Sunday, April 15, 2012

Kisah Facebook

Assalamualaikum

Hari ni hari Ahad dan secara tiba-tiba selepas aku log in Facebook, aku terasa nak mengumpat pulak. Hehehe. Tapi, aku mengumpat secara umum je la di sini.

Aku admit yang 'people tend to express' perasaan diorg, kejayaan diorg dekat wall Facebook tu kan. Aku ni bukanla peng'update' tegar facebook tapi...kadang-kadang tu ada jugak la aku gatal tangan mengarut hahaha.

Yang aku heran sikit..kalau adanya beberapa individu yang jadikan facebook ni macam 'planner' diorg. Aku bagi contoh la kan dekat sini.

pagi: 1- I ada breakfast appointment dgn my BFF
2- I ada appoinment dengan my client to sign our deal
3- Next is appoinment with my banker to discuss on my property loan
petang 1- Attend cousin's birthday party

Aku bukan dengki weih...cuma heran la jugak sampai tahap macam ni dia update facebook dia. Semua org pun tahu ape die akan buat hari ni. Aku tak jeles...seriyes cuma...HERAN. Tu je la hehehe.

Aku ingat nak update status Facebook ala-ala drama melayu la macam ni ' I Sedang menghadiri meeting untuk projek 3 juta dengan Tan Sri-Tan Sri dan Dato'-Dato' & lepas tu nak pi Mexico sign contract 2 juta pulak...well bz u know '

Hahahahahaha. Eh, tak lawak ke? Aku sorang je gelak...kesian pulak kat aku. Huahuahua.

Saturday, April 14, 2012

Healthy Spring Cleaning

Assalamualaikum

Hari ni aku ada terbaca satu artikel dari Website Jillian Michael pasal Spring Cleaning. Aku rasa menarik sangat. Jadi aku nak kongsi dengan semua.

Healthy Spring Cleaning

1-Elakkan menyimpan makanan menggunakan bekas plastik bertoksid macam IPVC, PC dan Polystrena) dan kalau boleh gantikan la dengan bekas makanan spt Kaca atau Seramik. Jangan sesekali panaskan makanan dalam Microwave menggunakan Bekas Plastik.

2-Pakai Chlorine Free Paper Product untuk barangan macam Toilet Paper atau etc. Bleached Product ni bahaya sama bahayanya macam racun perosak tau tak.

3-Elakkan Sabun Anti bakteria yang mengandungi Triclosan, Chlorine atau pun Phosphates. Sebab ia bukan je membunuh bakteria jahat, bakteria baik pun kena bunuh dan dalam masa yang sama penggunaan yang kerap akan membuatkan bakteria jadi lebih immune. Kan Chef Wan cakap dalam iklan, bakteria semakin bijak.

4-Elakkan penggunaan 'Non Stick pots or pans' yang dibuat daripada Fluoropolymer dan Fluorinated Telomers sebab ia boleh merosakkan hati, kalenjar thyroid dan daya sistem imunisasi kita.

5-Cek produk kecantikan dan mekap korang. Kalau ada Mercury, Lead, Toluene Formaldehyde, Parabens, Placenta, Pthalates dan Triclosan...baik buangkan saja. Ia mungkin akan mengganggu Endoktrin dalam badan kita. Pilih la produk yang tak dak benda-benda yang disebut tadi.

6-Kalau boleh bila nak cuci Toilet Bowl, Longkang dengan Oven tu..kalau boleh elakkan penggunaan Chlorine dan Ammonia. Esp yang oven tu. Tempat masak. Kalau boleh, cuba la gunakan produk macam cuka, hydrogen peroxide, Baking Soda, Jus Lemon dengan Air. Tapi..kalau longkang dengan toilet bowl tu, aku pun suka taruk Clorox nak bagi bersih berseri. Haish....

7-Korang mesti suka Penyembur Pewangi Rumah atau Pejabat kan. Selalunya benda ni ada VOC (Volatile Organic Compound). Tak bagus sebenarnya sebab kita akan terdedah dengan rasa loya, sakit kepala, sakit tekak, pening, memori terjejas dan jangka masa panjang adalah kanser. Kalau boleh pilihlah produk pewangi yang base natural ke, aromatheraphy Oil ke fagrance oil ke. Susah gak ni.

8-Kurangkan Dry Cleaning pakaian anda sebab produk Dry Cleaning selalunya mengandungi Estrogenic Nonylphenol dan Nonylphenol Ethoxylates yang boleh menjejaskan hormon dalam tubuh badan kita. Tapi kadang-kadang tu memang ada pakaian kita yang terpaksa nak hantar ke Dry Cleaning kan, kalau nak basuh biasa rosak pulak. Jadi, bila korang ambik baju korang tu dari Kedai Dobi anginkan dulu pakaian tu sekurang-kurangnya 4 jam sebelum korang pakai balik baju tu.


Aku pun bila baca artikel ni aku rasa macam susah sangat sebab aku rasa dari 1-8 semua penggunaanya dah sebati dengan cara hidup hari-hari kita. Tapi aku harap secara perlahan-lahan boleh kurangkan dan berubah kepada penggunaan yang lebih sihat. Jadi, sama-samalah kita berubah untuk kebaikan diri dan keluarga, ok.

Sharing is Caring.