Sunday, March 25, 2012

Penggunaan "HANYA" dan "JERR..."

Assalamualaikum

Korang perasan tak ada sesetengah golongan menggunakan perkataan "hanya" dan "jer" sesuka hati dan kadang-kadang rasa macam nak siku je tukang cakap tu.

Aku bagi contoh la kan..ni aku ambik dialog dari satu rancangan TV yang aku baru tengok tadi (semedang nak ambik dialog dari TV hahaha).

"Harga Kebab bla bla bla ini "HANYA" RM49.90 sahaja"

Korang perasan apa yang tak kena? Aku tak tau la kalau korang ni memang POWER jenis tak kisah dan tak berkira. Aku bukan la nak berkira tapi....harga Kebab tu nak dekat RM50 tu...macam tak patut cakap ia "HANYA" RM49.90. Lain la ko nak cakap harga kebab ni "Hanya" RM4.90 ke...boleh gak aku terima.

Maksud aku, kita dekat Malaysia ni bukan semua keje CEO atau gaji RM10k ke atas yang "mungkin" la tak kisah kalau setakat RM50 tu ibarat harga gula-gula dengan choki-choki. Kalau golongan masyarakat Marhaen macam aku ni memang terkejut gile kalau tiba-tiba orang cakap harga kebab ni "HANYA" RM49.90. Macam bajet ko nak cakap ngan aku...alah RM50 je pun...tak pernah makan makanan Class-Class ke? Aku pun tak dak la nak salahkan tokey kedai tu kalau dia nak letak harga kebab die RM49.90 pun kalau dah memang kos die pakai daging kambing mahal ke..mesti dia ada sebab kan. Tapi...jangan la ko cakap "HANYA" tu...haish. Ko cakap je harga dia RM49.90, jangan letak perkataan "HANYA" tu.

Contoh kedua, ayat promoter. (memang aku rasa macam nak siku)

"Kak, kerusi ionizer ni memang berkualiti diiktiraf seluruh dunia. Harganye pun tak mahal, RM25,000.00 "JERRR".

Hamboi..hamboi...hamboi sesedap pizza domino Tuna Temptation je ko cakap dengan aku harga kerusi tu RM25k je. Agak-agak la ko nak cakap dengan aku. Kalau ko tengok aku ni pakai Porsche 911 Carrera ke pergi keje, BMW M3 Coupe pergi pasar ke, lepas tu naik Lamborghini Aventador LP 700-4 pergi kedai mamak ke....boleh la ko nak cakap macam tu dekat aku. Aku ni hanya pemilik Viva 1.0C je tau.

Sama-samala kita renung-renungkan. Peace Yo.

Tuesday, March 13, 2012

Cintaku di Malaysia, bukan di Beijing, China

Assalamualaikum

Bulan lepas kan, aku dan cinta hati pergi bercuti ke Beijing, China. Dekat sana tengah musim sejuk. Memangla aku dengan cinta hati excited gile sebab dekat Malaysia mana ada musim sejuk wei..musim hujan ada la, lepas tu bila teruk sangat..banjir..banjir..banjir. Kalau banjir dekat Smart Tunnel lak....habis satu KL jammed, tak pasal-pasal punch card merah. (Rungutan orang tak bersyukur ni hehe).






Tak perlu aku nak describe lebih-lebih tentang gambar-gambar aku yang terkinja-kinja ni hahaha excited konon la pergi negara orang sampai terlupa nationality sendiri wakakaka...

Tapi, walau macam mana pun bila dah beberapa hari dekat sana....aku rindu sangatttttt dekat Malaysia. Aku rindu cuaca dekat Malaysia yang kadang-kadang panas kadang-kadang hujan. Aku rindu nak makan laksa, masak lemak ketam, mee goreng yang jual pagi-pagi dekat kedai kafe tu, aku rindu nasi lemak, aku rindu langit cerah dekat Malaysia, aku rindu kereta Viva aku yang power tapi tak basuh tu, aku rindu nak tengok cenel Astro dengan TV3 yang berdrama melayu walaupun jalan cite kadang-kadang tah hape-hape hahaha, segala-galanya la yang berada dalam Malaysia sama ada yang aku selalu puji atau selalu kutuk ke. Rindu sangat-sangat.

Tu la, orang selalu cakap 'Hujan Emas di Negara Orang, Hujan Batu di Negara Sendiri, Baik Negeri Sendiri' is soooo true.

Tapi, memang la pun, dekat Beijing, China tu tak de emas pun. Baik ko gi melabur Emas dekat mana-mana cawangan bank terdekat yang bagi harga bagus sebelum harga emas ni melonjak naik lagi akan datang. (menyampah betul dengan harga emas ni tau). Hehehe.

Saturday, March 10, 2012

Parents pls alert- Anak-anak berbasikal di sekitar Bandar Raya

Assalamualaikum

Berbasikal ni memang sukan yang bagus walaupun waktu aku kecik-kecik dulu aku agak boring bila kena suruh dengan mak aku pi kedai beli barang naik basikal. Tambah-tambah fed up bila kena suruh waktu bulan puasa dan cuaca pulak panas terik hahaha. Teruk kan?

Tapi...itu zaman aku kecik dulu lebih kurang 20 tahun yang lampau. Era 90-an tu. Zaman aku nyanyi lagu 'Fiona' kumpulan 4u2c tu ha time bawak basikal. Aku pulak duduk di kampung. Jalan rumah aku nak pi kedai tu...jalan pakai tanah merah ja. Waktu tu dalam kampung aku, aku rasa ada sorang ja pakcik yang ada kereta. Probability untuk aku jumpak kereta waktu berbasikal pada siang hari hanya 1/12 ja tau. Itu pon, kereta cuma boleh bawak dalam 20-30 km sejam je kalau masuk kampung aku tu.

Tadi on the way aku nak balik rumah, aku nampak satu group budak-budak dalam linkungan sekolah menengah kot tengah bawak basikal. Gambar yang aku snap ni dekat-dekat dengan PKNS, Shah Alam. Lepas tu aku jumpak lagi sekali geng budak-budak yang sama dekat jalan tiga lane dari flyover roundbout dekat kilang JVC ke McD Hicom.



Apa yang menjadi isu dan keprihatinan aku, jalan raya yang depa lalui ni buzy. Kalau hari kerja, memang sesak banyak kereta dan lori. Kalau hari cuti, kereta bawak laju-laju macam nak kejar pi Toilet sebab jalan 3 lane (Contohnye aku la hahahaha). Budak-budak ni pulak tunggang basikal di jalan raya yang agak sibuk ni, hanya berbasikal, tak pakai helmet pun dan barang-barang keselamatan lain macam elbow gut ke masa menunggang basikal. Motor pun kita wajibkan pakai helmet bila berada di jalan raya. Aku rasa, basikal pun tak terkecuali kan sebab bahayanya sama ja.

Aku harap, ibu bapa akan lebih prihatin dengan aktiviti anak-anak remaja depa. Aku ni berniat baik. Kalau bangla bawak basikal dekat jalan raya sibuk tu..aku tak pedulik pon. (Jahat nya aku hahaha). Tapi, ini kan adik-adik atau pun anak-anak bangsa kita. Walaupun mungkin depa rasa boleh jaga keselamatan dan tak ada apa-apa yang berlaku tapi....keselamatan perlu diutamakan. Takkan nak tunggu dah jadi baru nak alert. "Malang tak Berbau" kan?

*Peace everybody-sharing is caring.