Monday, January 7, 2013

Hari Pertama di Nursery

Assalamualaikum





Ni gambar budak kecik on the way nak balik rumah setelah penat ber'neseri'.

Akhirnya...hari yang penuh debaran pun tibe. Bukan sebab hari ni first day keje selepas a very longgggg holiday tapi...sebab nak hanta Nuha Ayra ke nursery. Nervous tau..nervous.

Seawal pukul 6.30 pagi aku memulakan perjalanan ke tempat kerja dengan Nuha Ayra. Jalan 'jammed' pulak pftttt....tapi, budak kecik ok je tido kroih kroihhh...(jeles lak aku). Lepas je punch card, aku pon hanta anak aku ke nursery yang jaraknya lebih kurang 8 meter dari building aku keje. Si kecik ni steady+cool je bila aku pass die dekat pekerja situ.

Sampai ofis baru teringat yang aku xlabel barang2 Nuha Ayra, nanti tetukar pulak dengan budak lain. So, aku decide untuk jenguk die lepas 2 jam.

Dari jauh aku bole dengar ade budak tengah nangis baekkkk punya vokal. Sampai-sampai, aku tengok anak aku yang menangis teruk dan pekerja dia tengah pujuk anak aku. Bila aku tanya kenapa, orang situ cakap mungkin anak aku merajuk;

Lepas aku pujuk baru si Nuha Ayra diam tapi...sedu sedan punya la teruk. Aku...jangan cakap la. Memang rasa nak meroyan dan nangis jugak dekat situ Wuwuwuwuwu.

Akhirnya aku ambik half day petang. Jiwa nak kerja tak tenteram. Tapi, on the way anak aku balik, aku tengok budak tu tetibe bertukar jadi steady dan cool balik macam gambar atas tu cessss.

Sekian

No comments: