Monday, December 27, 2010

Kisah cuti sekolah lagi- Pusat Sains Negara dan dinosour

yeah...sambung lagi.

Selepas melawat rumah 4 musim dekat Taman Pertanian Bukit Cahaya Seri Alam, kiteorg sekeluarga pegi melawat Pusat Sains Negara huahuahua. Lawatan berilmu gitu.

Sekarang ni kan tengah heboh ada pameran dinasour, so anak-anak buah aku pon terpengaruh la nak g tengok. Itu yang mak bapak diorg terpaksa bawak ke sana.

Tiket masuk dewasa RM10, kanak-kanak RM5, student RM5, budak bawah 4 thn free.



Patung-patung tu tengah berjoget dan anak-anak buah aku kejakunan.


Ahahaha....nampaknya aku berjaya menangkap seekoq dinosour. Kuci kuci pampers.


Expressi konon-konon tekezut tengok dino sedang lunch.



Ini aksi kiteorg sedang kung fu fighter dengan salah seekor dinosour.




owh..aku tekezut di situ kerana terdapat seekor raksasa datang menyergah dan memberi salam
dino : assalamualaikum adik manis..
aku : oh mak ko...tekejut aku...buang tebiat ke ape dino nih
lebih kurang gitu le dialog kiteorg berdua. Huahuahua.





Manja kan muka si T-rex ni? miaw miaw miaw.
Dinasour-dinosaur dekat sini macam transformers sket, boleh gerak-gerak siap dengan sound track suare lagi. So, budak-budak memang pakat excited la. Belum lagi ada dinosour menyorok dalam kandang la, pokok la, lepas tu asyik sergah orang selang 2 - 3 saat macam tu. Yang budak-budak kecik macam bawah 4 tahun aku tengok majoriti mesti takut dan seram punye. Tertipu dengan efek dino-dino patung yang konon-konon macam ganas ni.



Menariklah untuk bawa budak-budak ke sini. Tapi, akak-akak, abang-abang, ibu-ibu, bapa-bapa, atuk-atuk dan nenek-nenek budak pon ramai datang sini. Kalau ada peluang pergila melawat. Hihi.

Cuti Sekolah- berjalan-jalan di Taman Pertanian Bukit Cahaya Seri Alam

Assalamualaikum

Cuti sekolah yang baru ni...seluruh ahli keluarga aku saja jalan-jalan bawak budak-budak (cucu mak dan abah aku) pergi melawat Taman Pertanian Bukit Cahaya. Sebnarnye..ni atas cadangan anak buah sulung aku si Rasyiqah lepas terpengaruh tengok iklan dalam tv (aku pon tak pasti...ada ke iklan pasal Taman ni dekat tv?).

Tahukah korang yang Taman Pertanian Malaysia Bukit Cahaya Seri Alam ini ditubuhkan pada tahun 1989? Waktu tengah melanjutkan pelajaran di Tadika Kemas untuk sesi murid 6 tahun. Hehe. Dan mulai jan 2011, nama tempat ni akan ditukarkan menjadi 'Taman Botani Negara Shah Alam'...kelass gitu.

Aku dah tau kewujudan sejak sekolah lagi. Dalam tv rancangan macam 'Alam Ria Cuti Sekolah' tu kan kadang-kadang ada buat shooting dekat situ sambil promot. (aku rasa rancangan macam ni yang zaman sekarang kot yang pengaruh anak buah aku). Tapi...time kecik-kecik dulu tak de kesempatan nak datang. Bile dah besau...walopon berhijrah ke Shah Alam sejak Dec 2000...sampai sekarang Dec 2010 baru la aku akhirnya berjaya menjejakkan kaki secara eksklusif dekat sini hahahaha.

Kiteorg dekat rumah salji. Aku ingatkan boleh main salji macam dekat Genting nun. Rupenye...cume tengok dari tepi je. Mula-mula aku eksyen...'ces, ini sejuk macam dalam air-cond je ni' lame-lame ko...ha...naik kebas gak la hidung dengan jari-jari semue. Nasib baik setiap scene diorg limit 3 minit je. Kalau 3 jam..mahu mati kejung dekat dalam tuh hehe.

Expression sang M tentang kesejukkan sangat berlebihan. Sangat tak sesuaiii okey.


Anak buah aku frust...sebab boleh tengok je...die berangan nak main patung salji ni.


Tapi, tengok la..diorg charges RM3 dewasa, RM1 kanak-kanak. Memang patutla bagi tengok je. Kalau nak p main baling2 salji, tak dapek diorg nak cas murah macam ni. Mahunye sama banyak macam dekat tempat main salji dekat Genting Theme Park tuh.



Ha...tengok!!! -2 darjah tuh. Patutle hidung, jari kaki, tangan sumer kebas.



Tapi..kiteorg g rumah 4 musim je pon. Time cuti sekolah ni..orang datang punye la ramai tak hengat. Kat mana-mana kene beratur. Penat seyh. Jadi, kiteorg melawat yang paling menarik je la. Macam Taman Padi, Taman Rambutan, Taman pancing ikan dan segala Taman tumbuh-tumbuhan dan haiwan tu...malas la nak p lawat, baik aku balik kampung je..tengok yang dekat kampung aku hahahaha. Sama je kot.



Sunday, December 12, 2010

Al rawsha Jalan Damai - Review sikit

Assalamualaikum

Sebelum aku menyusun kata dan komen dengan lebih lanjut..baik lah kiranya aku berterus terang dulu tentang latar belakang si tukang makan dan review sebab aku rasa mungkin review aku ni akan sedikit bias atau dalam bahasa melayu nye tak adil. Ha sebab ape...owh..itu kita tak tahu... hehehe. Tak la tak la.

Aku dengan Mr M ni memang agak kurang pendedahan dalam arena memakan Middle East Food ni. Mungkin kiteorg handal dalam memakan makanan melayu (of kos la kan), makanan cine, india, jepun pon boleh la (tapi basis on tekak melayu so kadang-kadang mungkin bias), makanan western amat handal (riak riak isk isk isk) hehehe...tapi, makanan arab...memang rasanya macam tak pernah. Paling arab pun makanan aku...kebab beli dekat pasar malam hehe tapi yang buatnye orang melayu la bukan pak arab jadi...tak aci la kan hehe.

Macam mana kite org boleh ke sini? Asalnya...sebab adik ipar aku asyik cerite yang makan dekat al rawsha ni best..makanan arab die. Pada mulanya..aku dengan Mr M sikit pon tak terpengaruh akan tetapi...Mr M telah TERsilap cakap dengan TERbagi janji untuk membelanja aku makan di sini bila birthday aku. Huahuahua. Memang silap la kan. Walaupun birthday aku sudah 3 bulan lepas...tapi aku telah phsyco die dengan asyik berkaraoke lagu KRU 'JANJI TINGGAL JANJI' je hahaha....akhirnye kiteorg tiba di AL-RAWSHA jugak hahahahahahaha. (tak penting pun cite aku ni sebnaunyer)

Nervous plak aku bila sampai sini. Kiteorg g yang dekat Jalan Damai. Adik ipar aku cakap yang sini dah nak tutup bulan Disember ni. Tak pe..Al rawsha ni ada banyak branch, yang paling besau dekat bulatan kampung pandan tu.


Tapi..kiteorg tak de masalah untuk pilih menu sebab both of us are lamb lover hahahaha. Disebabkan dengar gosip gosip makanan yang Lamb Mandy ni is a must try jadi...kiteorg pon try lah. Actually kiteorg order 2 makanan...Lamb Mandy dengan kebab ape ntah..basis die kambing jugak la..tapi ntah kenapa aku tak tangkap gambaq kebab tu...aiseymen amende la aku ni..tak blogger langsung. Chaich.
Tada.....!!!!!! Kaching kaching!!!!! Lamb mandy is served!


Orang cakap servis die lambat. Tapi..mungkin aku datang lewat malam dah..orang pon dah kurang so..tak lama pun tunggu.

Portion die besau korang. Kalau korang jenis stok stok perut yang makan 2-3 suap dah kenyang baik korang berhati-hati nak order. Ini rupenye Lamb Mandy yang orang dok kecoh kecoh tu. Hahaha. First impression...kiteorg...


'ek eleh...ini je ke???? Nasik panjang-panjang (k la nasik panjang ni kan mahal), kambing seketul..carrot 2 potong (2 potong je???? dalam hati aku macam nak kate kedekut weh...jahat tak aku ni..sori ek boss al-rawsha)..then erm..semangkuk yogurt dan yang merah tu aku rasa macam tomato baru lepas blender.


Aku saje fokus gambar carrot ni korang sebab...aku rasa carrot ni sangat kering. Macam carrot yang dah lama. Oppss sori kalau aku silap. Tapi..itulah kenyataannya kalau difokus dengan lensa mata aku ni dan Mr M.



Kiteorg bawak minuman dari luar sebab orang cakap air dekat sini mahal. RM8. Erm....tak pe nanti kalau bos aku bagi gaji aku RM10k mungkin time tu aku tak kisah kot hehehehehe.


Komen aku ni mungkin berbaur bias. Sebab aku tak biasa makan makanan arab. Pergi negara arab pon tak pernah...inikan nak makan makanan diorg. Nasib baik al-rawsha ni bukak dekat Malaysia. Kalau tak..memang tak merasa aku nak makan makanan diorg hehehehe.


Aku makan yogurt die...er...rasa macam susu tepung tapi masam...(memang la dah nama pun yogurt=susu masam). Aku rasa sikitttt je korang. Aku tak boleh nak terus cicah die. Yang tomato tu...aku makan lebih sikit. Dalam hati aku asyik compare paste tomato yang aku beli untuk buat topping pizza dengan yogurt anlene yang aku beli dekat Maidin tu je. Apsal yang itu aku rasa sedap tapi yang ini...erm...erm..erm....susah aku nak perkatakan. Korang paham-paham la sendiri.

Tapi..magik kan magik??? Habis kau......wakakakakakakaka. Kecuali...erm carrot yang aku cakap tadi dan tulang kambing. Hehehe.


Kali ni nak puji pulak. Makanan dia sangat simple aku rasa. Mungkin itu style diorg kot. Tapi...cara dia masak kambing...itu memang aku bagi A dekat diorg. Kambing die lembutttt je...rasa lemak-lemak berkrim gitu hehe..memang pandai...memang diorg pandai masak kambing. Ini memang aku puji seikhlas hati takde politik-politik okay.





Kalau korang nak try Lebanon Food..boleh lah give a try. Tekak aku mungkin tak sama dengan tekak korang. Tempat lepak die pon sempoi je.

Ini ada ruang indoor retoran tu..sesuai untuk family. Aku dengan Mr M datang dah malam so..tempat ni dah tutup.


Lagi aku puji tempat ni..toilet die bersih. Aku kalau datang restoran memang hobi suke skodeng toilet diorg. Kalau toilet die bersih kan macam ada keyakinan yang jitu gitu untuk nak makan situ. Tapi..kalau toilet die ..erm..susah nak digambarkan dalam bentuk perkataan hehe..boleh cancel tujuan nak makan situ hehehehe.
Bon 'appetit!!!

Thursday, December 9, 2010

Berangan-angan nak jadi peserta 'Amazing Race'

Korang tengok 'The Amazing Race'????


Sebelum-sebelum ni aku tak pernah ikut pon 'The Amazing Race' series ni. Tapi...musim ni aku tengok weh...baik yang Amerika termasuk la yang Asia. Entah jin ape yang masuk...sampai kan dalam malam khamis dengan isnin tak boleh tengok cite lain...wajib tengok Amazing Race. Padahal...ulangan banyak je dalam Astro ni. Tapi...tetap nak gak tunggu tengok yang tayangan perdana punya. Chaich.

Bile lepas tengok je..mula la aku dengan Mr M ni berangan nak masuk. Aku baru je lepas tengok final Amazing Race Asia. Macam tak dramatik sangat final episode die. Cabaran pon macam tak la mencabar sangat.

Eishhhh....geram la. Aku rasa macam nak join je jadi peserta. Aku rasa macam aku boleh rilek je buat cabaran-cabaran die. Mungkin yang paling mencabar pon...time kene makan ulat sagu tu. Hahahahaha. Aku rasa..aku akan fail cabaran tu. Tapi, kalau aku masuk dgn Mr M...aku suruh die la yang makan muahahaha.

Yang lain...macam panjat2 tali tu...berenang-renang di tepian tu...terjun laut ke..aku rasa enteng beb enteng hahahaha (apsal macam riak lain macam je ayat aku ni ). Tapi...tak tau lagi la menang ke tak.

Series dowh..aku rase macam nak masuk. Kalau bos aku bagi cuti dengan gaji ni...kompom aku g join ahahahahaha.

Sunday, December 5, 2010

Charles & Keith vs reducing stress

Assalamualaikum

Walaupun aku tengah stress, takkan la aku nak duduk menyorok bawah bantal sambil meraung-raung 'stress' 'stress' 'stress'....so not me my fren...

Jadi..aku dan Mr M g jalan-jalan ke Sunway Pyramid yeah...asal g Pyramid je aku excited, jakun batak betul la. Tapi, nak buat macam mana....sudah dilahirkan sebagai wanita...dengan menjejakkan kaki ke Pyramid je badan aku macam dikurniakan satu power yang hebat...kaki aku akan berjalan ke sana ke sini menari-nari bagaikan rancak menari tarian Disco huhuhu.

Tapi, tak banyak kedai pun aku pergi. Setakat temankan Mr M masuk al-ikhsan cari kasut futsal die yang jahanam baru-baru ni, pergi bodyshop belek sana belek sini dengan pergi menyemak dekat Charles & Keith.

Aku setiap kali pergi Pyramid ni...belum pernah fail lagi untuk tak singgah C&K ni. Entah kenapa aku macam ketagih masuk sini. Macam melangkah ke 'shoes heaven' aku rasa. Mula-mula wajib kene cuba kasut yang dekat rak 'new arrival'...lepas tu baru lah melangkah dari satu rak ke satu rak. Aku rasa macam nak SEMUEE....kasut dekat rak-rak tu. Tapi, lepas aku tenung harge die dekat-dekat supaye mata aku ni tak rabun jauh ke silau ke....selalunye aku kene fikir 20-30 kali sama ada nak beli ke tak. Tapi...standardla kawan-kawan....lumrahnye...aku akan end up dengan, nanti-nanti la beli. Huahuahuahuahua. Korang nak cakap aku kedekut la tu....bukan kedekut ye. Aku memang nak beli tapi, tengah kumpul duit dulu muahahahaha.

Sungguh tak senonoh kan aku ni. Nasib baik aku tak buat courtesy visit hari-hari. Kalau tak, aku rasa staff dekat kedai tu kompom tangkap gambar aku lepas tu diorg tampal dekat pintu entrance die tulis 'DILARANG MASUK' hahahaha

Tapi hari ni...aku berjaya beli sepasang. Itu pun atas belas ihsan bapa mertua aku. Hihihi. Baikkan abah Mr M ni????

Aku sempat usha-usha sunglasses die. Aku dah try sume sunglass yang display dekat situ. Fuiiyooo....aku hampir-hampir terperasan macam SUPERMODEL. Aku pon cepat-cepat tanye dekat staff die hege sunglass tu. Hah...lebih mahal dari hege kasut yang aku beli. Macam mana sunglass yang lagi kecik dari kasut ni lagi mahal dari kasut??? Tak making sense langsung. So...aku tangkap gambar buat kenangan je la. Hehe.

Huhuhu...sedih tak jadi aku korang.


Yang ni lak..sedang ber'lunch' di Manhattan Fish. Ihsan belanja dari abang Mr m.


Memang happy la kesimpulannya. Sebab banyak sangat orang ihsan dengan aku ni. Rasa macam the luckiest person in the world plak. Sob sob sob. Tolong bagi tisu...sob sob sob.
Sekian.

Thursday, December 2, 2010

Evolusi Cita-Cita- Saya nak jadi Cikgu Tadika

Assalamualaikum

Masih ingat lagi tak korang apakah cita-cita korang yang pertama kali dalam hidup korang? Ingat? Ingat? Ingat?

Aku kalau cita-cita masa aku tengah baby lagi tu...tak ingat la weh. Tapi, setakat apa yang aku boleh recall dari CPU otak aku ni, cite-cite aku yang paling suci sekali waktu aku dalam linkungan 5 tahun ialah 'CIKGU TADIKA'. Korang jangan salah sangka yang cikgu tadika aku pengaruh aku ke ugut aku suruh jadi macam die besa nanti. Salah ye telahan melulu korang tu. Hehe. Waktu tu aku rasa cool gile jadi cikgu tadika. Dah besa-besa boleh lagi nak main polistrene, main pondok-pondok, main masak-masak. Bes tu. Tu yang berkobar-kobar aku bagitau mak aku nak jadi cikgu tadika.

Tapi, mak aku kepochi..habis die kepoh dekat semua sedare mare aku yang aku ni besa nak jadi cikgu tadika. Mak cik-makcik aku pulak bukannye nak bagi sokongan moral ke tips-tips nak jadi cikgu tadika ke ape...diorg gelakkan aku pulak. Masalahnyer, mak aku pon gelakkan aku jugak. Tak patut tak patut. Ei, diorg ingat senang ke nak jadi cikgu tadika ni? Hanya mereka yang cool macam Cikgu tadika aku je boleh jadi cikgu tadika. Boleh naik moto g skolah macam ayah aku (cool tu), baju bunge-bunge, pandai pujuk budak-budak nangis, selalu rotan dan marah mana-mana budak yang suka buli aku..macam-macam lagi la. Diorg pon belum tentu boleh jadi setere cikgu tadika aku.

Hihi. to be continued.

Monday, November 22, 2010

Kalau Ikutkan Hati

Kata orang...

Ikutkan Hati...Mati
Ikutkan Rasa...Binasa

tapi aku percaya, yang gerakkan hati pertama tu selalunye betul. Korang percaye tak?

Ok, aku bagi contoh la kan.

Contoh pertama

Aku tengah buzi buat kerja dekat ofis. Tiba-tiba, hati aku terdetik untuk bayar parking MPSJ tanpa sapa-sapa cakap dekat aku. Kemudian, disebabkan aku terasa yang kerja aku tengah buat tu jauh lebih penting dari nak pergi menapak ke parking kete untuk bayar parking, so aku ignore je kata hati aku. Lepas tu lebih kurang sejam ke due jam lepas tu...aku terase tak sedap hati dan aku buat keputusan untuk p bayaq parking. Tibe je aku dekat kete aku, pakcik MPSJ tu dah letak saman dekat wiper kete aku di mane mase kene saman tu adalah dalam 15 minit lepas hati aku terasa nak bayaq parking.

Contoh kedue (contoh yang lebih series)

Dulu...waktu boyfren aku sebelum Mr M kan...waktu kiteorg bercinte jarak jauh. Tak de angin tak de ribut tak de khabar angin mahupun gosip-gosip panas. Hati aku terdetik yang aku merasakan Die tu ade orang lain. Tapi, biasa la..kadang-kadang aku cube nak fikir secara positif, tak nak hubungan sia-sia dan putus, cuba buat yang terbaik untuk maintain hubungan tu, tak nak cemburu membabi bute sebab..tak de orang pon cakap dekat aku, takde bukti, hanya perasaan je...tibe-tibe bende tu terdetik dalam hati aku. Aku buat ignore je. At the end...memang itu yang terjadi dan bende tu rupenye telah bermule sejak sekian sekian dan bile aku reconcile balik, time tu la hati aku dah terdetik perasaan yang Die tu ade orang lain. Tapi, aku la konon positive minded konon so..aku ignore je. PIIrahhh...positive minded konon. Chaich. Tapi skarang aku tak kisah pon.

Dekat sini bukan aku nak kecoh pasal bende dah basi ni pon. Bukannn.....er...encik M, kalau u bace, jangan ambik hati pulak. Haippp.

Apa yang aku nak tekankan dekat sini adalah....kadang-kala gerak hati yang pertama tu ada betulnye. Mungkin Allah nak bagi hint pada kita. Tapi, bila kita fikir punya fikir. Itu selalunye, dah ada campurtangan syaitan, nafsu, dan akal fikiran sendiri. Kemudian, kite konpius dalam nak membuat keputusan.

Macam aku cakap tadi selalunye waktu sesuatu bende tu terdetik di hati kita tu... kite ignore je. Tapi, macam mane kite nak tahu apa yang terdetik di hati kite tu betul-betul akan terjadi selagi bende tu tak benar-benar terjadi. Betul tak?

Sekian.

Tuesday, November 2, 2010

Sila Parking Kereta Dengan Berhemah

Korang kalau bawak kete, korang parking dekat public parking macam mana?

Adakah korang parking elok-elok dengan memastikan kete korang betul-betul dekat tengah-tengah kotak parking?

Ataupun korang parking ikut suka hati korang sampai korang sebnanye tak perasan pon korang parking macam mane sebnanye?

Aku doakan...korang semue parkinglah dengan berhemah ye kawan-kawan.

Kadang-kadang kalau aku naik kete dengan Mr M kan, die suke kutuk orang pompuan bawak kete teruk la, care stop kete bahaye la bla bla bla bla...aku bengang betul bile kutukan die tu berlebihan ajinomoto. Tibe-tibe je aku rase macam nak tukar profesyen jadi peguam bela wanita. Hehehe.

Tapi, kadang-kadang tu aku tengok...yang suke buat bende tak berhemah ni kaum sejenis aku gak. Tensen aku.

Contoh pertama.

Ade sorang minah ni, dok blok aku suke parking, lot sebelah parking rumah aku. Padahal tu bukan parking die, parking orang lain. Tapi, tuan parking tu selalu tak ade dan rumah die dekat sini pun cuma rumah persinggahan je. Yang aku hangin satu badan kan, minah ni kalau parking mesti nak masuk line parking aku. Aku heran betul. Betul betul heran. Die ni fail ambik lesen driving ke atau memang tak ade kesedaran sivik. Kalau sesekali parking bongok macam ni aku boleh la nak maapkan. Hidup berjiran kene saling bermuafakat. Tapi ko..kalau dah hari-hari ko perking ngok macam ni hangin la aku. Padahal, side lagi satu tu punye la terbentang luas. Apesal belah side parking aku gak nak masuk. Aku tak faham la mentaliti diorg ni.

Aku nak sound direct pompuan ni, tapi...asyik tak pernah bersua muka. Kalau terjumpak, rasa nak cakap je. Aku ingat nak tulis surat layang. Tapi, aku rasa macam budak-budak dan tak profesenel pulak. Aku pon tengah fikir apa aku nak buat ye, yang munafaat sikit. Takkan nak calar kete die. Eh, tak baik tu...tak baik. Aku tak mau. Nanti, die calarkan balik pulak kete aku.

Contoh kedue.

Sorang minah ofis aku ni. Setiap kali parking kan, memang tak pernah masuk parking sendiri. Tayar mesti keluar line. Tapi, itu side parking, ok, boleh ignore je. Yang aku marah tu kan, kadang die parking..angin tak de ribut tak de, die parking pakai 2 lot parking, kete die dekat tengah-tengah. Ape kejadahnye ko ni? Aku disebabkan kenal die...so ape lagi, mulut aku ni mesti la bok bek bok bek berleter sampai die tak tahan lepas tu mintak orang lain alihkan kete die.

Aku betul-betul tak faham mentaliti sesetengah pihak yang macam ni. Apa sebnanye dalam kepale otak diorg tu time nak parking. Kalau pun, tak tere parking ke ape...belajar la, berlatih parking betul-betul. Nanti lama-lama ok la. Ini...macam takde kesedaran sivik.

Hadei..aku rase, JPJ waktu nak test driving lesen tu kan, yang waktu drive outdoor tu..cube tukar, test orang yang ambik lesen tu parking dekat public parking.

Sunday, October 31, 2010

Once in a blue moon.....aum..!!

Tadi dekat astro ada iklan Gatsby. Korang tengok tak..yang model die Takuya Kimura. Tekezut aku. Ingatkan dah pupus dah pelakon jepun dari muka bumi ni. Rupanya....ada lagi.

Dulu kan...aku rase 10yrs back la kan...drama-drama jepun kan start membanjiri slot slot dalam tv dekat Malaysia ni. Dengan tak malunye aku nak bagitau korang, pelakon idola aku waktu tu 'YUTAKA TAKENOUCHI' ARGHHHHHHHHHHHHH (aku pelik la kenape budak pompuan ni kalo excited dengan benda yang die tersuper suke je, mesti nak jerit macam orang HISTERIA)

Tapi, mamat ni HENSEM dowh.....auw auw auwmmmmmm.......

Waktu tu aku ingat lagi, aku baru fes semester diploma dekat UiTM ni ha. Cite fes die yang aku minat tajuk 'With Love' petang pukul 6 mcm tu kot. Waktu semester 1 aku dah la ambek banyak kredit weh. Sampai 8 subjek. Gile seks betul. Tapi...itu semue tak menghalang aku untuk tengok cite ni setiap petang sambil berebut-rebut nak duduk dekat depan tv dekat bilik tv asrama blok AKASIA. hahahahahaha.

Tambah-tambah hari isnin. Kelas aku dari pukul 8pg sampai 6ptg non stop tu. Rehat kejap time lunch je. Gile la. Aku rase tu je semester yg gile sket. Lepas tu, tak de masenye aku nak buat kelas non stop macam tu. Tapi, ianye tetap tak menghalang semangat aku nak tengok cite jepon ni.

Penangan cite with love ni sangatla kuat pada budak aku yang baru je lepas spm ni. Hadei...yai. Terpengaruh gile.

Kalo korang penah tengok cite tu, hero die si Hasegawa Takashi ni kan ade la telepon NOKIA, yang aku jakun kan...(awatla aku ni jakun sangat), telepon die tu ade dalam buku subjek komputer aku. Aku benci tau dulu subjek komputer sebab maklumla, aku ni buta komputer sket. Nak baca pasal wat is modem, type of monitor, wat is wan, lan bla bla bla.....UiTM ingat aku ni suka sangat ke nak baca benda-benda macam ni. Rasa macam nak bakar je buku die tu. Tapi, kawan-kawan...disebabkan telepon hasegawa takashi tu ade dalam buku tu....aku tibe-tibe je suke baca buku tu weh. Gile betulla budak aku ni. Anak sapa ntah.

Akibat rajin sesangat baca buku komputer yg tah hape-hape nih...tak pasal2 dapat A pulak. (bukan riak ek...cume heran dengan diri sendiri huahuahuahua)

Sejak tu jugak aku berazam dan bercite-cite nak ada boyfren sebijik macam encik hasegawa takashi dalam cite nih. Hebat kan cita-cita aku ni? Orang lain suma cita-cita suci murni nak jadi AKAUNTAN ler, AUDITOR ler, LECTURER ler, CIKGU BOSAR ler, GEORGE SOROS ler GABENOR BANK NEGARA ler (aku heran la apesal tinggi sangat cite-cite diorg ni)...budak aku je nak cite-cite boyfren macam hasegawa takashi. Huahuahuahua. (kalau ade mesin masa..aku rasa nak pi sana skejap lepas tu nak luku kepala budak aku ni)

Yang menyampahnye kan..time tu sket-sket bila ada benda yg rare berlaku, mesti nak cakap 'owh..once in a blue moon' puuiihhh...rasa macam nak tampar diri sendirik je. Huahuaahuahua.

Ni..aku merajinkan diri dengan mengupload part of dat drama. Enjoy!!!!


Thursday, October 28, 2010

Domino memang bes...!!!!!!!

Kenape aku cakap Domino bes???

Hari tu kan..time bulan puasa, aku dengan Mr M order la pizza domino. Kiteorg order pakej yang RM30 untuk 2 pizza medium. Kiteorg order piza classified chicken dgn tuna temptation. Both our most feveretes babeh. Ditambah lagi..kiteorg mempunyai sekeping kupon pizza free. Maka kiteorg tambah lagi satu tuna temptation tapi...yang nipis punye.

Kemudian, mamat delivery domino yang kehensemannye ade suam-suam suku la jugak pon tibe di rumah aku bersama 3 kotak pizza. Mamat ni sampai lak lambat. Terpakse la aku dengan kejamnye merembat lagi satu kupon free. Walaupun ayat aku ni berbaur kejam...tapi, aku tak marah bile diorg lambat. Sebabnye...tu la yang aku tunggu-tunggu kan. Aku sentiasa berdoa depa sampai rumah aku lambat supaya aku boleh rembat kupon free lagi.

Sedang aje aku dan Mr M menghadapi hidangan pizza yang panas lemak berkrim lagi disukai ramai tu...kiteorg tgk...pizza yang kiteorg dapat tu lain macam sikit rupa bentuk wajah dan fizikal nye. Kiteorg pelik. Ini..bukan pizza yang kiteorg tempah.

Maka, ape lagik..Mr M pon mengapi-apikan aku untuk dail nombo domino dan buat komplen. Aku ni sebnanye seorang yang cool dan mudah memaapkan orang. Tapi, Mr M la jahat. Suke mengapi-apikan aku. Aku pon dalam keadaan terpaksa dan terpengaruh, buat komplen. Mula-mula....manager die tak ngaku. Aku pon bengang la beb. Elok2 hati aku berjiwe pemaap...ko nak belagak la betul padahal dah terang-terang salah. So...pom pang pom pang pom peng. Akhirnye, domino hantar lagi pizza yang betul dekat umah aku malam tu. Pizza yang salah pulak, diorg suruh aku simpan dan makan.

Tekejut dan gumbira le aku. Tiba-tiba rumah aku macam ada pesta pizza pulak. Banyak. Padahal tukang makannye due orang je.

Apa yang mengkagumkan aku korang...tadi, aku dapat surat mintak maap dari Domino. Beserta, sekeping kupon pizza free lagik. Huahuahuahuahuahuahuahua.

Mak cik memang suka la kalao dapat benda-benda free ni tambah-tambah yang feveretes ni kan. Apa lagik....kalo ikut hati kan...aku macam nak heboh satu kampung . Tapi, sat gi orang kampung aku cakap aku ni jakun batak plak kan. Jadi..aku heboh dekat sini je la kan. Hehehehe.





Cheers.

Wednesday, October 27, 2010

Yessszaaaa.....

Assalamualaikum...

lama saya tak berjumpa dengan anda..anda...anda..dan anda....uhukk uhukk (kene perasan sikit intro kali ni)


Sejak lepas hari raya hari tu..kehidupan aku dihujani dengan bermacam-macam kebuzian hidup yang telah membuatkan aku stress depressed frustrated tension er..ape lagik yek pressure squeeze compression hehe...dah dah melalut pulak...tapi, sebnanrnye aku nak describe bertapa tak terurusnye kehidupan aku korang tau??? Korang tau tak??? Aku tau...korang tak tau. Ni yang nak bagitau ni. Tak kisah la korang nak tau ke tak nak tau huahuahuahua.


Tapi, pada satu ketika, minda aku terjaga daripada kebuntuan stress yang melanda dalam kemelut jiwa aku. Lantas, aku bertanya......SAMPAI BILA AKU NAK BIARKAN DIRI AKU NI DIBELENGU DENGAN MASALAH YANG...SEMEMANGNYA SUDAH MENJADI KUDIS DALAM PERMASALAHAN DUNIA INI.....(aku terase ayat aku ni agak melebih-lebih..tapi, tak pe la...layankan aje hehe)


Jadi, kawan-kawan aku bertekat untuk meneruskan kehidupan di alam fana ini seperti biasa, cool dan macho lagi penuh bergaya anggun jelita.....HAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHA

Sekian...

Sunday, September 26, 2010

Salam Aidilfitri

Ok la aku mengaku...yang aku ni diibaratkan kalau beli tiket bas hari ahad pukul 9.00 pagi nak balik Taiping tu kan...tapi, aku datang ke Pudu 2 minggu lepas dari tarikh tu. Orang dah 2 minggu beraya, aku baru hari ni terhegeh-hegeh nak buat entri pasal hari raya Ehehehe... Tapi bak kate orang putih la kan " Better Late Than Never" tak gitu ekekekeke

Walaumacam mana pun...nak buat macam mana..aku ni rasanya memang dari zaman tadika lagi memang statement "better late than never" tu...tak dapat nak dipisahkan. Kalau korang nak tau la kan...aku ni tadika dulu, seorang pelajar tadika yang dedikasi terhadap persekolahannya. Begitu komited sekali. Tak pernah sesekali malas nak pegi sekolah. Setiap hari jiwa dan perasaan aku ni berkobar-kobar nak pegi sekolah. Walaupun, aku bangun tido pukul 9 ke..10 ke...aku tetap dengan pendirian aku nak g tadika. Tak kisah la, pegi setakat sejam je ke, setengah jam je ke...aku tak peduli. Sebab dari kecik lagi aku memang mengamalkan konsep 'better late than never'.

Bukan tadika je...sampai aku masuk sekolah rendah, lepas tu sekolah menengah, sampai masuk UiTM dan lepas tu....sampai la aku masuk keja. Opss....dulu waktu aku mula-mula start keja, aku agak disiplin datang awal...tapi, sejak-sejak dah jadi otai ni....asyik terlewat 5 atau 10 atau 15 minit je...hehe almaklumla, nak buat mcm mana, kawasan sekitar Lembah Kelang ni kan selalu Jamed hik hik hik.

Sempena bulan mulia dan hari raya yang berbahgia ni...aku memohon maaf atas segala ketelanjuran aku dalam menulis blog ni. Manala tau..kot-kot apa yang aku merepek ni telah melukakan hati sesiapa ke, mengguris hati sesiapa ke, membuatkan beberapa pihak tak senang hati ke, maklumla...asyik kompelen itu ini begitu begini...ehehee....mohon maaf atas ketelanjuran aku tu....semoga syawal kalian pun meriah gembira dan riang ria. Hihi.

Aku rasa, raya aku tahun ni bes sangat. Sebab cuti aku agak panjang untuk raya tahun ni berbanding raya tahun-tahun lepas. Lepas tu dapat mentekedarah rendang mak mertua aku dan rendang mak aku yang mabelos, fabelos, sedap, enak sehingga menjilat pinggan dan meja makan la kesedapannya. Sampai kadang-kadang tu...aku sanggup kedekut nak bagi rendang kedua-dua mak aku untuk jamu tetamu yang datang. Aku terasa sungguh teruk pulak berperangai macam tu. Tapi, jauh di lubuk hati dan sanubari aku ni....aku sangat BERBANGGA SEKALI sebab rendang mak dan mak mertua aku, same-same ade rendang yang sedap. Akhirnya sapa yang untung....aku gak yang untung sebab dapat mentekedarah dengan lahapnye dan gembira tanpa memikirkan masa depan lagi. Huhu.

Tapi, tu la...nak raya memang seronok+excited, lepas tu bila hari raya...hepi makan+jalan-jalan tak payah nak fikir apa-apa pasal keja ke, nak bentang baget dekat bos aku, nak bersoal jawab dengan pak banker, customer dan supplier ke, nak dengar bos aku membebel yang berpanjangan ke, nak pecah kepale selesaikan masalah ke..tak perlu tak perlu...shooo shooo shoo... benda kerja-kerja nak workhaholic ni hangpa tok sah dok main dekt-dekat aku, p main jauh....kalau nak ajak aku main mercun ke, bunga api, badminton ke, baru hangpa mai main dekat-dekat dengan umah aku, okay.

Tapi...tup tup..cuti raya pun habis...kita pon kembali ke keadaan asal. Hm...sungguh membosankan. Owh..sekali lagi aku nak mintak maap, waktu raya hari tu aku dihujani banyak sangat SMS raya dari kawan-kawan, supplier pon pakat bagi ucapan raya walopon depa tu tak sambut raya, tapi....aku agak sibuk di malam raya dengan pelbagai aktiviti sampai terlupa nak balas mesej raya hangpa....yang bengangnnya...bila aku free-free nak reply sume mesej raya tu...talipon aku pulak but hal...nak mati-mati hidup la, nak hang la...lepas tu, semua mesej aku send fail dan sampai sekarang henpon aku yang berjasa ni tak boleh lagi nak send mesej dekat orang. Huhuhu...tu part yang agak sedih la dalam raya aku ni. Tapi, ianya tetap tak menjejaskan perayaan aku huahuahua.

Di sini, aku sajikan beberapa gambau-gambau yang di snap oleh adik ipau aku pada hari raya pertama. Hehe.






Sekian.

Monday, September 6, 2010

Jem Sane Sini Menjelang Raya..awatla..

Salam Ramadhan semue..

Sebagaimana yang kite tahu..bile je menjelang raya, sana sini jammed. Jalan yang tak jammed menjadi jammed gile-gile dan secara tibe-tibe especially pada waktu waktu balik kerja di sekitar lingkungan pukul 5 - 6.30 ptg dan hari minggu. Jalan yang dah sedia jammed pulak...akan menjadi-jadi jammed diorg. Sengalll betul. Dah bertahun-tahun aku kerja dekat sini, tiap-tiap tahun pon...macam tu la..sama je jammed die, kurang tak, sama ada konsisten atau bertambah teruk je.

Boring kan?

Sejak pindah Subang USJ ni..jam lagi la teruk. Suck gila. Bila jammed melampaui batas-batas yang sepatutnyer, aku rase macam nak bukak puase je, baik makan roti jem lagi baguss. Tapi, disebabkan hati ini memang ikhlas nak berpuase...jadi tak de la aku batalkan puase. (aku main-main je..takkan hangpa pecaya kot hehe)

Korang bayangkan??? Okay..bayangkan betul-betul yek. Aku nak ke Maidin USJ dengan niat suci nak beli sepeket roti john untuk dijadikan juadah berbuka puasa sempena hari kemerdekaan yang ke-53. (Hehehe..yang merdeka tu aku saje je tambah). Kebiasaannya...aku boleh pergi balik dalam 45 minit la kan...sebab campur mase yang terbuang nak g belek-belek tudung dekat tingkat bawah tu...tapi pada hari tersebut di mana jatuh dalam bulan ramadhan, 3 jam baru aku dapat menjejakkan kaki di rumah. Dalam 3 jam tu, 2 jam setengah masa aku hanya dihabiskan dengan melepaskan brek lepas tu tekan brek, lepas lagi dan tekan lagi...dan macam tu la sampai aku memang rase macam nak penjahanam je jalan raya tu.

Ade lagi kes. Aku dengan 2 budak ofis aku si budak Ida dengan budak Sara nak g buat courtesy visit dekat Sunway Piramid. Tepat je pukul 5....KRINGGGGG.....aku dengan 2 org budak ni berlari-lari keriangan dengan lajunye sambil menaiki kenderaan VIVA ezi1.0 menuju ke sana. Tapi, sekali lagi keriangan aku dan kawan-kawan aku telah diganggu oleh jalan yang jammed. 6.30 ptg baru sampai. Bila balik pulak. Kiteorg balik awal...9.50 kiteorg dah berazam untuk pulang ke rumah supaya suami masing-masing takkan syak yang bukan-bukan seperti kiteorg pergi berfoye-foye ke, berkaroke ke dll. MALANGNYERRR....jammed telah berlaku dari tempat parking tersebut sampai la jalan raya sepanjang dari piramid sampai la Summit yang menyebabkan pukul 11.30 mlm baru aku sampai rumah.

Sedih kan????????

Untuk mengurangkan kesesakan sempena raya ni, hari sabtu semalam, aku telah mengajak Mr M pergi menemani aku bersopping dengan mengepaw motor Kriss Modenas bapak in law aku ke Sunway Piramid dan Maidin.

Sungguh bahgie sekali dapat merempit ke sana ke sini tanpa perlu menensyenkan diri akibat kesesakan jalan raya. Romantikk gitu.

So, korang kalau nak g tempat sesak-sesak time raya macam jalan tar ke, sogo ke, maidin ke, piramid ke....aku nasihatkan tak payah la naik kete. Korang simpan je kete korang yang bes-bes tu kat parking umah korang. Baik korang merempit naik motor. Tapi, sebelum tu...pastikan korang ade lesen motor. Sebab pak cik polis ni aku tengok, feveret person die nak tahan selalunye motorist-motorist..okay.

Selamat Bershopping sempena Lembaran koranggg.....!!!!!!

Monday, August 23, 2010

Coretan Rona Roni di 13 Ramadhan

Jam menunjukkan angka 11.00 pagi. Aku sedang berjalan menyusuri lorong-lorong untuk membayar parking kereta. Tiba-tiba, aku terbau masakan yang sedap sedang enak ditumis oleh salah sebuah deretan restoran cine yang terbentang dihadapan ofis aku.

Aku tiba-tiba terasa sungguh tensen. Ah, terpaksa aku mempercepatkan langkah ku untuk kembali ke pejabat di mana, dindingnya diperbuat daripada bata-bata konkrit yang tiada angin mahupun air dapat menembusinya. Setiap ruang dan rongga juga ditutup melainkan laluan penghawa dingin.

Kini, aku sudah tiba melangkah kembali ke ruang legar pejabatku. Aku lega dan terasa selamat disini. Ibaratnya kaki melangkah ke bumi merdeka.

Sekian,

Tuesday, August 17, 2010

Nostalgia Puasa

Umur berape korang start puasa???

Aku start belajar puasa waktu darjah satu. Aku berjaya puasa sebanyak 1 hari saja dalam 30 hari tu muahahahaha. Hebat kan???? (aku rasa hangpa mesti tak heran pon sebab aku tau ada antara hangpa tadika lagi dah posa penuh...)

Sebnaqnya..takdak la aku series sangat nak belajaq posa time tu. Aku rasa waktu tu tak dak kesedaran sivik pun nak puasa. Walopon mak aku neno neno neno bising berletiaq dekat aku macam-macam suruh aku puasa...tapi, aku menganggapkan bagaikan irama lagu yang dipasang dekat Siaran Radio Kedah FM atau pun Radio Penang FM.

Kadang-kadang tu aku nak try try gak la posa sebab ramai gak kawan-kawan sekolah aku sibuk cakap depa posa dekat sekolah. Walaupun tak tau la aku yang depa betul posa sampai waktu bukak posa ke tak. Lagi pun, bila pagi-pagi ja, cikgu sebok dok tanya sapa posa angkat tangan..lepas tu pakat la dok puji budak-budak yang posa ni tinggi melambung. Tapi, Arwah Tuk aku dulu kan, asal aku balik sekolah je, mesti suruh aku makan. Bila mak aku bising...Tuk aku back up..dia cakap kesian dekat aku yang comel dan kurus ni kehkehkeh. Kadang-kadang tu Tuk aku belikan aku keropok twisties lagi kalau mak aku tak simpan makanan dekat dapoq waktu tengah hari untuk bagi aku posa. Mak aku kalau tau..(selalunya mestila tau)..mesti berangin satu badan dekat komplot aku dengan Tuk aku. Tapi, hangpa jangan salah paham dekat Tuk aku..dia posa ek..aku je yang tak posa. Tuk aku cakap, aku tak posa tak pa..tak bedosa.

Tapi, abah aku rilek ja, dia tak bising macam mak aku...dia cuma bagi statement ja dekat aku, kalau aku berjaya posa penuh 1 hari...dia bagi aku Lima Ringgit.

Hah??? 5 Ringgit. Tiba-tiba saja aku rasa mata aku bersinar-sinar penuh keimanan. Dengan duit 5 ringgit tu...aku boleh la nak beli ais krim paddle pop dengan keropok twisties banyak-banyak lepas raya nanti. Atau pun, aku bole jugak beli game kad yang ada gambaq kartun Son Goku tu.Tak lupa jugak, pensel tekan baru dengan lead kale warna warni. (Hebat kan perancangan licik aku???)

Aku pun posa la hangpa 5 ringgit punya pasai. Punya la terseksa jiwa dan raga. Balik ja sekolah, aku terbaring dekat tilam macam orang pengsan sambil tengok tv. Semue cerita dari pukui 1 sampai nak dekat waktu bukak aku tengok sambil terbaring macam orang koma. Cita pak arab, cita Connie Ahmad..semua aku tengok.

Betapa terseksanya aku..sampai mak aku yang selalu bising pun kesian tengok dan berani offer aku makan. Mak aku cakap, tak pa la..sampai pukul 4 pun dah syukur alhamdulillah.

Oh..tidak...pendekar luna penah berkata " Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan..alang-alang posa, kalau sampai pukui 4, tak dak la abah aku nak bagi 5 ringgit tu"....aku tetap dengan pendirian aku untuk posa walau pun pelbagai rintangan aku hadapai terutamanya bila tengok adik aku yang tak posa. Huhuhu.

Yang sedihnya...waktu bukak posa kan..ayah aku balik lambat sebab kena buat overtime. Huhuhu. Aku sedih dan kecewa sambil bukak posa makan agaq-agaq merah dengan ayaq sirap.

Tapi, tu la...akhirnya aku dapat la lima ringgit pagi-pagi raya. Wei...zaman aku kecik-kecik dulu..aku rasa 5 ringgit tu macam 50 ringgit hangpa tau. Aku punyalah bangga macam seorang patriotik yang mengharumkan negara ok. Hehehehe.

Sekian, wasalam. Hehe.

Monday, August 16, 2010

Burger Malaysia dan Nostalgia....huahuahua

Name pon Burger Malaysia...mestila semua rakyat Malaysia tau yang mana satu burgernyer. So..tak yah cite panjang definisi burger ni.

Ni gambar ihsan google kot-kotla hangpa semua tak ingat macam mana rupa dia.


Burger Malaysia ni antara favourite kuih aku sebnaunye. Tapi, disebabkan aku ni bukan penggemar kuih muih...termasuklah kuih raye...aku cakap je la ni favourite aku padahal aku bukan makan kuih ni hari-hari pun, seminggu sekali pun tak...sebulan sekali pon belum tentu.

Tapi, bila time bulan Ramadhan dan berjalan-jalan mencari makanan di Bazar Ramadhan, maka selalunye akan terbeli la aku kuih ni...

Yang sibuk nak cite pasal kuih ni sebabnye aku hari ni kan, berbuka kuih ni la. Rase bes sangat. Macam setahun tak makan kuih ni. Hihihi.

Aku first time makan kuih ni waktu aku darjah satu. Wow wee junior juice...macam mana aku ingat ni??? Dah alang-alang aku ingat baik aku cite dekat sini, sat g mane tau aku dah bertambah tue, dah tak bape nak boleh ingat pulak. Maklum la , hardisk kepale hotak aku ni jarang defrag hehe.

Waktu tu kan, nurse atau pun name gleme depa sebagai misi datang sekolah aku. Depa mai kelas aku, lepaih tu depa panggil lebih kurang 10 orang budak untuk cabut gigi-gigi yang rosak atau pun tampal mana-mana lobang dekat gigi. (tu la...malaih sangat gosok gigi..hambek hang). Tiba-tiba ja, mak cik misi tu panggil nama aku....aku punya la tekejutttt...macam nak meletup jantung ni, ye la, first time kena panggil dengan misi..takut wooo....rasa menggeletaq la satu badan aku, dari lutut sampai ke jantung tapi....disebabkan aku ni memang dilahirkan dari baby lagi suke buat-buat cool walaupun dalam hati setengah mati tengah takut...jadi dengan muke selamber dan tanpa rasa bersalah...aku pun ikut la mak cik misi tu naik van putih depa.

Sampai klinik tu...aku duduk je dekat atas kusi dengan berperwatakan budak paling baik dekat situ walaupun budak-budak lain asyik berlari-lari tanpa arah dan hala tujuan. Aku bukan nak tunjuk baik sebnaqnya...aku tengah nervous okay...kepala lutut dengan jantung aku ni asyik dup dap dup dap macam nak tercabut. Padahal, nak kena cabut gigi je pon. Hehe. Sorang-sorang misi tu panggil tapi tak panggil-pangil nama aku. Perut pun lapaq. Tiba-tiba ada mak cik jual kuih datang. Semua budak-budak yang datang dengan aku pakat pi kerumun kuih tu. Untuk mengurangkan stress aku, aku pon pi la join sekaki.

Aku rasa dari kecik aku memang tak suka sangat makan kuih ni. Aku tengok ja...budak-budak lain pakat beli. Sampai la, aku dengaq mak cik tu cakap, "koi bege malaysia ni sekupang sebijik". Aku pon terkejut wei....bege malaysia nama dia. Macam hebat ja. Setau aku yang time tu baru darjah satu...bege ni mahai...akak aku beli bege McDonald waktu rombongan dulu nak dekat sepuluh hengget harga dia. Mak cik ni pulak jual bege harga sekupang????????

Ayah aku bagi lima kupang okey. Ni..baru sekupang. Aku pon ape lagikk...beli la. Sebijik je la. Perasaan aku makan time tu..aku rasa macam dalam iklan GCB yang tengah tayang dekat tv skarang ni. Rasa macam bahgia ke pintu syurga. Rasa tak sabaq-sabaq nak balik rumah bagitau mak aku atau tunggu akak aku balik lepas tu boleh belagak dengan dia yang aku pon ada beli bege tau...murah pulak tu..sekupang je hokey. Sampai aku lupa yang aku belum lagi sampai turn cabut gigi dan aku tengah nervous sebnaqnya..


Hahahaha..tu je la yang aku nak cerita akan betapa jakunnya aku dengan bege malaysia ni. Sampai skarang bila aku nak makan je bege ni, mesti aku teringat. Rasa macam nak gelak pada diri sendiri je. Huahuahauahua.


Sekian.

Wednesday, August 11, 2010

Di Pagi 1 Ramadhan

Assalamualaikum

First of all aku ingin mengucapkan selamat menyambut Ramadhan dan semoge kite semue dapat memanfaatkan dengan sebaik mungkin bulan yang mulia ni. Insyaallah. Ini pesanan untuk diri sendiri gak sebnanye hehe.

Sebnanye aku tengah keje ni tapi....disebabkan aku tak boleh nak fokus pagi-pagi ni, mengantuk gile-gile kepale otak aku pagi-pagi puase, tu pasalla la aku akhirnye membuka blog aku yang dah lama tak update ni huhuhu. Aku pon tak tau la apsal hari ni kepale otak aku penuh dengan perasaan demotivate yang amat tinggi percentage die dan rasa nak bengang je dengan diri sendiri sebab telah menjadi tak proaktif, pasif dan hampeh.

Aku pon membuat andaian, mungkin sel-sel hati aku ni sedang mengadakan reformasi untuk perubahan baru. Almaklumla, sekarang kan bulan pose. Setan-setan semue kene ikat. So, mesti sel-sel setan dalam hati aku ni dah kene tangkap dan di penjara. Jadi, sekarang ni yang tinggal sel-sel suci dalam jiwa aku yang cuba nak mengoverhaul diri aku. Mungkinkah sebab tu, aku rasa penat dan demotivate hari ni? Korang rase korang nak percaye tak andaian aku ni yang tak de asas atau berdasarkan teori sape-sape. Hehe. Nak Percaya tak???? Hehehehe.

Sunday, July 25, 2010

Kenduri Kawen dan pizza

Hi....

Tika dan waktu ni aku sedang-sedang menikmati 2 keping pizza yang diimport dari Papa John bersama secawan nescafe sambil berfoya-foya macam orang kaya di samping itu, ingin membuat tentang liputan kenduri kawen yang aku baru je hadiri tengah hari tadi.

Akhirnye kawen jugak kelik aku yang bernama Che Ida atau name gleme die Miss I. Lepas ni dah tak miss dah hahaha. Congrat ek. Setelah 10 tahun bercinta, pelbagai onak duri dan belantara dalam kisah cinta die ni..akhirnye kawen jugak mak cik ni. Shahdu kan....macam boleh buat drama bersiri dekat Tv je.

Korang layan gambau je la.

Ni..aku gedik tengah bace jampi serapah dekat pengantin huahuahuahua.


Kiteorg tgh discover dalam sarang burung ni ada burung ke tak? Rupe-rupenye...kiteorg tertipu. Sampai terspastik Mr M sebab kecewa......muahahahaha

Apsal kiteorg sume nampak gemuk ha dalam gambar bawah ni kecuali pengantin?????? Mr M tu lain la...memang semakin hari sihat bagaikan JOHAN. ahahahaha.



Aku, Mr M dengan adik-adik ipau aku.


Ini hanyalah kotak ye kawan-kawan. Kerana isinya sudah habis jadik korban perut aku. Almaklumla...dekat kenduri kawen aku kene la purak-purak cool, makan seadanye je...nanti kang kalau aku tunjukkan belang pada semue orang betapa rakusnye aku makan, kompem tak de sape nak jemput aku datang kenduri diorg dah lepas ni lagi. Disebabkan terlalu cool.....aku perlukan back up food. Wakakakakaka.


Sekian, kisah hari ini. Semoge kite berjumpe lagi pada hari dan waktu yang same...dalam rancangan.....'mari mengaji..!!!!' (eh, ape yg aku merepek ni..mungkin sebab terlebih makan kot)
Salam.

Friday, July 16, 2010

16 Julai- Kempen Hari Tidak Berbelanja

Assalamualaikum.... (konon-konon bergaya macam Y.B)

2 Hari lepas aku dapat satu risalah dalam post box rumah aku yang berkempen untuk rakyat Malaysia mengamalkan KEMPEN TIDAK BERBELANJA untuk hari ni yakni 16 Julai. Bagus ni. Aku bace je isi cite kempen ni...aku memang rasa nak sapot 100% la. Bagus untuk diri, duit dalam wallet dan credit card kite. Tapi, mesti peniaga-peniaga semuenye rase tak bes hari ni. Tak pe la. Kire macam cuti la hari ni kan.

So kawan-kawan...marilah kite semue menyahut kempen kerajaan ni untuk kite same-same tak belanje ape-ape. Semue orang pastikan diri korang duduk senyap-senyap dekat rumah di samping keluarga, tv ataupun game. Hehe. Yang dok ofis tu..korang sume keje sungguh-sungguh hari ni dekat ofis dengan poyonye. Jangan kuar g lunch. Korang makan biskut dekat pantry tu je lepas tu buat air milo.

Habis je time ofis, korang balik laju-laju. Korang drive kete laju-laju balik rumah. Tapi, kalo ade polis trafik, korang pure-pure la bawak perlahan sebagai tanda respek. Nanti kang, korang lagi laju dari die, tercabarla keegooan abang polis trafik. Tapi, jangan bawak pelan sangat. Mane tau, aku ke yang drive dekat belakang tu kan, Karang aku tensen plak ade orang bawak slow, aku kan nak balik laju-laju.

Aku minta korang balik laju-laju bukan ape, kalau korang bawak slow-slow nanti kang korang nampak ade sale dekat jakel ke, sale dekat kedai Ah Huat ke, kfc ke, korang g singgah lak bersuka ria berbelanja dan berpesta. Kalau korang bawak laju-laju, tak sempat nak tengok semue tu. Kite kene concentrate di jalan raya kete kan banyak. Untuk kesejahteraan semue. Hihi.

Sampai rumah korang terus jalankan aktiviti berkurung dalam rumah. Kalau jiran-jiran ajak bergosip, gosip sikit-sikit je. Korang dok umah, masak untuk family sedap-sedap menggunakan stok makanan yang sedia ada. Kalau garam habis pun...jangan g kedai beli garam. Tak pe, makanan tanpa garam adalah sihat. Lepas tu korang lepak-lepak la dekat rumah sambil buat ape-ape yang patut. Korang nak bace novel ke, tengok tb ke, tgk movie bes ke, main game ke, main monopoli dengan keluarga ke ikut suke hati korang la.

Esoknye...dah bukan lagi hari tidak berbelanja. Boleh la kite semue bersiar siar sambil spending untuk membantu ekonomi negara. Muahahahahahahahaha.

korang...'SELAMAT HARI TIDAK BERBELANJA'. wink wink

Monday, July 12, 2010

Bising.....!!!!!! Sakit kepalaku...

Minta maaf la semua kalau isu yang aku nak kupaskan hari ni buatkan korang boring nak bace. Asyik-asyik keje mengkomplen je blog aku ni.

Seriyes kawan-kawan...aku ni sebenarnye insan yang tak suka mengkomplen. Selalunye aku redha je dengan ketentuan alam. Contohnyer dulu, aku beli tiket nak naik bas dari kl ke Seremban, mak cik tiket tu suruh tunggu aku dekat satu tempat ni. Aku pon dengan lurus bendulnye tunggu. Lepas tu, bas nye dekat simpang sebelah, aku tak perasan terus berlalu pergi tanpa driver bas tu panggil-panggil pun. Aku kecewa betul sebab ditinggalkan begitu aje dengan sikap bas tu yang memang servis die teruk nak mampus termasuk la tukang jual tiket tu yang aku rase diorg ni macam tak penah belaja sopan santun dari mak bapak diorg. Tapi...aku redha je dengan linangan air mata. Tak komplen pon. Sabar tak aku? Ehehehe..tetibe je kan.

Tapi, kali ni...disebabkan aku ada blog, aku nak complain dan mengumpat sepuas-puasnye dekat sini. Dan aku tak nak mintak maap dekat empunye diri. Muahahahahaha. Ok la tu kan...aku komplen dekat sini je...macam mana kalau aku complain dekat tv ke surat kabo ke melodi ke...macam mane ha...ha..ha macam mane......

Dulu aku penah complain mamat yang gile kete dekat kawasan rumah aku ni. Siang malam aku tengok mengadap kete die. Kalau aku balik tgh malam bute pun aku tengok die tak tido lagi...mengadap kete die. Kadang-kadang aku fikir, die ni tak payah beli rumah atau sewa rumah dekat sini pun tak pe...sewa tapak parking je. Tido dalam kete. Hahaha. Ini tengok macam tak de parking sendiri jer.

Ok la...hari ni bukan isu parking yang aku nak bising. Tapi, masih mamat yang same. Isunye sekarang, tadi aku balik keje, mamat ni mungkin la baru pasang stereo radio yang dasyat gile dekat kete die...die punye pasang weh....punye la bising. Cuace dah la panas. Aku dah la sakit kepale. Bunyi bising die bum bam bum bam tu.....aku rase disko pun kalah. Hish.....bising betulla.....

Mujur rumah aku tingkat banyak tinggi. Sebelum aku nak masuk rumah. Tengah dok belek belek kunci, aku masih dapat dengar kebisingan radio die. Nasib baik dah masuk rumah aku yang kedap bunyi ni...bunyi bising tu tak ikut sekali. Alhamdulillah.

Kalo pasang lagu isabella amy seach ke....lagu Man Bai ke, lagu Meet Uncle Hussein ke, lagu Yuna ke, bole la tahan..ok. Ini..tak de lagu pun weh. Bum bam bum bam je.

Ikutkan hati nak je aku sabotaj kete mamat ni...biar padan muka. Tu..ikutkan hati la. Orang-orang tue cakap ikut hati mati. Aku tau la...aku ni amalan sendiri pun tak lengkap lagi, tak bersedia lagi aku nak mati. Jadi...aku pun bersabar dengan istiqamah supaya tak ikutkan hati. Hehe.

Haish.

Sunday, July 11, 2010

Twilight......

Korang dah tengok dah twilight eclipse yang tengah dekat wayang skang ni?

Dah tengok ye...bagus bagus bagus...

Maaf la yek, gamba di bawah ni di ambik dari twilight new moon hehehe.


Sebenanye hari ni aku bersemangat nak bercerita pasal cite Twilight yang sangat femes dan diperkatakan oleh semue orang ni lantaran aku baru je habis tengok The Making of dekat 8TV tadi. Tapi aku sebnanye ade rahsie gak. Korang nak tau ke??

Tak pe ar...kalau tak nak tau pun...aku sebnanye tetap akan dedahkannye walopun tak de permintaan ahahahaha. Sebnanye..aku tak penah tengok pun cite ni. Yang Twilight mula-mula tu pun aku tak penah tengok. Sedih kan jadi aku ni?

Cita-cita nak menonton cite Twilight ni..dah lama dah berkobar-kobar dalam hati aku ni. Sejak kefemesan cite Twilight yang mula2 dulu lagi. Tapi...disebabkan halangan daripada beberapa faktor kesibukan hidup menyebabkan aku tak sempat nak tengok. (aku merasakan ayat aku ni berbaur poyo jer hehe)

Korang ingat aku tak sibuk ke? Weh..sibuk weh. Sekurang-kurangnye 8 jam dah kena lepak dekat ofis dari senin sampai jumaat. Kalo agak2 poyo bekerja, terpakse terlebih 8 jam. Nasib baik sekarang ni aku memang dah tak mau poyo bekerja. Aku nak poyo sebagai suri rumah pulak. Hihi. Lepas tu...nak masak lagi, nak buat air neskepe, nak buat air oren, nak basuh baju, nak sidai baju, nak lipat baju, iron baju, nak lap meja makan,nak basuh pinggan mangkuk, lap dapo, lap cooking hood, nak berebut rmot tv, nak main game, nak study, nak FB, macam-macam lagi la. Konon-konon buzi la..itu yang tak sempat nak tengok cite Twilight tu. Padahal, en laki aku ni tolong download dah sampai Twilight Newmoon yang dvd kualiti korang.....gigih betul En M ni...bagus bagus bagus...

Dan sebenarnyer (eh, ni tajuk lagu yuna) hehe....tujuan aku yang paling utama dan penting sekalikkk dalam topik membincangkan isu Twilight yang kenyataannya aku tak tonton lagi adalah...aku nak cakap yang antara Edward Cullen dengan Jacob serigala jadian tu kan....kalau aku la kan...AKU PILIH JACOB LA WEH.....

Aku pilih Jacob bukan sebab aku suke biskut cracker jacob ke...salah salah salah. Hehe. Aku pilih Jacob sebab....tipikal je jawapannye...sebab aku rase Jacob lagi comel dan hensem. Tak faham aku apehal si Bella tu tergile-gile kan si Edward tu. Padahal umo Edward tu setau aku...(tau ke tak tau)..mungkin sebaye atuk atau moyang si Bella tu. Bercinte dengan Edward same la level dengan kalo ko becinte dengan yang level atuk-atuk tu. Tak mau tak mau tak mau. Dan yang paling penting....Jacon lagi hensem dari Edward muahahahaha.

Petang ni aku akan menghabiskan masa dengan nonton movie ni. (Mode: Terkejal dan bersemangat....haippp)

Janga mara ek.

Tuesday, July 6, 2010

Kembali ke kelas.......!!!!!!!!

Hari ni aku telah menghabiskan satu hari menghadirkan diri ke kelas. Er...tapi, kelas ape...rahsie la. Ahahaha.

Dekat sini, aku bukan nak cite pasal kelas ape yang aku pergi. Tapi, sejak akhir-akhir ni bile berjumpe dengan beberape membe-membe skolah ke unibesiti ke...antara ayat-ayat poyo diorg yang aku selalu dengan ialah "rindu nak balik jadi student..pergi kelas...belajar". Ape korang pun rindu nak g kelas???? Biar betul....weh.

Er...aku sebnanye hampir-hampir terpengaruh untuk menggunakan statement tu jugak lepas asyik dengar banyak kali dari mulut-mulut kenkawan aku. Nasib baiklah, lidah aku ni masih belum sampai hati nak mengaplikasikannya dalam topik perbualan seharian.

Hari ni, setelah menghadirkan diri ke kelas untuk belajar.....aku memang terase yang sesape yang cakap rindu nak pergi kelas tu memang POYO. Aku TAK PERNAH RINDU NAK G KELAS. Huhuhu. Aku rasa sangat boring...dan asyik2 pandang jam kire bile nak break pagi. Lepas tu counting bile nak lunch. Lepas tu counting bile nak tea break. Last skali counting bile nak balik. Tapi, kalo korang memang minat nak g kelas segale macam kelas..jangan la tensen aku kutuk-kutuk macam ni. Korang jangan terpengaruh dengan sikap negatif aku ni. Sesungguhnya aku ucapkan jutaan syabas kepada mereka yang opposite dengan aku. Sepatutnye aku mencontohi nilai-nilai murni korang. Hihi.

Bile time makan dengan break je...aku rase akulah antara top student yang akan keluar menyerbu makanan bagaikan orang kebulur tak makan sebulan. Nampaknya aku memang tak berubah. Walaupun dah bertahun-tahun tak pergi kelas, tapi aku rasa sama je. Dari skolah tadika sampai unibesiti, same je. Nak g kelas dengan masuk kelas punye la malas. Pergi kelas tak pernah nak jadi orang yang terawal. Tapi, kalau keluar g makan...kompem la....aku antara ranking top 5 insyaallah...muahahahahaha.

Aku pun tak faham. Ape-ape yang bername kelas untuk belajar...mesti perasaan demotivated yang meluap-luap akan menguasai aku bila aku nak pergi. Tapi, kadang-kadang buat bende yang sama..cume bukan dalam situasi kelas...laju jerk pulak.

Contoh 1.

Farisha : Saliha, jom g swimming class?
Aku : Ha????? Kene pergi ke??? Malasnyer.....nak sambung tido boleh tak??? (ekspresi muka adalah demotivate)

Contoh 2.

Farisha : Saliha, jom g swimming hari ni?
Aku : Ha???? Jom!!!!!!! (Laju-laju ambik kunci moto...dulu aku studen naik moto)

Macam tu la. Bende nye same je...tapi, kesannye berbeze. Sekarang, korang faham kan?

Sejujurnyer...ada satu kelas je yang aku memang sentiasa nantikan time dia, dan sangat excited nak attend. Dari skolah rendah sampai sekolah menengah...aku cuma suke KELAS PENDIDIKAN JASMANI hahahahahahahahaha. Selalunye kelas jasmani ni tak de cikgu monitor dan murid-murid boleh buat aktiviti bebas. Selain itu....saat-saat yang paling aku suke dari sekolah rendah, sekolah menengah sampai unibesiti ialah bila cikgu terpaksa cancel kelas sebab MC ke, meeting ke atau pun ade hal-hal penting yang lain dan tak ade cikgu lain yang ditugaskan untuk replace die, pengawas pun tak de sibuk-sibuk nak jage kelas. best best best...Ahahahahaha.

Sekian.

Friday, July 2, 2010

Memang Bengang betul dengan MPSJ

Arghhhhh......aku memang bengang+tensen+memang tensen la dgn tukang saman MPSJ ni. Haih.

Itu hari kan..diorg saman aku even aku bayar. Okay la. Boleh cancel walaupun tensen sebab dah jadi satu kerja nak kene menapak ke sana semate-mate nak cancelkan saman. Rasa macam nak saman balik je.

Dan hari ni....diorang saman aku lagi. Tiket tu dibayar sampai pukul 1.05 tgh hari. Saman yang aku dapat korang tau pukul berape???? 1.08 tgh hari. Ini betul-betul mendatangkan marah. Marah. Marah. Marah.......!!!!!!!!!!!

KOrang paham tak perasaan aku dan kebengkekan aku????????????

Ade banyak lagi bende yang lebih series berbanding nak saman orang yang lewat tambah duit selame 3 minit. 3 minit weh...3 minit. BUkan 3 jam!!!! Kalau 30 minit tu....boleh la terime. Adeh...malas aku nak cakap.

Wednesday, June 30, 2010

Kisah aku dan MPSJ......

Tidak....!!!!!! Kekejaman telah berlaku...!!!!!!!! Huhuhu.....

Sejak konon-konon aku ... yang konon-konon bersikap lebih matang ...... maka aku memang berdisiplin dalam arena membayar parking kereta. Especially kalau bawak kete Mr M ke ofis. Memandang kan Mr M memang TERRRsangatlah berdisiplin dalam arena membayar parking, parking, dan yang seangkatan dengannya so...takkan la bila aku bawak kete die aku nak belakon pure-pure lupe bayar parking macam naik kerete sendiri kan. Wajiblah TIDAKKKK. Kang ...bahane bebelan Mr M yang sebingit tiupan bubuzela yang ditiup time world cup game match tu....tak sanggup aku nak dengar. Mau terhapus segale taik telinge aku yang ade. Huahuhahua (mengumpat suami sendiri memang bes kan???? Takpe la...nanti lepas ni aku mintak maap)

Pada hari yang mulia ni...Mr M telah menugaskan aku bawak kete die makan angin menuju ke ofis aku (ye la...kalau aku tak bawak...sape nak bawak kan, Mr M nak naik moto je dan tak sanggup nak merase bahane jam ke tempat kerja), dan aku pun dengan tekunnye membayar tiket parking kereta sebaik sahaje jam menunjukkan pukul 10 pagi sehingga lunch time.

Tatkala aku dan kawan-kawan aku sedang bersukaria berdansa dan bergembira melangkahkan kaki menuju ke kedai makan yang berdekatan dengan ofis, aku sempat menjeling pandang ke arah kereta Mr M sebagai tanda concern.

Aku KAGET!!!!!!!!!!!!!. Alangkah terkejutnya aku apabila aku mendapati sepucuk surat saman yang aku sangat percaya diutuskan dari sang pegawai MPSJ terletak elok di wiper kereta suami aku. Maka aku pun berlari-larian dengan penuh tanda tanya menuju ke kereta sambil bermonolog sendirian.

Bertambah terkejutlah aku apabila tiket parking yang dibayar dari pukul 10 pg sampai pukul 12.34 tgh hari, tetap disaman oleh MPSJ dan dikeluar kan pada pukul 11.23 pg. Berangnya hamba lalu terus menuju ke gerai makan, sambil merepot pada empunya kereta dan mengumpat-ngumpat dengan emosenelnye bersama-sama kawan-kawan sambil menikmati juadah nasi ayam sebagai santapan tengah hari.

Sebaik saja nasi ayam habis. Tiba-tiba sahaja, hujan turun dengan lebatnye. Angin bertiup kencang bagaikan jaguh pecut sukan olimpik. Disebabkan semangat yang membara-bara.....maka aku tabah mengharungi limpahan air hujan dan biasannya di sebalik payung lutsinar Cik Sarah yang sangat vogue sambil berlari-lari anak menuju ke cermin kereta untuk menyelamatkan kepingan saman dan tiket. Huhuhu.

Di bawah ni...tengah jalankan proses pengeringan. Aku tak sabar-sabar nak g cancel saman ni. Yes!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!


Monday, June 28, 2010

Niyang Rapik The Movie

Wakakakakakakkakakaka....(mode: aku sedang gembire setelah selesai menonton cerite Niyang Rapik the movie bersama keluarga di mana cerite baru je didownload dari internet )....er..panjangnye mode aku hehe



Korang tengok dekat wayang ke cite ni?????? Tak pe la...support filem melayu ok.

Aku baru je tengok cite ni, padahal dah lame cite, dah habis lame dah dekat wayang. Aku, Mr M dan family In Law aku semue gembire menonton filem ini. (Apesal ayat aku ni berbaur skema ala-ala hipokrit nih....)

Tapi...(dah normal balik), movie die jauh better dari drama. Ok cerite die. Ade motif cerite. Better la dari cite Santau ke cite ape yang masuk-masuk hutan jerit-jerit perempuan die tu...tak ingat pulak aku tajuknye..dah lama dah cite tu...ok la. Mule-mule tengok suspen gak kan. TAPI....ha..ko ade tapi lagi....sampai satu part tu di mana Nasir Bilal Khan atau pun watak die Tok Nerang, datang ambush Zek Zaidi and the geng waktu scene last tu...die nak voodoo geng-geng Zek Zaidi, dekat situ jugak Nasir Bilal Khan bentang kain merah dengan peralatannye dekat situ...adeh...adeh...adeh.....huahuahuahuahauahua......aku rase punye la kelakar, bukan aku je, seluruh family aku gelak terbahak-bahak...yang aku nak tergelak tu...ushe gigih die nak bentang kain tu...adeh...adeh...kelakar korang..series memang kelakar...tak dapat aku nak intepretasi dalam bentuk perkataan melainkan korang tengok sendiri.

Overall...cite die ok, tak mengecewakan melainkan part bentang kain tu....hihi

So, ape lagi, korang g la pinjam cd die dekat library ke, cari dekat pasar malam ke..ops...tapi, PASTIKAN YANG ORIGINAL, OK...hehehe....baik untuk ditonton bersama keluarga.

PS: Cite ni kurang sikit unsur-unsur yang akan menghantui sebab
1) Kejadian die dekat Niyang Rapik, bukan KL ke, Shah Alam ke, Subang ke hihi
2) Hantu utama die dilakonkan oleh Liyana Jasmay tak de solek solek hantu..normal je hantu die, tak de buat perkara di luar hukum tabii pon melainkan suke hilang-hilangkan diri (itu..biase la) . Hantu Liyana Jasmay ni tak jahat sangat..die sembang-sembang dengan lemah lembut je.
3) Hantu yang lain kebanyakannnya hanya show off tangan, atau kaki...yang lain tu..tak berape expose sangat..lebih bersifat low profile

Aku lagi selese tengok movie seram bukan Malaysia, bukan apa...sebab aku dapat merasakan yang hantu tu tak de dekat Malaysia, mungkin ada dekat US atau Korea je...tapi, kalau hantu Indon tak nak la...sebab Indon ade ramai dekat Malaysia kan...mungkin hantu tu sekali ngikut ahahahahaha.....psikologi okay.

Friday, June 25, 2010

Rahsia Keberanian Aku?

Wakakaka..tajuk konon-konon gempak la kan..padahal tak gempak pun.

Korang kalau setiap khamis malam jumaat suka tak layan cite-cite hantu yang selalu tayang dekat tv? Ye la...asal malam jumaat je..semue stesyen tv asyik pakat lumba nak tayang cite seram-seram. Aku ni...tak de minat sangat la dalam arena cerite seram ni...tapi, aku tengok family Mr M amatlah minat tonton cite seram seram ni. Aku..terpakselah terjebak sama. Yang boringnyer, diorg asyik nak cari peluang ejek aku penakut je. Itu yang boring tu. Aku pon heran gak sama ada aku ni penakut ke tak. Setau aku...aku ni cool je. Muahahahaha.

Aku rase aku ni takde la penakut sangat. Aku bukan takut. Tapi...tak selesa, okay. Ha...aku rasa tak selesa tengok cite hantu. Hebat kan ayat aku ni. Kenapa? Ok...aku bagitau kenape ye.

Pertama, hantu dalam cite selalunye mestila jahat. Nak bunuh orang la, nak balas dendam la, nak kacau orang la, nak isap darah orang la, nak bagi makan cacing la. Kejahatan diorg pulak langsung tak de peri kemanusiaan, semuenye penuh kehantuan. Dah nama pon hantu. Rupa hudoh. Busuk. Tak penah lagi aku jumpak hantu yang baik, suka berkebun ke, suka baca buku ke, suka membantu mereka yang kesusahan macam superman tu ke, kate ade power kan...tangkap orang jahat bawak pergi balai polis ke. Tak de kan. Sedangkan manusia yang jahat, suke bunuh orang, rompak orang tu pon kita tak suka, takut dan tak selesa, inikan hantu yang dari segi zahiriah die lain dari kita.

Kedua, scene-scene hantu kadang-kadang berkait rapat dengan kehidupan kita lepas tu menghantui kita. Er..korang paham ke. Ala..contoh, ko baru tengok drama hantu muncul dekat tingkap tingkat 20. Rumah ko tingkat 15. Lepas tu, ko terbangun tidur pukul 3 pagi, tingkap rumah ko terbuka. Mesti dalam 1-2 second terlintas dalam fikiran ko pasal drama hantu yang ko baru tengok tu..termasuk la muke hantu tu. Jadi...tak menghantui hidup ko ke? Cube korang fikir.

Jadi..bila tak menonton drama-drama bersifat seram ni...tak dela kalau jadi macam senario tadi kita terfikir yang bukan-bukan. Kita rasa macam hidup aman damai sihat sejahtera je dekat Malaysia ni. Bila dah rasa hidup aman damai selamat....tak de la perasaan takut tu. Betul tak?? Betul kan? kan? kan?

Hehe.....

Monday, June 21, 2010

Bounty Hunter

Keciknye gambar ni...


Korang dah tengok Bounty Hunter? Sejak due tige menjak ni rajin pulak aku nak melayan movie ni. Aku ni bukan rajin tengok movie. Tersangatlah bukan aku. Mungkin sekarang ni Musim World Cup. Tv di conquer habis oleh ence M. Aku nak lepak-lepak ruang tamu pun rimas. Bising. Rimas aku dengar bunyi penyokong-penyokong dalam tv tu tiup yang macam trompet tu...pon..pon..pon. Hadei....sakit telinge mok cik. Tapi, walau macam mana pun aku sentiasa update dengan report game sekian sekian sape dapat kad kuning, sape dapat kad merah, sape score, sape belakon jatuh, gol mane batal ahahahaha. Complete gitu. Almaklumla...duduk serumah dengan pengulas dan perepot tegar sukan bola sepak tak bergaji.

Maka, aku pun mencarila cite movie omputih yang baru dan tengah ditayang di wayang dan boleh pulak di download dekat internet muahahahaha. Tapi, tak semue ade.

So, aku dah tengok Bounty Hunter. Hari tu waktu tengok Lagenda Budak Setan, aku tengok gazet je dekat wayang.

Erm...aku bagi 2.5 bintang la dari 5. Tak de la bes sangat. Tapi, dah romantik comedi kan..mestila ade kelakar romantik. Bes la jugak. Jennifer Anniston nampak sangat dah tue tapi, masih nampat cute la. Kalau korang boring tak de keje ape nak buat boleh la tengok...ahahahaha...tapi, kalau buzi...tak tengok pon tak pe..nanti die mesti ade tayang dekat tv punya. Muahahahaha. Jahat tak aku? Wakaka....

Sekian.

Friday, June 18, 2010

Mikhail - Ramlee Awang Murshid

Di hari yang berbahgia ini aku nak buat review novel 'Mikhail' hasil tulisan Ramlee Awang Murshid.

Ini novel pertama tulisan beliau yang aku baca. Tapi, bukan novel pertama beliau. Aku rase dah banyak novel dia buat tapi, ini baru aku baca.

Aku tak expect tinggi pun sebelum bace novel ni. Tapi, Mr M la beria-ria sangattt nak beli buku ni. Semue sebab terpengaruh dengan kawan-kawan die yang pakat bace novel ni. Dah berbulan dah buku ni ada dalam rumah aku. Beli sejak pesta buku hari tu. Tapi...aku tengok, orang yang paling beria nak beli buku tu dan dok jaje cite sane sini pasal buku yang dibelinye...tak bace-bace...pon. Hishhh.....akhirnyer...aku jugak yang bace habis tak sampai sehari...chaich.

Ape yang aku nak konsi di sini..memang bes cite die. Tak boring. Penulisan dia pun bagus. Aku ibaratkan...korang bace novel ni, same feel macam tengah tengok cite 'Bourne Ultimatum'. Syabas jugak la aku ucapkan penulis novel ni. Aku tak pernah bace lagi novel thriller melayu yang bagus macam ni. Selalu novel thriller melayu, semue hasil translate novel inggeris. Entah hape-hape je aku bace. Tapi, kalau korang ade-ade bace novel Sidney Shieldon kan...mesti korang suke la bace novel Awang Murshid ni.

Thumb up!


Cuba la baca!!

Thursday, June 17, 2010

Workout

Yuhu.....!!!!

Sebelum aku memulakan kata-kata, aku ingin mengucapkan terima kasih yang tak terhingga kepada cik Sarah kerana sudi bagi aku copy cd workout dari Gillian Michael. Ala...yang jadi instructor The Biggest Loser tu. Er...korang tak tengok ek? Tak pe la..buat-buat tengok je. Sebnanye aku pon tak tengok...tapi kadang ade la singgah jap tengok 2-3 saat. Phew.......

Sebenarnye di kala aku tengah menaip blog ni aku baru saje habis workout berpandukan video tu la. Mak ai....penat gilerrr.......aku tak pernah sepenat ni. Tengok step die macam sempoi je. Bile ikut..adoyai......tuhan aje la yang tahu. Tak tau la kalau faktor kegemukan aku ni yang menyebabkan aku menjadi sempottt.

Bayangkan lah...video training untuk sejam korang...aku habiskan dalam masa 2 jam. Agak-agak penat je, aku stop bukak facebook la...lepas tu sambung lagi...penat...bukak blog...sambung...penat lagi...tengok youtube plak drama nur kasih...sambung balik...penat...YM dengan adik aku pulak..sambung balik...penat...telepon mak aku..sambung balik...penat lagi...download gamba adik aku send (tapi asyik fail je, fed up betul)...sambung lagi dan lagi dan lagi sampai la habis. Phwee......adventure kan cara aku workout. Muahahahahaha.

Bila dah habis workout ni...ngantuk pun ade, penat jangan cite la...peluh pun jangan cite la...perut aku ni rase sengal nak mampuss. Tapi, orang cakap kalau lepas workout then rase sengal-sengal maksudnye lemak kite berjaye dibakar. Wow...i loike.

So, ape lagi...marilah kite ber'workout'....dan amalkan cara hidup yang sihat!!!!!!

Saturday, June 12, 2010

Kopitiam 333, USJ 11

Hm..baru je balik dari makan dekat Kopitiam 333, USJ 11.

Sebenarnya, tak tau pun kewujudan kopitiam ni. Tapi, colleague aku cakap nasi beriani sini sedap. Paling sedap. So, sebagai peminat tegar nasi beriani, aku pun sibuk le mengajak Mr M dinner dekat sini.

Ramai jugak orang time aku pergi. Biase la, malam ni kan start first game 'World Cup', South Africa lawan Mexico. Aku dengan Mr M order 2 pinggan Nasi Beriani Kambing dengan 1 pinggan Char keow Teow. (makan atau melantak, aku pun tak pasti) Kiteorg minum Apple juice dan Kopi Ais.

Hege Nasi beriani Kambing tu RM9.50 sepinggan. Ok. Tapi, rase die biase je la. Tak de la sedap sangat. Still Restoran Pak Anjang dengan JM Beriani punye nasi beriani lagi sedap. Tak tau la kot-kot tekak orang lain tak setuju dengan apa yang aku cakap ni. Tapi, Char Keow Teow die agak sedap jugak la. Ade speciality tersendiri. Hege RM4.50.

Aku nak komen pasal skrin tv die dekat luar. Aku rasa dah tak elok kot sebab gambar die tak sharp langsung. Sakit mata aku tengok. Aku, rasa tokey die patut gune untung kedai peli skrin projektor baru hahahahahaha.

Thursday, June 10, 2010

Filem Lagenda Budak Setan

Aku baru je tengok cite 'Lagenda Budak Setan' malam tadi dengan Mr M dekat Sunway Pyramid bersempena tiket malam Rabu murah, yakni RM6 sorang. Hehe. (hege tiket pon nak bagitau, chaich).

Sebelum aku tengok, expectation aku tak de la tinggi melangit, aku biase-biase je dan dalam keadaan neutral. Bila habis tengok pun, perasaan aku biase je la, macam baru lepas tengok cerekarama. Tapi, OK la cite die...aku bagi...2 bintang dari 5 bintang. muahahahaha.

Aku ni kan dulu peminat tegar novel ni. Kompilasi 'Lagenda Budak Setan' pun memang tebal. Lebih kurang tebal buku 'Harry Potter'. Aku memang dah fikir, macam mana cerite yang panjang dan complicated ni diorg nak shortcut jadi 2 jam je. So, bila tengok filem tu..memang macam difastforward je cite tu...dan memang banyak part yang diubah (malas nak cite detail) tapi, basic cerite die masih same la.

Cuma pendapat aku, lakonan yang paling mantap sekali adalah Que Haidar. Thumb up. Tapi, watak die dalam filem tu tak dikembangkan dengan cukup kuat. Lagi, aku rasa watak Katerina tu walaupun memang perlu wujud dalam filem ni, tapi memandangkan tempoh filem hanya 2 jam, sepatutnya tak payah nak dikembangkan sampai boyfren die nak pukul Kashah, nak mention boyfren die Homoseks, tak berape perlu aku rase. Setakat tunjuk Katerina tu memang ada hati dengan Kashah pun dah cukup.

Secara ikhlasnya, cerita tu waktu mula-mula menarik jugak. Tapi, time part Ayu jadi Amelia tu, agak membosankan dan aku terasa macam sangat lama dan bila la nak habis cite ni hihihi. Tak tau la betul lama ke tak sebab aku tak tengok jam pun.

Ok la tak mau komplen lebih-lebih..tak mau..tak mau..tak mau...!!!

Kalau nak tau macam mana cite die, korang g la tengok sendiri kot kot korang meragui komen aku ni kan? kan? kan?

Da.....