Sunday, January 13, 2013

Happy Belated Anniversary & Happy Birthday Dear Husband

Assalamualaikum

Antara  kelemahan nyata aku yang langsung tak sesuai dengan profesyen aku adalah kesukaran mengingat nombor. CPU aku ni mudah konpius dengan combination macam2 nombor untuk dihafal. Tapi..kalau korang suruh aku selesaikan soklan matematik ke....tu ke'power'an aku. Kalau suruh aku hafal nombor....memang hampeh sehampeh-hampehnya. 

Aku cume ingat nombo IC aku, telepon rumah kampung aku, hp aku, hp laki aku, poskod kampung aku, plat kete aku, plat kete laki aku, plat moto laki aku (dulu moto aku ni), birthday family kandung aku, birthday laki aku dan annyversary date.  Aku rasa....itu saja.

Dan...tahun ni disebabkan aku konon-kononnya sibuk sangat jadi Supermommy....aku lupa Anniversary kawen aku. Padahal...punya la plan bagai nak rak time kawen dulu nak pilih 12/12 konon supaya senang ingat sampai tua. Coiii. Baru nak masuk 4 tahun kawen, dah lupa. Laki bini sama-sama lupa pulak tu.

Sebulan dah lepas. 12/1 birthday laki aku. Nasib baik la aku tak lupa (thanks facebook huahuahua). Jadi aku buat la small celebration Birthday Bash cum Annversary sekali. Takde special pon...aku cuma masak apa yang ada kat dapo je, chicken chop+roti sardin+special homemade black pepper sauce. Kek pon aku nak buat sendiri tapi tak cukup ingredient, takde buttermilk kat dapur. Aku postpone next weekend. Laki aku cakap ok gak...sebab kalau semua yang bes2 masak minggu ni nanti minggu depan dah tak ade yang bes. Aku macam...ok, nasib baik. Kalau tak..semput gak aku nak main master chef dekat dapor ni kuikuikui.


Tada....presentation aku ni fail dekat colour la. Patut taruk salad ke timun ke lada benggala ke, baru la ada elemen colour lain. Fries pon takde. Nak buat macam mana, ini je yang ada dekat dapur aku tuh...ada la sayur sawi dalam fridge, macam tak kena pulak nak bubuh sayur sawi ahahaha. Waktu pesan grocery hari Jumaat hari tu...tak terfikir pun nak buat chicken chop ni.
 



Ini Good Girl sangat baik. Time mommy dia sibuk...die baik je tido dengan penuh ketembaman.

Rasa macam cuti weekend 2 hari tu tak cukup kan?Esok dah keje, rumah pon aku tak sempat kemas habis minggu ni..pfttttt.

Monday, January 7, 2013

Hari Pertama di Nursery

Assalamualaikum





Ni gambar budak kecik on the way nak balik rumah setelah penat ber'neseri'.

Akhirnya...hari yang penuh debaran pun tibe. Bukan sebab hari ni first day keje selepas a very longgggg holiday tapi...sebab nak hanta Nuha Ayra ke nursery. Nervous tau..nervous.

Seawal pukul 6.30 pagi aku memulakan perjalanan ke tempat kerja dengan Nuha Ayra. Jalan 'jammed' pulak pftttt....tapi, budak kecik ok je tido kroih kroihhh...(jeles lak aku). Lepas je punch card, aku pon hanta anak aku ke nursery yang jaraknya lebih kurang 8 meter dari building aku keje. Si kecik ni steady+cool je bila aku pass die dekat pekerja situ.

Sampai ofis baru teringat yang aku xlabel barang2 Nuha Ayra, nanti tetukar pulak dengan budak lain. So, aku decide untuk jenguk die lepas 2 jam.

Dari jauh aku bole dengar ade budak tengah nangis baekkkk punya vokal. Sampai-sampai, aku tengok anak aku yang menangis teruk dan pekerja dia tengah pujuk anak aku. Bila aku tanya kenapa, orang situ cakap mungkin anak aku merajuk;

Lepas aku pujuk baru si Nuha Ayra diam tapi...sedu sedan punya la teruk. Aku...jangan cakap la. Memang rasa nak meroyan dan nangis jugak dekat situ Wuwuwuwuwu.

Akhirnya aku ambik half day petang. Jiwa nak kerja tak tenteram. Tapi, on the way anak aku balik, aku tengok budak tu tetibe bertukar jadi steady dan cool balik macam gambar atas tu cessss.

Sekian

Friday, January 4, 2013

Kembali Bekerja

Assalamualaikum






Isnin depan aku dah start kerja balik. Uwarghhhh!!!!!!! Perasaan malas+berat hati sangat. Hari ni aku bawak anak aku g bersunat. Lepas tu bawak die g jalan-jalan dekat One Utama. Konon-konon chillax time between mommy and daughter la kan walaupun selebihnya budak kecik tu tido je dalam stroller die. Hek.

Kesian Nuha Ayra kan. Kecik-kecik kena hantar ke rumah pngasuh, kena tinggal dengan mak pak dia. Sedangkan aku kecik dulu...mak aku tak pernah pun nak tinggalkan aku dekat sapa-sapa ke merata alam. Memang la, mak aku profesen dia suri rumah. Tapi...tu la kan, tu yang aku kesian sangat dengan si Nuha Ayra ni. Terasa macam aku ni mak yang tak bertanggungjawab pulak. Haihhhh. Ni yang tetiba rasa macam syahdu+melankolik ni. Rasa tak sanggup la.

Aku tau...semua ibu-ibu pun mengalami dilema yang sama. Kadang-kadang aku berborak dengan mak cik-mak cik aku, depa punya zaman lagi la kejam, lepas habis pantang je terus kena kerja. Sekurang-kurangnya....aku ni merasa la jugak cuti 3 bulan, siap sambung cuti tahun lagi. Hm..syukur syukur alhamdulillah sebab diberi kesempatan oleh yang Maha Esa untuk berkongsi masa dengan si kecik ni.




Wednesday, January 2, 2013

morning 2013!!!

Assalamualaikum


Budak kecik ni dah demand skarang, isap botol nak pegang sendiri je. OK...mommy tak kisah, hold your own bottle ok, then mommy got time to update my blog keh keh keh.

Hm...pejam celik pejam celik dah masuk tahun 2013. Hidupni memang berlalu dengan pantas kan. Aku tak tau la kalau ada orang rasa masa berlalu lambat sangat.Mungkin dia tak sabar-sabar nak menunggu sesuatu jadi dia rasa masa ni lambat sangat atau pun mungkin dia tak de keje hehehe.

Untuk aku, sepanjang tahun 2012 memang bz gile. Aku pregnant. KPI orang pregnant sama le pulak dengan KPI orang tak pregnant. Lepas tu, aku lak berazam nak ambik maternity leave sampai 3 bulan. Ha, hambek ko...kejela sampai lebam (tp....xdapat bonus gak pfttttt...).

Dah cuti 3 bulan pon....xtvt keje dan yang berkaitan tak habis jugak....ditambah pulak kene layan si kecik kiut miut ni..hehe sampai terpaksa aku extend cuti maternity aku habiskn cuti tahun lak kah kah kah, Next week aku dah nak masuk keja balik. Biasa la bila dah cuti lama sangat, perasaan malas tu memang membuak-buak betul...haih.

Azam aku untuk 2013 dan tahun yang mendatang...aku harap aku boleh jadi Super Mommy yang berjaya. Aku harap masa tak berlalu laju sangat (harapan.....) supaya aku boleh tengok perkembangan anak aku dan absorb dalam-dalam n nanti bila anak aku dah kawen kemudian ikut laki dia, boleh la aku rewind saat-saat dia membesar dari 2.7 kilo sampai tak tau la nanti bapa kilo hahaha. Hoi...anak aku baru 3 bulan lebih aku dah mengarut sampai dia kawen. Mestila...planning wei..planning. Walaupun tanpa izin Allah S.W.T belum tentu planning ko tu dapat diimplementasi, tapi..at least do your plan, organise, implement, monitor, evaluate hehehe.

Hari ni aku macam free. Esok mungkin bz balik dengan xtvt aku yang kene sambung sebelum start keje pfttttt. Azam hari ni, mesti gunakan masa yang ada sebaiknya.

Peace yo!