Sunday, September 23, 2012

Adengan Minyak kereta habis dalam movie..

Assalamualaikum

Korang perasan tak, kalau dalam movie ke drama ke dekat tv, baik cite omputih ke,org melayu ke, org cine ke, org india ke....bila adengan kejar mengejar orang jahat ke, orang baik ke, perompak hijack kereta ke, polis hijack kereta orang awam sebab nak kejar orang jahat ke, tak pernah ada adengan minyak habis...minyak tinggal setakuk je atau pun yang seangkatan dengannya.

Semua kereta tu dah la kereta power ko. Bila nak kejar-kejar....tak main la nak bawak setakat kelajuan highway macam aku bawak. Dah bawak punya laju-laju selaju-lajunya sampai semua kete orang lain tunggang terbalik, sampai lori pon terbang-terbang....kete hero dengan orang jahat je yang maintain macho laju bergaya dekat jalan raya tu kan....tak de sorang pon antara diorang tiba-tiba minyak habis kan? kan? kan? Padahal....diorg bukan bawak kete Viva ke Vios ke yang jimat minyak. Kete yang diorg bawak tu selalunya geng-geng kereta yang makan minyak macam bukak paip air tu...tau tak? Geng-geng macam Lamborghini dengan Ferrari.

Sedangkan kereta lumba dalam F1 pon mesti masuk Pit untuk isi minyak ke, tukar tayar ke atau pun adjust mana-mana yang patut lepas tu sambung balik lumba.

Heran tau tak?Heran?

Aku tau la itu semua cite...tapi macam biase la, aku nak gak cakap heran muahahahaha.

ps: Aku baru je lepas tengok cerite Transporter 2, adengan Lamborghini kejar Helikopter. Power weih. Huahuahua.

Thursday, September 20, 2012

Ginila..ragam hidup berjiran

Asalamualaikum

Biase la..aku kalau tak emo,xupdate blog. Bukan bermakna hidup aku sejak2 ni xde perubahan emosi langsung. Tapi, ofis aku dah tak de intenet...so kadang-kadang tengah emo, takde intenet lak nak luahkan perasaan. Balik rumah dah hilang dah emosi aku tu. Dekat ofis aku tu Intranet je yg boleh...phuiii...nyampah aku. Keje nak cepat...info nk byk, tp kedekut.

Sejak beberapa purnama ni, aku dengan laki aku tanam la pokok pandan dan pokok kari. Cita-cita murni kiteorg adalah bila masak nasi lemak dengan kari tu...nanti power+sedap+mabeles sbb ada bende-bende ni. Macam dekat kampung. Takkan la setiap kali nak masak, nak kene beli dekat kedai daun-daun ni. Kedai-kedai runcit pun takde jual. Kalau nak beli kene g pasar. Aku dengan laki aku ni buzi. Mana ada masa nak g pasar. Daun2 tu bukan boleh simpan dlm fridge sampai seminggu pon.

Aku tanam-tanam ni pon aku tak kedekut. Aku tak kisah kalau jiran2 aku nak ambik. Macam la aku pakai daun-daun tu sampai sepokok bila nak masak dan bukak aku masak hari2 pon.

Yang aku geram+bengang+rasa nak memaki jugak la barang sikit, anak jiran aku telah menggonjengkan seluruh pokok pandan dan kari aku.Padahal mak dia banyak kali ambik buat masak. Lepas tu....boleh pulak bapak dia bagi jawapan cover kenakalan anak-anak baik punya...yakni

'apasal kiteorg tanam dekat tempat budak2 boleh capai. Sebab tu la budak-budak boleh rosakkan'

Emo tak dengar jawapan brother ni.

Ko boleh cadangkan kat aku tak kat mana tempat anak ko tak boleh capai. Anak ko tu dah umo sekolah rendah tau...bukan umo budak belum tadika. Ko nak suruh aku tanam dalam almari baju ke?

Aku memang la bengang dan sedih. Cuba ko bagi jawapan yang menyejukkan hati aku ni dengan jawab nanti ko nak tegur anak ko ke...walau pun belum tentu anak ko nak dengar. Atau apa-apa jawapan yang bijak sikit. Boleh tak?

Kalau aku pijak-pijak baju anak ko then bagi jawapan, sapa suruh sidai dekat kawasan yang tangan aku boleh capai...ko boleh terima kenyataan tak??????