Friday, July 27, 2012

Ubat Kurus

Assalamualaikum

Sejak akhir-akhir ni...takde la akhir sangat sebenarnya dah lama dah benda ni, aku tengok kemunculan produk-produk kurus daripada pelbagai produk ni kan tumbuhnya bagai cendawan di kalangan kawan-kawan aku. Kalau dalam fb tu...aku rasa wall aku penuh dengan promotion ubat kurus dari membe-membe fb aku yang menjadi ejen pelbagai brand ubat kurus ni.

Mungkin la sebab faktor umur kot...bila semua pun usia dan menginjak nak pergi 3 series, dah berkeluarga, dah beranak pinak, yang tak kawen lagi pulak keje semakin bagus, gaji semakin masyuk, hari2 makan sedap sampai badan pun masing-masing dah tak sekurus muda-muda remaja dulu.

Tapi jauh dekat sudut hati aku, aku tak berapa setuju sangat tau. Pada aku, badan sihat+pemakanan yang menyihatkan+cara hidup yang sihat, tu lagi penting dari obsessi nak kuruskan badan dengan ultimate target supaya ko boleh pakai baju raya yang ko idam-idamkan raya ni ke, laki ko takkan pandang awek lain sebab ko kurus ke dan macam-macam lagi la.

Aku bukan nak memperlekehkan niat suci masing-masing. Ini cuma a piece of my 2 cents la sebab aku tengok obsessi nak kurus tu mengatasi obsessi nak sihat. Aku tak cakap yang jual-jual produk kurus ni tak prihatin dengan kesihatan diri. Mana la aku tau diorg prihatin ke tak, aku pun bukan penah tanya pon. Tapi, kalau bergosip dekat ofis pon aku tengok...membe-membe aku banyak yang obses nak kurus berbanding nak sihat.

Mungkin sebab kenkangan masa lagipun..ye la nak maintain healthy life style ni ingat senang ke, memerlukan pengorbanan dan determination yang tinggi. Aku yang konon2 suka healthy lifestyle ni pon kadang-kadang tak boleh nak konsisten sangat. Tapi, kite semua sama-sama la berusaha ke arah yang lebih baik kan?

Peace yo!

Monday, July 23, 2012

Salam Ramadhan

Assalamualaikum

Salam Ramadhan Semua!!!!

Azam aku Ramadhan tahun ni agar aku dapat memperbaiki diri, memperbanyakkan amalan dan menjadi seorang yang lebih positif dalam segenap aspek. Amin ya rabbal alamin.

Dah dua hari kita semua berpuasa kan. Alhamdulillah. Yang paling best, termasuk pagi ni..dah 3 hari aku berjaya bangun awal pagi sediakan sahur. Terasa diri sendiri macam Motherly gituh keh keh keh. Dulu-dulu waktu aku kecik-kecik sampai la umoq aku muda remaja kan...aku ni memang pemalas gile-gile bangun sahur.

Kalau puasa dekat rumah tu....mak aku akan paksa aku bangun sahur tak kira la sama ada secara berhikmah atau pun in phyco way. Waktu tu kan....Tuhan saja la yang tahu. Aku rasa macam menderita gila bila kene paksa dengan mak aku bangun sahur. Rasa macam nak masukkan nasik dalam mulut tu...macam nak masukkan arang dalam mulut huahuahua. Rasa macam nak merayu dekat mak aku 'boleh tak hari ni jeerrr aku tak payah bangun sahur'. Tapi..mak aku tak peduli semua tu. Acara sahur setiap pagi adalah acara wajib, sewajib acara buka puasa.

Bila aku dah masuk unibesiti dan kerja pon..mak aku akan cal dalam pukul 5 pagi macam tu kejutkan aku bangun sahur. Selagi aku tak bangun n jawab dengan normal (I mean bukan dalam keadaan mamai n unsound mind), mak aku akan cal berkali-kali sampai ko stress dan paksa jugak la diri ko untuk jujur dan bangun, then sahurla ala kadar macam minum air dengan makan buah kurma je ke. Ye la..aku dah hidup sendiri kan, sapa pulak nak masakkan aku nasik pagi2 buta kalau bukan diri aku yang buat.

Aku selalu heran macam mana mak aku boleh komited bangun setiap pagi dalam bulan Ramadhan untuk kejutkan ayah aku, dan anak-anaknya yang degil dan liat untuk bangun sahur dengan karenah masing-masing then siap masak lagi. Aku selalu fikir yang macam aku ni...macam tak logik akan jadi sekomited mak aku. Tak de langsung ciri-ciri tu rasanya.

Bila aku dah kawen...tibe2, aku pon terasa macam komited untuk bangun setiap sahur, sediakan apa yang patut (bergantung pada apa ada dekat dapur n masa yang ada), bangunkan laki aku sekomited mungkin SAMPAIII die bangun hahahaha. Tak sangka kan.

HAPPY FASTING EVERYONE!!!!!!