Thursday, February 2, 2012

Tipikal Dialog/Skrip Drama Melayu

Assalamualaikum

Contoh 1

Watak A: Kenapa awak balik kl dan tak datang kenduri tunang saya? Saya tau, awak marahkan saya kan?

Watak B: Mana ada. Kan saya dah bagitahu yang saya ada mesyuarat dengan client pasal pelaburan 6 juta tu.


Contoh 2

Watak B menginterkom assistant nye.

Watak B : Leha, boleh awak bawakan saya file client kita dari Mexico tu?


Sebenarnya ada banyak tapi yang ini aku ambik dari satu drama bersiri yang secara kebetulan aku baru je bukak cenel die tadi.

Tapi bukan cerita ni ja, banyak drama drama lain. Bukan drama melayu je, aku tengok drama korea, hindustan, cina pon sama je. Ye la yang watak utama mesti la kena gempakkan, paling cikai keje CEO atau Director, umah diorg bapak besaq macam istana, syarikat ada bangunan sendiri sampai mencapai awan (Putrajaya je pon lokasi dia, Putrajaya bukan bangunan Kerajaan ke), kete paling cikai Merc ke BMW ke Porche ke tak main la Perodua Viva (apsal aku kaitkan dgn Viva ni hehe)...tapi, tak g kenduri tunang membe besfren dari kecik sebab pelaburan 6 juta je? Agak-agak la wei. Lain la pelaburan 6 billion ke.

Selama aku keje ni tak pernah pulak bos aku sound aku "Boleh awak berikan detail kos analisis untuk kontrak kita yang bernilai 2 juta tu?", kalau bos aku sound macam tu, mesti aku sound balik die, "kontrak 2 juta kita yang mana satu? Kita ada 10 kontrak nilai 2 juta." hahahaha. Aku exaggerate je. Maksud aku, tak logik cakap kontrak bapa2 juta sebagai subjek. Sebut la kontrak company A ke Cap Ayam ke projek ladang lembu ke tanam jagung ke. Sebnanye saje je skrip tu cakap bape juta..konon nak tunjuk power la tu. Alahai..sedihnya.

Yang dialog kedua tu pon sama la jugak. Malas aku nak ulang point yang sama. Tapi..mungkin la syarikat dia ada sebijik je client Company dari Mexico.

Masalahnya..aku bukan la dengki ke sakit hati ke apa. Aku faham la...dialog tu nak menampakkan betapa power dan maju nya syarikat diorg sbb ada kontrak sampai 6 juta lepas tu ada client dari Mexico. Tapi..nampak sangat la tak real.

Ini pendapat aku la...korang aku tak tau la. Aku bagi pendapat secara keseluruhan bukan nak blame mana-mana drama. Dialog tu aku bagi contoh je. Hehehe.


3 comments:

KizZ said...

WAh terror-terror dapat tangkap ek..hihi..Kiz pun duk baca-baca ni terus macam, Aah ek betul jugak..

the puffy clouds said...
This comment has been removed by the author.
Saliha said...

Kizz : Dah lama dah dapat tangkap. Tapi dialog drama ni pulak jadi mangsa. Mintak maap la ye kepada yg berkenaan hehehe

the puffy clouds : insyaallah, i visit lepas ni hheehe thanks for visiting my blog