Sunday, January 30, 2011

Impian saya di Kala Kebosanan

Impian aku yang dah lama bertahun-tahun tersimpan dalam hati ni..tapi tak dapat ditunaikan sebab konon-konon bizi la sangat chaich.... BERCUTI DAN MELANCONG.

Rasanya dah banyak entri dah aku cite pasal benda yang sama ni. Aku pun boring. Sapa yang penah baca pon mesti boring jugak. HUHU.

Tapi...aku tak nak bercuti melancong setakat nak bershopping-shopping menengok-nengok barang seperti pinggan mangkuk Vantage,pyrex,tefal ke, tengok baju beg tangan LV coach DKNY ke...aku tak mau tak mau dan tak mau. Boring. Kalau setakat aktiviti sosialnye macam tu..tak pe la tak pe, aku rela cuti dok umah je. Paling tak..baik aku shopping je dekat-dekat macam dekat Pyramid ke. Aku tak nak. Aku rasa itu sume percutian yang membosankan. Hidup aku yang dah sedia bosan dan penuh dengan perkara yang membosankan. Aku tak nak tambah lagi aktiviti-aktiviti bosan yang akan memenuhkan lagi kuota bosan aku.

Impian aku..simple je..aku nak jadi macam dalam show the Amazing Race tu. Aku nak travel then do something adventure n full of excitement. Perkara yang kite takkan nak buat hari-hari macam tu. Baru berbaloi percutian tu. Baru aku rasa diri aku ni tak tergolong di kalangan masyarakat yang membosankan.

Contohnyer...dapat pergi diving dengan snorkelling dekat Sabah atau Terengganu ke, pergi climbing gunung kinabalu ke, dapat skiing dekat Jepun ke, atau apa-apa aktiviti yang seangkatan yang walaupun aku tak senaraikan sebab tak de idea time tulis entri ni tapi masuk dalam kumpulan aktiviti yang Adventure, Happening dan dalam masa yang sama dapat appreciate nature.

Tapi macam mana...kalau aku tak bizi...Mr M bz. Mr M x bz..aku bz. Aku tak bz..Mr M lak bz. Kekadang due due pon bz. Time hari raya AIDILFITRI je kot yang baru due-due tak bz. (saje je nak highlight aidilfitri je sbb hari raya haji pon...tak tentu hala sambutannye huhuhu nasib nasib)

Kecewa sang putri asyik merungut dalam hati pasal hal ni tak sudah sudah.

Thursday, January 13, 2011

TALENTED VS NOT TALENTED

Selama korang hidup ni kan, korang tahu ke apa bakat semulajadi korang?

Aku rasa semestinya ada antara korang yang memang lahir dari kecik dengan bakat semulajadi yang tersendiri punye…tapi, mungkin ada gak yang tak ada..atau pun kalau dia ada tapi dia tak explore maka die tak tau.

Macam aku ni kan..aku tak tau la ada ke tak bakat semulajadi. Setau aku macam tak dak. Dah lama dah aku fikir pasal benda ni. Tapi, lama tak lama pun…sejak aku kerja la. Dulu waktu sekolah belajaq…idea tu ada gak muncul dalam kepala otak aku tapi..tak pernah la nak terfikir panjang2.

Kadang-kadang tu aku jeles gak la dengan golongan-golongan yang dianugerahkan bakat semulajadi ni. Diorang hanya perlukan sedikit dorongan, ilmu, lepas tu korang tengok la betape bombastic nye hasil dia nanti. Kalau orang yang tak de bakat ni…boleh gak nak belajar sesuatu..belajar sungguh-sungguh tapi selalunye hasil die tak sehebat orang yang ada bakat. Padahal dah buat sehabis gud gud dah tu.

Dulu waktu aku sekolah rendah dulu kan, aku ingat lagi. Aku ni dulu dari kecik tak bape tere melukis. Pandai lukis tu pandai..tapi, lukisan aku tu tak de la cantik pun kesimpulan nya. Ada satu masa tu, target aku nak lukisan aku cikgu tampal dekat dinding lepas tu dapat A bintang tiga. Jadi, aku pun berlatih berbulan-bulan melukis pakai watercolour.Untuk memperhebatkan skill aku kan, aku lukis satu lukisan pemandangan yang sama setiap hari sampai aku hafal la dekat mana nak boh kale ini, dekat mane nak boh kale yang lain.

Bila tiba hari ujian, aku pon lukis dengan selamba. Tapi, aku curi-curi gak tengok lukisan contoh aku sebab aku bukan ingat sangat tona kale die especially dekat awan dengan tasik. Susah tu weihhh…… Tapi, ada sorang budak kelas aku ni. Muke malas-malas punye type la. Mule-mule die konpius, apa die nak lukis. Aku tengok die blur je mula-mula nak lukis sebab tak de idea. Lepas tu sekejap je korang. Die lukis macam conteng-conteng, macam dap-dap je dekat lukisan die. Tapi…ha..part ni yang aku jeles sangat ni. Dah la die start lambat dari aku, habis cepat dari aku lepas tu….cantikkkkkkkkkkkk pulak lukisan die dari pada aku.

Akhirnye, aku dapat A-, die dapat A bintang bintang. Kejam tak dunie ni? Kejam kan? Aku frust gile waktu tu. Tapi, aku tak de la hasad dengki pulak kan. Aku ni baekk. Cuma aku rasa down sikit la waktu tu sebab aku rasa aku ni dah beriya gila, die rilek je, tapi die lagi power..aku, ok-ok je la. Tapi, takpe la, at least dapat gak A walopon ade tolak dekat belakang die. Hehe.

Akibatnya, lepas tu aku dah malas dah nak beria atau peduli lagi dengan subjek lukisan. Lantak ko la lukisan, ko nak terbalik ke, nak tersadung ke…I juz don’t giv a damn to them. Kejam tak aku? Huahuahua.

Skang ni, membe aku tu dah jadi part time professional photographer. Alhamdulillah. Walaupun, aku tak pernah giv a damn pun nak hayati gambar sunset ke, pantai ke, air terjun ke, kamera ko power tak power ke, tapi….hasil photographer seorang yang born with talent, no talent tapi terpengaruh sbb skang ni musim DSLR, no talent tapi belajar sungguh-sungguh…boleh dibezakan kan????? Value photo die memang Nampak lain walopon aku ni bukan peminat gambar.

So, sesiapa yang sedar akan bakat masing-masing, jangan pendamkan, kalau boleh kembangkan lah. Rugi. Mana yang perasan anak-anak ada bakat tu, bagi dorongan, jangan narrow minded atau terlalu nak kejarkan trend.

Pada sesiapa yang tak ada bakat tu…tak pe, jangan putus asa. Mungkinnn..ada tapi, kita je yang tak jumpa lagi. Ecececece..positip gile pulak aku ni. Hehehe.

Sunday, January 9, 2011

Big Brother dekat Kota Damansara

Assalamualaikum,

Aku ni kan..peminat western food. Dulu waktu aku kecik-kecik tak pernah terfikir pon nak minat makan western food. Tibe-tibe dah besau panjang ni...asyik nak makan western food je. Tak sedar diuntung kan? Hehehehe.

Aku paling suke makan dekat 'The Chillis' sebenarnye. Aku rasa dalam banyak-banyak restoran di sekitar lembah klang ni...kat sini la makanan die paling maveles. Definisi maveles adalah..bila kite makan..lepas tu kite teringat-ingat rasa sedap makanan tu walopon dah berbulan-bulan lamanya. Hebat kan pujian aku ni?

Malangnya lepas tu...aku dapat bertubi-tubi mesej yang mengatakan Chillis tak de pengesahan halal sebab diorg mencampurkan arak dalam steak diorg. Kecewa betul aku. Hal halal tak halal ni tak boleh dianggap enteng. Dulu kadang-kadang aku hantam je kan. Tapi, bila dah sekarang-sekarang ni...aku rasa aku kena sensitip pasal isu ni. Aku ni kan orang muslim. Aku pon dah tak jejakkan kaki lagi dekat Chillis.

Satu hari tu..tengah aku seve-seve dekat internet restoran western ape yang bes sebab nak celebrate something dengan Mr M, aku terjumpa la pasal 'Big Brother' yang terletak dekat Kota Damansara. Lepas tu ada yang komen, rasa steak die lebih sedap dari 'Chillis'. Aku ape lagi...terkinja-kinja dan tergedik-gedik la ajak Mr M pergi sini. Hehehe.


Tada...dah sampai. Terletak dekat PJU 5, Jalan5/20...tak susah pon nak cari.


Kiteorg memang datang dengan perut yang kebuluran. Hehehe.

Ini set combo (chicken chop+lamb chop+fish&chip)...Mr M yang order. Tamak sungguh bunyinyer.

Komen: fish & chip die agak tak berjaya. Muak sikit. Lamb chop nye...terlebih masak. Tapi, chicken chop die agak sedap.
Aku order...lamb chop. Masak medium.


Komen: Lamb chop nye tak berape medium. Macam terlebih masak. Tak de rase istimewa sangat. Hati aku agak kecewa la. Tapi, thumb up to Mash Potato die. Sedap. Mash potato die memang sedap.
Oleh sebab kiteorg konon-konon lapar sangat la kan, order lagi satu untuk kongsi. Carbonara Spagetti.

Komen: Dalam ketiga-tiga dish yang kiteorg order, yang ni yang paling terbaekkkk sekali. Sedap. Seriyes dong sedap. Ini aku bagi thumb up.Kiteorg makan sampai ke titisan cheese yang terakhir korang tau. Sesiape nak datang sini..aku recommend makan spagetti ni. Sedap korang sedap...!!!!

Sesiapa nak cuba..korang try la. Mane la tau kan..korang nak ajak awek ke, tunang ke, famili ke...boleh la try sini. Restoran die ni harga agak affordable la and santai. Asian food diorg ada gak. Tapi, dah datang western food korang..takkan nak order mee goreng je kot...tak western la korang hahahaha.

Saturday, January 8, 2011

Kebaikan Facebook

Ramai orang cakap main facebook ni buang masa.

Erm..aku tak deny la yang main facebook ni esp kalau main game-game die tu memang agak membuang masa la. Kemudian, asyik dok baca status orang lain esp mereka-mereka yang suke update status diri yang tak berapa penting...dikira buang masa gak.

Tapi kadang-kadang ada gak positifnye.

Macam aku ni, yang selalu boring dengan rutin harian aku yang sama setiap hari tapi, kalau nak melangkah untuk ubah rutin harian aku jadi lain, aku takut pulak nak ambik risiko. (hampeh kan aku ni?). Kadang-kadang tu sebab boring sangat dengan rutin harian sendiri...mula la start malas nak kerja, demotivate dan yang seangkatan dengan nya.

Kemudian, bila aku bukak FB, tengok status membe-membe sekolah dengan UiTM aku yang lain, especially diorg-diorg yang tinggi sangat passion diorg dengan career diorg tu...sampai asyik dapat offer dok luar Malaysia je..aku rase jeles la pulak. Tapi.. diorg tu single, boleh la nak gi merantau mana pun..betul tak??? (kata-kata nak pujuk hati sendiri kuikuikui kesian tul)

Tapi, aku ni jeles yang baik. Bila perasaan jeles tu timbul...terus rasa nak buat kerja sungguh-sungguh walaupun kerja aku ni tak seberapa pun hehehehe.

Monday, January 3, 2011

Mistikkah cerita ini?

Aku tak pastila ape yang aku nak cite ni masuk dalam kategori mistik ke tak? hehehe.

Pagi-pagi aku masuk ofis, rutin biasa la...on PC, g pantry buat milo, isi air dalam botol, lepas tu warm-up sikit sebelum aku memulakan konsentrasi aku terhadap kerja dengan seriyes. Ececece.

Seperti biasa, mak cik cleaner pun masuk bilik aku buat apa-apa yang patut macam lap meja ke, mop ke, sapu-sapu ke n whatsoever. Aku pon dengan ramah nye tegur mak cik tu.

aku :hi mak cik... ( sambil tersengih kambing dan meneguk air milo)

mak cik :Dah minum?

aku : er.....tengah minum mak cik (aku sengih lagi tapi dalam hati aku..konpius sket dgn soklan mak cik tu)

mak cik: hehe tak minum dengan cik abang?

aku : o..tak sempat tadi

mak cik: tak pe la...macam mak cik ni, dah tak bersuami. Dah macam-macam mak cik kene dengan orang yang rampas laki mak cik. Kaca, batu semue dah dikeluarkan dari perut mak cik.

Aku : Ha? O..sabar la mak cik. Tapi, orang tu dah rampas suami mak cik, apsal die nak kenekan mak cik lagi. (aku tekejut sebnanye tibe-tibe pulak mak cik ni nak emo tapi aku layan aje la kan...)

Mak cik: Die nak rumah mak cik!

Tiba-tiba korang...mak cik tu menarik narik sesuatu dari kepalenye.

'pang!!!!'

Mak cik tu tepuk almari fail dalam bilik aku.

Aku pon ternganga...apehal pulak mak cik ni..takkan histeria kot.

aku : er....apesal mak cik?

Mak cik : ade setan nak masuk dalam kepala mak cik tadi. Mak cik dah tarik keluar.

aku : er..macam mana mak cik tau ade setan nak masuk?

Mak cik : Mak cik orang belajar...mak cik tahu la.

aku : Habis tu...mak cik letak setan tu dekat almari bilik saye. Macam mane? (aku konpius gile ni)

Mak cik : Ish..tak ape. Ia ibarat angin je dik. Mak cik tepuk die dekat almari kamu nanti die terbang la pergi.

Mak cik tu pon keluar dengan selamba. Aku pulak terkebil kebil sorang-sorang tengok almari yang tak bersalah tu.

Mistik ke cite aku ni?????