Saturday, March 10, 2012

Parents pls alert- Anak-anak berbasikal di sekitar Bandar Raya

Assalamualaikum

Berbasikal ni memang sukan yang bagus walaupun waktu aku kecik-kecik dulu aku agak boring bila kena suruh dengan mak aku pi kedai beli barang naik basikal. Tambah-tambah fed up bila kena suruh waktu bulan puasa dan cuaca pulak panas terik hahaha. Teruk kan?

Tapi...itu zaman aku kecik dulu lebih kurang 20 tahun yang lampau. Era 90-an tu. Zaman aku nyanyi lagu 'Fiona' kumpulan 4u2c tu ha time bawak basikal. Aku pulak duduk di kampung. Jalan rumah aku nak pi kedai tu...jalan pakai tanah merah ja. Waktu tu dalam kampung aku, aku rasa ada sorang ja pakcik yang ada kereta. Probability untuk aku jumpak kereta waktu berbasikal pada siang hari hanya 1/12 ja tau. Itu pon, kereta cuma boleh bawak dalam 20-30 km sejam je kalau masuk kampung aku tu.

Tadi on the way aku nak balik rumah, aku nampak satu group budak-budak dalam linkungan sekolah menengah kot tengah bawak basikal. Gambar yang aku snap ni dekat-dekat dengan PKNS, Shah Alam. Lepas tu aku jumpak lagi sekali geng budak-budak yang sama dekat jalan tiga lane dari flyover roundbout dekat kilang JVC ke McD Hicom.



Apa yang menjadi isu dan keprihatinan aku, jalan raya yang depa lalui ni buzy. Kalau hari kerja, memang sesak banyak kereta dan lori. Kalau hari cuti, kereta bawak laju-laju macam nak kejar pi Toilet sebab jalan 3 lane (Contohnye aku la hahahaha). Budak-budak ni pulak tunggang basikal di jalan raya yang agak sibuk ni, hanya berbasikal, tak pakai helmet pun dan barang-barang keselamatan lain macam elbow gut ke masa menunggang basikal. Motor pun kita wajibkan pakai helmet bila berada di jalan raya. Aku rasa, basikal pun tak terkecuali kan sebab bahayanya sama ja.

Aku harap, ibu bapa akan lebih prihatin dengan aktiviti anak-anak remaja depa. Aku ni berniat baik. Kalau bangla bawak basikal dekat jalan raya sibuk tu..aku tak pedulik pon. (Jahat nya aku hahaha). Tapi, ini kan adik-adik atau pun anak-anak bangsa kita. Walaupun mungkin depa rasa boleh jaga keselamatan dan tak ada apa-apa yang berlaku tapi....keselamatan perlu diutamakan. Takkan nak tunggu dah jadi baru nak alert. "Malang tak Berbau" kan?

*Peace everybody-sharing is caring.

2 comments:

kai said...

budak2 sekarang mana nk dengar ckp org tua dah..
degil semua...
bile jadi pape menyusahkan org tua..

Saliha said...

budak2 mmg la...kita budak2 dulu pun mcm tu jugak, akal pendek. Jadi, ibu bapa kena la betul2 prihatin. Betul tak? Pendapat aku la.