghabiskan aktiviti masa lapang dengan benda-benda macam ni adalah lebih baik daripada buat-buat perkara yang tak berfaedah macam merempit ke jadi kutu rayau ke jadi kutu dadah ke. Tapi, kena ada pengawasan mereka yang pro la...sebab aksi-aksi dia bahaya kalau simply tiru-tiru macam tu.

Sekarang ni lebih menarik daripada episod pemilihan awal-awal sebab sekarang memang diorg dah pilih 12 crew untuk berentap setiap minggu. Konsepnya lebih kurang So You Think You Can Dance la. Tapi, 4 crew sms paling rendah setiap minggu akan lawan battle. Sape kalah, dia akan tersingkir.

Sangat teruja bila menontot showcase diorg. Rasa macam nak menari jugak je. Nasib baik la aku ni malas. Kalau tak....dah jadi break dancer dah ni. Ahahahahaha.

Ada 12 crew yang terpilih untuk final showdown. Giller Battle Crew, Wakaka Crew, Floor Fever Crew, HMC Phlow Crew, Soul Krazy Crew, Famous Crew, Borneo Soul Breakerz Crew, Funky UX Force Crew, Return Crew, Feasible Crew, Backyard Revolution Crew dan Blackie Wackie Crew. Ade yang best gile-gile...ade yang biase-biase je kuikuikui.



1- Giller Battle Crew



Memang power gile la group ni. Diorg pun dah selalu menang banyak competition yang melibatkan breakdancers ni. Bukan setakat Malaysia, dah sampai peringkat International dah diorg ni. Kalau tengok showcase diorg ni..memang smart gile, skill memang berani mati punye skill dan setiap seorang crew diorg hebat.

Tapi, untuk perempuan yang lemah lembut macam aku ni uhuk uhuk...(terbatuk puler), mungkin tak favour sangat group ni. Sebab gaya diorg sangat ganaz, muke pun masing-masing garang dan ganaz. Dan....a bit arrogant. Nampak dari segi luaran la. Tapi, diorg ramai fan dan memang tere.

Malam tadi aku tengok vote diorg termasuk dalam 4 terendah. Diorg rilek je masuk battle. Dah tere kan, memang la rilek je masuk battle. Gerenti tak tersingkir. Kalau tak, tak de la nama diorg giller battle... kn



2 - Wakaka Crew


Group ni pon bes. Pada aku persembahan diorg sangat kreatif. Pandai pilih lagu. Agak lain dari yang lain la. Identiti semue seluar skinny. Nampak sempoi. Skill pon hebat. Group ni mungkin agak menambat hati awek-awek...boleh ke aku cakap macam ni sebab budak-budaknye semue muke jambu-jambu dan nampak macam baik-baik je.

Antara yang mempopularkan group ni sebab semua orang kenal Alam, juara So U Think U can Dance, salah seorang group ni. Ini antara feveret group aku jugak.


3 - Floor Fever

Ini antara feveret group aku. Smart gile diorg dance. Penuh Attitude. Kareography diorg sangat-sangat bes dan kretif. Aku sangat sangat suke tengok showcase diorg. Sangat la.


4 - HMC Phlow.


Group ni lagi aku sangat suka dan sangat favour. Budak-budaknye pon cute-cute. Kareographer diorg...ok je la. Tapi, yang kelakarnye aku tengok sebijik macam dalam klip video lagu pulak. Style la. Bukan aku cakap diorg tiru klip video lagu. Tapi, movement diorg yang smart dan clean tu dah macam tengah tengok klip video lagu je bile tengok diorg buat show. Ahahaha. Tapi, movement diorg sharp gile. Sangat smart diorg ni.

5 - Famous Crew

Aku tak minat sangar kareographer diorg. Tapi, movement diorg power... Aku nak tengok kalau diorg battle giller battle crew, sapa lagi power.

6 - Borneo Soul Breakerz

Group ni malam tadi aku tengok showcase diorg kan, bila nak dance selain break dance, haiya...buruk betul. Gaya macam pelik. Tapi, sekali tukar jadi break dancer...fullamak...laju dan smart movement diorg. Cantik je. Silap malam tadi, lama sangat diorg perform tarian mula-mula tu. Sepatutnye, skejap je dalam 15 - 20 saat je. Tunjuk break dance je habis-habisan.

7- Soul Krazy

Diorg memang girls power group. Aku paling suke dengan yang pakai seluar kale gold tu. Cantik gile die menari. Diorg memang pandai-pandai belake dance. Tapi, nak compete dengan street dancer yang lain, aku rasa susah jugak. Go Go Girls!!!!! Keep it up, girls....!!! Hihi.

8- Funky UX Force Crew
Dulu waktu aku tengok diorg battle dekat Penang, aku rasa group diorg ni cool gile. Boleh lawan Giller Battle. Tapi, bila tengok performances diorg banyak-banyak, aku terasa diorg ni macam tak cukup agreasif la. Bukan suruh jadi ganaz ke hape. Aku rasa macam power diorg ni. Tapi, macam bile perform tu macam tak cukup, tak sampai. Aku pon tak tau la. Aku harap diorg akan lebih agreasif dan tunjukkan lebih banyak dance routine.

9 - Return Crew

Walaupun diorg ni budak-budak. Tapi, nampak diorg lebih agreasif bila perform. Cuma, mungkin skill diorg belum cukup kemas dan clean jika dibandingkan group-group yang lain. Aku rasa diorg ni tahun-tahun depan, mesti bertambah power.

10- Feasible Crew

Group ni aku tak tau nak komen ape. Diorg ok je la.

11- Blackie Wackie

Aku ingatkan group ni keluar dulu last week. Tapi, malam tadi baru diorg tersingkir. Aku tengok diorg menari tak de la bes sangat. Tapi, usaha gigih untuk menjadi bes tu memang nampak. Aku terkilan sikit tengok battle diorg malam tadi. Sebab nampak macam down je budak-budak ni nak lawan Feasible Crew. Mungkin diorg frust kot sebab lepas dah usaha gigih, juri masih tak puas hati dan bagi komen yang negatif.
Tapi, malam tadi punye battle aku rasa yang salah DJ die. Lagu die main macam malas-malas je. Tak suasana battle langsung.


12- Backyard Revolution

Aku tengok group ni macam kelakar-kelakar je budak-budaknye. Name pon Backyard...kareography diorg okay. Tapi, tu la...mungkin diorg masih muda, so, aksi tak cukup agreasif lagi. Aku rasa, akan datang diorg mungkin akan jadi power jugak.

Jomlah kite tengok rancangan ni bes....!!. Aku jadi volunteer promoter pulak. 9.30 malam. Rabu. Di 8TV. Ulangan dan Diary pulak 11.30 mlm. Selasa. Hihi.

Wednesday, May 19, 2010

Quote of the Day

Without Love, days are "Sadday, Moanday, Tearsday, Wasteday, Thirstday, Frightday, Shatterday..." so be in Love everyday... :)

I like.....

Monday, May 17, 2010

Tahukah korang tentang Aura Warna?

Tiba-tiba aku teringat, ada satu hari tu aku terserempak dengan satu loving couple yang dah level 'pak cik dan mak cik' ni. Diorg ni sangat ramah especially dengan adik ipar aku. Erm...heran jugak la di situ. Tapi, aku join jugak la conversation diorg tu.

Apa yang aku nak share dekat sini, pasal Aura Warna. Korang pernah dengar tak? Sebelum aku jumpa pak cik ni, memang sumpah aku tak pernah dengar. Aku ingatkan, aura-aura ni cume impak dalam cerite komik kung-fu-kung-fu dengan ninja-ninja je. Ini kan pulak aura warna. Macam mengarut kan?

Pak cik ni cakap pada aku, yang die boleh tengok aura warna seseorang. Sikap dan perilaku seseorang tu boleh digambarkan melalui aura yang dilihat tu. Setiap individu ni ada aura masing-masing sebenarnye. Tapi, bukan semue orang boleh membaca aura individu tersebut. Hanya yang belajar dan memang dah dianugerah tuhan die ada bakat tu. Aku yang dengar ni pun....ha...dengarkan je la. Dah die seorang pak cik kan. Wajib la aku respek ape bende pun yang die cakap. Kalo itu kawan-kawan sebaye aku...mesti macam-macam soklan sarkastik yang keluar dari mulut aku. Wakakaka. Tapi, dalam hati..memang sumpah aku tak percaya.

Pak cik ni cakap aku ni aura ' Biru '. Realitinye, aku benci warna biru. Adik ipar aku pulak aura 'putih'. Seorang lagi colleague aku, warna 'pink'. Lepas tu ade la lagi..macam-macam die predict pasal perangai aku dari yang besar-besar sampai yang kecik-kecik. Ahahaha. Mana boleh mengaku tau. Aku malas nak mengaku ye ke tak. Aku cume cakap, "ye ke, pak cik?" pura-purak tak mengaku. Tapi, sebenarnye...aku tak pasti la kebetulan ke hape. Memang yang die describe tu memanglah hampir betul kesemuenye. Dalam hati aku, tere gak pak cik ni. Tapi, dalam otak aku, macam susah nak mengaku kewujudan aura warna ni. Lepas tu, boleh pulak bila orang tu tengok kite, die nampak aura warna kite. Sounds funny kan????

Balik rumah, aku study la sikit dekat internet kewujudan dan keboleh percayaan benda ni. Rupanya, memang ada.

Kalau nak baca, korang boleh tengok dekat website-website ni. Aku letak tiga je la. Yang lain tu macam tak menarik je. Tapi, ade gak yang aku tak explore.

http://www.thiaoouba.com/see_aura_color.htm

http://www.new-age-spirituality.com/spirit/color.html

http://www.the-auras-expert.com/aura-colors-meaning.html

Ini, aku share basic colours' prediction.

RED: lifeforce, survival, raw passion, anger, frustration, menstruation, determination, sense of importance, feeling overwhelmed by change

ORANGE: sensuality, physical pleasure, emotional self-expression, creativity, lacking reason, lacking self-discipline, health, vitality

YELLOW: mental alertness, analytical thought, happiness, optimism, child-like, ego driven, thinking at expense of feeling

GREEN: healing, peace, nurturing, new growth, fear, need for security, jealousy and envy, balance

BLUE: verbal communication, freethinking, relating to structure and organization, emphasis on business, male energies, sadness, possibilities

PURPLE: wisdom, authoritative, female energies, matriarchal, sense of superiority, controlling, imagination, intuition

BROWN: grounding, down to earth, practical, male energies, invalidating, emphasizing body and denying spirit, feeling worth-less

BLACK: issues relating to death, hatred, lack of forgiveness, unresolved karma, dark intentions, shadow games, needing compassion for self

PINK: self-love, tenderness, female energies, gay energies, emphasis on physical appearances, being 'nice' at expense of being 'real'

WHITE (CLOUDY): New Age or religious energy, lacking consciousness, a cover-up, denial, being 'good' at expense of being 'whole'

WHITE (CLEAR LIGHT): very high spiritual vibration, godly, divine, inspiration, seeing spiritual big picture, compassionate

GOLD: high spiritual vibration, integrity, respect, freedom, clearseeing, integrating spirit and body, creating as spirit

Tapi, macam mana kite nak bace aura warna kite, tu aku tak tau la. Just to share with all of u.

Sekian.

Friday, May 14, 2010

Our Friendship Storie - Riddles to share

Sape pandai selesaikan riddles ni.....



Once Upon a Time, I was lonely, looking for somebody who would be like me in every way, so that we two had something in common to do and say. Then I found you one day and said " you will be my forever friend" you made me so happy, you brightened up my life, we got along so well and had lots of fun in our own stride...
And now I just cant imagine what I would have done without you, for you are so wonderful, funny and sweet you are my dream come true; So, dear FRIEND, say you will always be there, to share in my good and bad times and to tell me 'You Care'.

Original, ini bukan aku yang reka, aku ambik dari : http://sheisagirl.wordpress.com/2008/02/23/riddle-our-friendship-story/

I like.....

Thursday, May 13, 2010

Lagenda Budak Setan

Sungguh teruja bila tengok dekat Astro hari tu ada promo/iklan filem 'Lagenda Budak Setan'. Aku pun sebenanrnye dah hampir terlupa pun kewujudan novel ni. Tapi, sekali sebut je...aku boleh recall boleh cite ni. Dulu, waktu sekolah, aku ni antara peminat tegar Ahadiat Akashah. Sejak form 2 lagi. Aku memang ikut cite ni dari awal sampai la ending dengan Katerina. Walaupun sesetengah part dalam novel tu aku ingat-ingat lupa (tebal weh.....trilogi die), tapi summary cerite tu aku memang tau la dan ingat lagi.

Sekali tengok je trilogi die, aku agak Farid kamil tu Kashah, Lisa Surihani tu Ayu, Q Haidar tu Azmi. Tapi, mula-mula aku ingatkan Fazura tu Ayu lepas buat pembedahan. Bila aku selidik dekat internet, rupa-rupanya Fazura jadi Katerina. Tapi, Mr M asyik tak puas hati kenapa Farid Kamil yang jadi Kashah. Kashah kena muka macam humble, selekeh tapi hensem dan macho. Masalahnya, bila aku fikir fikir, memang macam Farid Kamil je yang paling sesuai. Sebab die kan nak buat scene sekolah sampai kerja. Takkan nak ambik Aoron Aziz ke Jehan Miskin ke Remy Ishak ke...lagi la tak sesuai. So...Farid Kamil la yang paling sesuai.

Yang aku peliknya...ada jugak dekat ofis aku ni yang tak tau kewujudan novel Lagenda Budak Setan ni.

Aku : Eh, korang tengok tak iklan cite filem Lagenda Budak Setan yang dari novel tu, nak keluar wayang?
Cik A: Er....tak penah dengar pun. Novel ape tu?
Puan NK: Macam pernah dengar la...tapi tak pernah baca.

Apa???? Macam tak percaya pulak aku. Setahu aku, kemunculan karya Ahadiat Akashah ni dulu, ibarat kebangkitan revolusi baru novel-novel cinta. Sebab bukan budak-budak pompuan je yang baca novel ni, budak-budak laki yang konon-konon taiko+samseng+malas baca buku dekat sekolah pun bace novel ni. Tapi, kalau betul-betul tak tau, nak buat macam mana kan.

Waktu aku baca novel ni dulu, aku selalu terfikir, eh, ada ke lelaki macam Kashah ni wujud dalam dunia realiti kita ni kan. Betul-betul pencinta Sejati la kirenye. Shahdu betul. Rasa nak ngurat je kalau ada lelaki macam Kashah ni. Tapi, disebabkan aku pun percaya yang lelaki macam Kashah ni hanya wujud di dalam novel dan tak wujud dalam realiti kehidupan, sebab tu la aku tak de ngurat sape-sape. Wakakakaka (terpoyos pulerrr).

Yang penting...aku tak sabar nak tengok cite ni dekat wayang. Expectation mestilah tinggi kan. Tapi, hasilnya tak tau la. Macam mana diorg nk scrap kan novel tu yang punye panjang kisah die dalam bentuk filem yang 2 jam je. So, aku tak rasa hasilnye akan lebih bes dari novel die.

Aku rase, kalau filem ni dapat sambutan hangat, mesti nanti diorg buat drama bersiri dekat tv untuk ceritakan lebih detail. Mr M sibuk komplain kenapa film maker tak nak buat cite ni ikut macam novel, contohnye budak setan 1, budak setan 2 etc etc...lawan cite-cite omputih yang macam Lord of The Rings tu ke Harry Potter tu ke. Erm...susah aku nak jawab persoalan Mr M tu. Tapi, aku rasa....susah nak cari bajet kot. Lagipun, takut la gak pada risiko mana tau, filem tak dapat sambutan. Walau macam mana pun, ikhlas dekat sini, filem ni kalau pelakon die pandai bawak watak, director bagus...insyaallah...meletuppp, tak gitu.

Cik Luna menyokong karya anak tempatan. Hihi.

Sekian.

Monday, May 10, 2010

Hari yang Sengal huhuhu

Hari ni hari Isnin. Hari Isnin orang akan gelarkan 'Monday Blues' sebab selalunya orang tak de mood nak start buat kerja ke masuk kelas belajar ke lepas 2 hari cuti.

Pagi tadi tetiba pulak aku termimpi hantu sampai terbangun dari tidur aku yang bes...hampesgas betul. Positifnya, aku bangun awal betul. Belum masuk subuh aku dah bangun. Bukan tu je, aku siap sempat masakkan bihun goreng dan basuh baju dan sidai baju lagi pagi tadi sementara nak pergi ofis. Bajet macam power je kan pagi tadi. Mood masuk ofis pon berbunge-bunge dan penuh semangat kekerjaan je. (poyo berlebihan pulak aku ni)

Malangnye, hari ni aku ditimpa macam-macam masalah dekat ofis. Masalah datang bertimpa-timpa. Sampai aku rasa macam nak tercabut kepala hotak aku. Sampai aku rasa nak marah bercampur kecewa, bercampur semak, bercampur geram tapi dalam masa yang sama masih cuba control cool lagi. Sampai ade pulak yang menasehat aku untuk control 'marah' sebab aku baru je tulis entri pasal 'how to control your anger'. Chaich......!!!!!!! Itu yang aku terpaksa la meng'cool'kan diri. Huhuhuhu...sampai la aku balik kerja. Walopon cool tapi mulut aku tetap nak bebel pot pet pot pet tanda protes. Itu je yang mampu..nasib la sape yang dengar kuikuikui.

Itu pon saje je aku balik awal sebab aku merasa frust dengan beberapa pihak. Saje aku tak cek repot beberape hamba Allah. Esok mesti aku kene bising dengan bos. Huhuhu.

Sekian.

Aku yang kecewa dengan hari Isnin ni yang pada aku bukan lagi biru...tapi coklat perang atau pun coklat kehitaman ataupun coklat kekelabuan taik anjingan. (boleh tak?? ehehehehe)

Saturday, May 8, 2010

Kedai Makan / Restoran yang bagus

Hari ni aku nak Komplen pasal senario kedai-kedai makan dekat Malaysia. Ini nak bagi komen negatif la, so pada tokey-tokey kedai makanan yang tak buat attitude macam ni, tak payah nak terasa. Ini khas untuk yang berkenaan je.

Aku ni tak pernah la bukak restoren ke ape, jadi komen aku ni memang 100% pro kepada side pelanggan la. Aku pelik bila ada gerai atau restoran yang ibarat hidup segan mati tak mau, tak ada daya saing nak majukan kedai, dan macam tak analisis apa kelemahan diorg.

Aku rasa, untuk tarik pelanggan dan majukan restoran senang saje...

1 - Makanan mesti mau sedap

Sesetengah kedai ni aku tengok, macam masak syok sendiri. Tak sedap langsung. Rasa pun tak de. Kalau celen aku yang tak pandai masak ni pon...silap hari bulan aku yang menang (perasan...bluek). Ko masak tak sedap, lepas tu nak cas pelanggan bajet sedap je ko masak. Chaich. Kalau tak pandai masak, tak usah la bukak gerai makanan. Ko pergila bukak bisnes lain yang sesuai dengan jiwa ko. Macam mana bisnes nak maju, kalau core operation tu tokey sendiri tak pandai dan harapkan pekerja je. Betul tak?

2 - Jangan le kedekut, bos.

Kalau nak kedekut...ko tunjuk depan staf ko je tak pe la. Jangan sekali-kali ko tunjuk sifat kedekut taik hidung masin ko depan pelanggan especially melibatkan makanan beb. Pelanggan akan menyampah dengan ko dan tak nak makan dekat kedai ko lagi. Ayam ko potong cenone, ko nak cas macam ayam sebijik yang besar. Mane bole bos. Lu dah makan riba waktu niaga ni????

3 - Bersih bersih bersih

Yang ini...memang masalah serius. Terutamanya gerai-gerai yang kecik-kecik. Bos, lu paksa la pekerja lu tu rajin sikit bersihkan kedai. Aku memang fail sikit kalau pergi kedai yang tak berapa bersih ni. Contohnye la kan....food court budai UiTm dekat seksyen 2 UiTM dulu. Sape-sape budak UiTM dulu mesti selalu lepak dan makan dekat situ. Tapi, sekarang aku dengar dah tukar dan yang tukar ni aku tak tau la macam mana kan. Tapi, yang dulu tu...murah memang murah...tapi, ape perasaan korang ketika menikmati ABC die yang warna warni dan tinggi macam gunung kinabalu tu.....tengok syok gile ni...tibe-tibe korang nampak anak tikus menari-nari di kaki meja depan ko. Bluek......(aku tak tau la..pada sesiapa yang tak kisah..tapi aku sangat la kisah dengan benda macam ni)

4 - Servis

Aku pelik la dengan sesetengah pekerja di sesetengah kedai. Aku tak tau la salah bos die tak tau dan tak kasi sound same pekerja die tu ke, atau pun salah pekerja tu yang memang malas dan hampeh.

Korang pernah tak mengalami, bila kita nak panggil pelayan die kan, kite angkat-angkat tangan atau jerit nama 'bang..bang..', pelayan die tu yang tengah terkedek-kedek macam kure-kure bawak pesanan ke jalan muke ke depan je pure-pure tak dengar. Korang hangin tak???? Aku tak tau la kalau korang memang golongan bersabar. Aku pon golongan bersabar gak. Ekekkeke. Tapi, angin la jugak. Mamat ni..pekak ke..mata tu macam ada dinding dekat kanan kiri. Kalau pandang depan tu, dah tak nampak kiri kanan dah. Kalau aku bos, dah lama aku sekolahkan budak ni dengan clorox cukup-cukup.

Apa yang jelas dekat sini, kalau aku pergi kedai yang memang bagus servis die, walopon kedai die tengah buzi gile ramai orang, pelayan semue bizi, kite panggil, die respon, tapi sebab bizi die jawab la..'kejap kak, kejap a...'...tengok...sejuk la sikit hati kite ni. Tak de la macam panggil dinding. Maksudnye ade respon. Kite pon pelanggan, paham la jugak kalau dah ramai pelanggan, diorg sibuk, bukan nak layan kite aje. Tapi, respon tu penting.

5- Ikhlas

Aku rasa..nak masak tu hati kene ikhlas. Baru kite pelanggan rasa sedap je makanan tu. Tapi...aku selalu dengar, orang cakap...orang mane aku pon tak tau...diorang kate kedai-kedai makan ni selalunye mesti letak benda-benda kotor untuk pelaris la, untuk tarik pelanggan la, itu la ini la. Kenapa diorg nak buat macam ni. Tolong la jangan buat. Kalau kite ikhlas memasak dan berniaga, mesti pelanggan suka. Kenapa nak guna ilmu-ilmu yang syirik ni untuk berniaga. Berdosa. Rezeki pon..tak berkat untuk keluarga. Kesian pelanggan semue kene aniaya. Aku memang tak setuju dengan senario ni. Malas nak komen panjang.

Bila majoriti peniaga makanan ada attitude yang aku bagi tau tadi...aku tak de mood nak pergi jenguk dan makan kedai-kedai tersebut. Rasa kecewa nak pergi dan tak berbaloi. Sebnanye ada jugak kedai kedai yang bagus, yang semue benda-benda aku mention dekat atas tadi dia tak buat. Dalam 15 kedai, nisbah satu la yang ok.

Marilah same-same kite memajukan antara satu sama lain.

Malaysia Boleh!

Thursday, May 6, 2010

Apa Kene Mengena Pink dan Aku

Aku baru jer tukar Layout blog ni. Kale pink pulak. Hm...sekali fikir macam tak sesuai la pulak..tapi, pink hitam ni macam cool jugak jadi, apa salahnya kalau kali ni layout aku PINK. Ahahaha.

Rentetan dari itu, aku pon nak mencari apa kaitan pink dalam hidup aku ni. Sebab, aku ni bukan penggemar warna pink pun. Dalam almari baju aku pon...rase-rasenye tak de pon baju kurung kale pink. Eh.....ade ade, sepasang ehehehe. T-shirt tu...ade gak la kale pink tompok-tompok sikit.

Tapi, dulu kan waktu aku form 4, aku pernah tulis dalam diary. Ala...tu pon Teacher English aku yang paksa semue students die buat diary dalam bahasa Inggeris lepas tu kena hantar dekat dia weekly untuk cek grammar. Salah satu benda yang aku tulis ialah impian aku nak beli kete kancil pink. Hua hua hua hua. Apesalla dalam banyak-banyak kete aku pergi pilih kete kancil. Pink plak tu. Pilih la kete lamboghini ke, Porche ke tak pon...BMW. Name pon impian kan. Sunggoh memalukan betul impian aku ni.

Sungguh la tak proaktif langsung impian aku ni. Akhirnya...bila dah besar bangka macam ni, aku tak pulak nak pergi beli kete kancil. Aku beli kete lain. Ntah hape-hape je.

Sekian.

Monday, May 3, 2010

How to control your anger (Bagaimana nak mengawal kemarahan anda)

Tribute to someone...mintak-mintak dia bace lalalala....

Semua orang ada perasaan marah. Tak payah nak cakap dekat orang la, sebab diri aku ni pon sama gak..kadang-kadang tu bila time kita nak marah, atau ada benda buatkan kita marah, kita macam tak boleh nak control diri sendiri. Apa yang lagi teruk nanti, kita terrrbuat benda-benda bodoh ke, menyakitkan hati orang ke...sebab time kita marah tu..otak kita ni tak sempat pulak nak proses ape sebab-sebab kalau kita buat macam tu...tau tau je, dah buat pon. Akhir sat g...menyesal....

Di sini aku nak kongsi beberapa tips untuk kawal kemarahan korang. Kalau korang dah baca kan, satu hari nanti kalau korang tiba-tiba dilanda kemarahan, cuba korang praktiskan. Mana la tau berkesan. Kite share-share info la kat sini. Aku selalu buat, berkesan la untuk mengawal keadaan tapi kadang-kadang tu terlepas gak...menyesal je bile buat bende-bende bodoh.

1 - Minum air banyak-banyak.

Kalau aku tengah marah atau bengang gile-gile dengan seseorang ke ape, aku akan diam dan minum air suam banyak-banyak.........ye la, bila tengah angin satu badan ni, memang telinge pon rase panas je dengan orang yang bikin hati kite panas, so bile minum air tu...hati aku ni macam terase sejuk la sikit. Tak de la orang tak bersalah jadi mangsa. Aku rasa cool sikit.

2 - Beristighfar

Ini aku baru je praktis. Aku tengok kalau orang putih, die cakap kire 1-10 kan. Tapi aku ni orang Islam, nak buat ape kire 1-10, baik aku istighfar...dapat gak pahale. Tapi, ralatnya time kita betul-betul marah mana nak ingat buat bende-bende macam ni. Aku pun tengah berushe kalau marah...bawak-bawakla beringat.

3 - Buat 'physical exercise' untuk lepaskan kemarahan

Aku tak setuju kalau marah tu kena pukul diding ke, tumbuk meja ke, atau perkara-perkara yang mengcederakan diri. Kalau aku marah dan lokasi kejadian di rumah ke, aku selalunye akan cuci bilik air. Kalau aku marah je, bilik air aku mesti besinar-sinar berkilat dan bersih. Yang bagusnye selain bilik air aku jadi bersih, mule-mule tu memang kite nak hilangkan kemarahan, tapi lame-lame otak kite akan fokus dalam buat kerja, sambil layan perasaan cuci bilik air tu, otak kita selalunye akan timbang tara pasal marah kite tu..kite salah ke, orang je salah ke, orang tu pulak salah 100% ke, atau ade sebab-sebab lain yang kite tak tau ke...so lame-lame, hati yang marah akan lega la sikit.

4 - Main game

Aku kalau tengah marah tapi tak de ape yang boleh buat. Aku main game. Bukan menang pon. Asyik game over je main time marah ni. Tapi, sebnarnye bile buat bende macam ni, otak aku fokus pada masalah marah aku tadi la. Macam tengah cuci bilik air tadi. Aku akan fikir balik la punca-punca marah aku tadi.

5- Nangis

Aku kalau dah over marah kan...memang wakakakaka malu pulak nak mengaku. Tapi, ini yang paling berkesan sebnaunye dari yang lain-lain tu. Aku pon tak tau kenapa. Lepas je dah sok sek sok sek sorang-sorang, tak de sape pujuk pon, aku pon jadi lega dan kadar rasional otak aku 2 ganda lebih pantas. Tengok. Tapi, yang macho-macho dan cool cool tu takkan nak ikut tips aku yang kelima ni kan. Habis la ke'macho'an dan ke'cool'an korang. Hehe. Tak pe, buat yang 4 sebelum ni pon dah kire ok dah.

Kita ni tak boleh menipu diri sendiri. Kadang-kadang, kita marah bila orang ada buat satu perkara yang kita tak setuju atau rasa tak betul atau apa-apa la alasan yang lain. Time kita marah ni pulak datang macam kilat, kita pon tak sempat nak control. Tapi, kalau kita ambik masa untuk fikir dan analisis balik, mungkin kita dapat kurangkan sikit marah kita tu. Kadang-kadang kita pon ade salah gak. Manusia ni memang tak sempurna. Kadang-kadang kita kena terima kelemahan orang lain. Setiap orang mesti ada alasan tersendiri kenapa kesilapan atau salah faham tu terjadi. Kite pon nak marah orang, macam la kita perfect sangat. hehe.

Walau macam mana pon aku tak setuju kalau orang tengah marah melepaskan kemarahan dengan perkara-perkara ni:

1 - Shopping

Jangan wei..jangan. Merbahaya pada isi wallet korang. Lebih membahayakan, sebab kita shopping time otak bukan pada tahap normal, nanti kite pergi beli barang yang tah hape-hape. Aku dulu macam ni gak. Akhirnya, menyesal sebaik sahaja otak aku sudah pada tahap yang bertimbangrasa dan tak marah lagi. Huhuhu.

2 - Bawak kete laju-laju

Jangan korang. Bahaye. Kalau nasib korang baik, alhamdulillah. Kalau nasib korang tak baik....nauzubillah. Aku pernah gak, tapi aku tak bawak laju-laju pon. Aku nak reverse kete je terlaju sikit...sampai tercium bontot kete orang. Kete besau plak tu. Nasib baik orang tu kesian dengan aku, die tak mintak duit. Tapi, aku menyesal sesangat dan kete aku calar le dan sampai sekarang tak buat ape-ape pon dekat calar tu, ade lagi dekat bumpe belakang kete aku. Ehehehe.

3 - Jangan maki

Aku tak pernah buat. Tapi, aku tak setuju bila ade orang lain buat macam ni. Aku rase kurang ajar. Kalau mereka-mereka yang lemah lembut hidupnya mesti dah kecik hati.

4- Tumbuk meja, kaca, cederakan diri dan perkara yang sewaktu dengannya.

Jangan! jangan! jangan! Aku ade membe yang macam ni. Orang memang la takut time ko jadi sawan gile macam ni. Tapi, orang takut kat depan je korang. Di belakang orang takkan respek diri korang kalau buat macam ni. Kalau ko masuk geng gossip girl, percayela, berbakul berguni la diorg kutuk dan buat ketupat pasal ko. Dan, orang lain nak kerjasama untuk team dengan ko pon, malas nak pilih ko, sebab tindakan ko di luar kawalan tu akan buat orang fobia. Kan dah rugi. Sesape yang macam ni, bawak-bawakla beristighfar kalau tengah dilanda kemarahan supaya tak buat sesuatu yang korang nyesal.


Setakat ini saje coretan aku hari ni. Dalam otak aku ni ada macam-macam benda aku nak konsikan tapi, selalu tak cukup masa untuk berfoya-foya berinternet. Hihi.

Yang baik kite kongsikan bersama, mana yang tak baik tu, kite cuba perbaikinye supaya lebih baik lagi.

(Hari ni aku jadi ustazah dengan cikgu motibasi plak....wakakakaka, layan je la)

Sekian.