Thursday, April 15, 2010

Pulau Redang

Tahun lepas, company aku ade buat company trip. Ada dua puak di situ. Satu puak nak pergi Pulau Redang dengan gediknyer manakala satu puak lagi nak pergi Pulau Perhentian. Akhirnya, pihak organiser pon buat undi...dan keputusan undi dimenangi oleh Pulau Perhentian. Jadi, destinasi kiteorg adalah Pulau Perhentian. Walau macammanapun, sebab tak nak menghampakan puak-puak Redang....dalam pakej trip tu...kiteorg pergi snorkelling dekat Pulau Redang waktu hari kedua dan lunch dekat Laguna Hotel. Hihi.

Tapi, di sini aku berterus terang la yang aku vote Pulau Perhentian dulu. Iye la...sebab Pulau Perhentian kan namanye labih femes dari Pulau Redang dan mana aku tau yang rupanya Pulau Redang lagi cantekkk dari Pulau Perhentian. Hihi.

Ni....Laguna Beach Resort. Gambar ni diambil waktu kiteorg dalam bot dari jauh. Jarak Redang dengan Perhentian, naik bot dalam 1 jam le lebih kurang.


Puak-puak budak company aku dah sampai dekat-dekat pantai. Tapi, bot tak leh pergi tepi sangat, nanti enjin sangkut. Kiteorg terpaksa lompat terjun untuk turun dari bot. Menyampah betul aku sebab aku ni memang fobia melompat dari tempat yang tinggi. Kalau lompat getah zeropoint tu...aku tak kesah.

Jernih kan air die?????


Ini....Resort tu dari dekat. Kiteorg jalan-jalan menuju ke resort tu...sangatla jakun dengan keputihan dan kesucian pasir pantai dia.



Time ni..aku tengah menyesal sebab tak vote Pulau redang hari tu. Selepas makan adalah aktiviti bebas bermain pasir dan tepian pantai sambil berposing-posing di merata ceruk.


Ini kiteorg dekat Marine Park. Baru lepas snorkelling dalam Marine Park.


Bessssssssssttttt sangat korang. Tula...aku bercita-cita nak pergi lagi sekali dengan Mr M. Tapi...aku tak mau drive pergi terengganu tu...jauh. Penat la. Naik flight pulak...kena sediakan bajet yang lebih. Ish...tu yang susah tu.


Ade penyu kat tengah-tengah gambar ni tau. Ambik dari bot.


Giler betul snorkelling dekat sini. Best sangat. Aku first time snorkell dan aku rasa sangat jakun dan bes. Aku memang nak datang lagi. Cume satu je yang aku berkire-kire. Lepas balik dari sini, kulit aku hitam...gelap akibat berpanas matahari. 6 bulan pon tak hilang lagi korang tau tak. Itu je yang buat aku boring. Huhu. Almaklumla....kulit ni memang tak bape putih ahahahaha. Semulajadi.


So, apa lagi? Korang buatla plan melawat Pulau Redang!!!!!!!! Best.....percayelah kerana ie adalah benarrrrrrr (iklan gedik hehehe)!!!!!!!!


Sekian...

Pulau Redang aims to lure the rich with room rates no less than RM1,600

Korang bace tak surat kaba The Star last Saturday????

Dekat bahagian berite pasal MB Terengganu cakap kerajaan negeri hanya benarkan hotel 5 star ke atas je dibina di sana (bab ni tak kisah sgt) dan akan datang hanya golongan yang kaya sahaja yang MAMPU bercuti di sana kerana kos tidak akan kurang dari US500 (RM1599) semalam (whatttttt?????????????????????????????????????????)

Lepas tu aku pon macam biase la seve dekat internet n macam-macam blog dan bace macam-macam pendapat ade yang pro ade yang menentang. Aku bace je semue secare natural (tak main la emosi-emosi ni) walopun jauh di sudut hati aku ni memang 100% tak setuju, tapi...nak tau gak la ape poin diorg sokong sangat cadangan ni.

Bla bla bla....aku malas nak rumuskan poin-poin diorg yang sokong, korang search je blog diorg dekat The star ade banyak.

Tapi, aku agak sedih la dengan cadangan yang macam ni. Aku pernah pergi ke Pulau Redang tu. Macam mana aku nak cerite ye, tapi.....sangatttt cantik, pasirnyer korang.....putihh halusss ,mulusss.....hmmmmm (nak tarik nafas sambil ingat balik tempat tu), air laut die tenang (bukan musim tengkujuh), jernih, kalau snorkeling kan...pergh.....cantek, makhluk-makhluk ikan warna warni, batu karang nye cantik tapi awas ye....jangan terpijak, bahaye....dan aku berjaye menjumpai seekor gamat waktu tengah main dekat pantai die. Rupenyer buruk...tapi lebih hensem berbanding lintah. (Selama ni aku ingat rupe gamat macam lintah).

Kalau menginap dekat Laguna pon, pakej die RM459, 3D2N tau....snorkelling session 3 kali bercampur makan breakfast, lunch, dinner plus bot dari jeti ke hotel...complete.

Tempat yang cantik dan indah ni...Allah dah ciptakan untuk dinikmati oleh semue manusia (yang berminat la). Kalau kerajaan cuba nak laksanakan perkara macam ni atas dasar niche market n what so eve bla bla bla....aku cume merasakan macam double standard berlaku di sini. Pulau yang cantik hanya layak dinikmati oleh orang yang kaya. Orang tak kaya layak tengok gambar aje ke.

Nak banding pulau redang dengan pulau-pulau lain yang berdekatan macam perhentian, lang tengah, tengol....Pulau Redang pada aku paling cantik mulus sekali tau korang.

Nak bercuti ke luar negara....untuk golongan macam aku ni tak mampu la kan. Nak bercuti dalam Malaysia yang bes macam Pulau redang tu...nak dicekik darah pulak kan. Macam mane tu?

Nasib baik la ada banyak pihak yang menentang. Itu la die. Tapi, ntah la..yang aku kesalkan adalah...macam mana diorang boleh keluarkan usul ni tanpa fikir baik buruk kesan dari pelbagai pihak dulu.

Haih......

Tuesday, April 13, 2010

Ezleen Engagement Party

Punye la lama...skarang baru aku nak story pasal aku pergi kenduri bertunang kawan aku Cik Ezleen. Tak salah aku, kejadian ni waktu Chinese New Year hari tu wakaka. Ini gambar-gambar yang aku paw dari facebook Cik Wat. Ahahahaha.

Cik E ni aku kenai sejak dari form 4 lagik. Tersangatla pendiam orangnyer. Susah nak dengar suara lemak-lemak merdu die. Asyik-asyik.....dengar suare Ella aku je yang bising. Ekekeke. Cik E jugak merupakan mentor subjek Add Math aku waktu SPM dulu. Tersangatla sabar mengajar aku yang degil dan malas ni. Ehehehee.

Tahniah ye...Cik E. Dengar cite...nak buat kenduri dekat Hotel Hilton.........(er..ni aku buat cite, jgn percaye yek)


Ni..adengan tengah bergosip..ntah sape lak la yg g curik tangkap gambar.



Aku dengan Cik Wat. Cik wat...yang ko ni...ke hulu ke hilir ke sane ke mari dengan orang tu dengan orang tu dan dengan orang tu.....korang bile pulak la nak kawen ni.


Sekian.....


Monday, April 12, 2010

Roti John

Cerite aku hari ni tak berape penting pon. Korang tak yah bace pon tak pe. Ini lebih menjurus kepada cerite-cerite syok sendiri.

Hari Sabtu lepas aku ade exam. Location exam tak sempat nak seve. Tapi, dalam google map, rasanye tempat tu tak de la jauh sangat dari rumah aku. Aku bangun awal pagi exam tu...sebab nak seve internet berite-berite terkini. Almaklumla aku ni malas bace surat khabar...so kadang-kadang tu, ade isu semase yang aku kurang prihatin.

Disebabkan study punye pasal, mane ade mase nak buat breakfast. Lagipon, malam tadi Mr M dengan penuh semangat dah janji nak buatkan aku breakfast roti john. Daging semue dah ready. Tinggal bakar roti je lagi. Tapi, adei..punye la susah nak kejutkan Mr M bangun pagi. Aku dah la nak g exam, dengan location tak tau mana. So, macam biasa la, bila dah pagi...Mr M bangun last minit, huru hara la...so dengan sedihnye aku masuk exam dengan perut lapar....

Exam 1st....ok
Exam 2nd....ok tapi sakit kepale lapar la plak.

Tibe-tibe suprise....Mr M bawakkan bekal untuk Brunch satu tupperware Roti john. Uwa....banggenyer!!!!!!! Ni nak sayang ni.

Ini aku sedang berushe menghabiskan time rehat. Aku dah pelawe orang sebelah menyebelah. Tapi, mungkin diorg tak kenal aku so diorg malu, semue mengaku dah bawak bekal. Chaich.



Ade 5-6 orang je dalam tempat exam waktu rehat. Ade yang makan bekal Mc D, yang bergayut talipon, yg main SMS, yg makan nasi lemak bungkus.

Mr M..u r sooo.....sweet. Thanks!!!!!!

Saturday, April 10, 2010

Kasut lagi.....asyik kasut je minggu ni...haish

Aku saje je la nak kecoh dekat korang. Hari tu pergi Festival kasut, aku minat gile-gile dengan kasut ni. Brand NYC. Harga dia RM99.00. Fikir punya fikir. Pusing punya pusing. Asyik berlegar-legar je dekat rak kasut ni. Akhirnya tak beli pun. Jadi, tangkap gambar ajela buat kenang-kenangan.

Aku beria tunjuk dekat Mr M, dia cakap kasut aku ni buruk. Chaich. Aku rasa, kasut ni memang la tak cantik kebaboom. Tapi, ranggi. Nampak macam smart je. Ranggi tu penting. Wakakaka.


sekian.

Friday, April 9, 2010

Lagi Kasut dan tali Pinggang Pelik

Sile jangan boring ye kawan-kawan. Cerite aku pergi festival kasut belum habis lagi. Hehehe.

Ada satu booth ni agak menarik perhatian aku. Kasut-kasut diorg dibuat dari kulit buaya dan kulit ular. Ngeri betul aku bace pamplet diorg.

Ni kasut bawah ni made from crocodile korang. Kulit die la. Hege aku tak tengok pulak.


Daripada jauh kalau tengok mesti kita ingat ular kan.


Tapi yang sebenarnya, tali pinggang ahahaha. Aku terfikir dalam hati la kan, sapa la yang nak pakai tali pinggang sengeri maca ni. Tak tau la aku. Tapi, kalau tak dak orang nak, masakan diorg nak buat kan. Kalau dah buat, mesti sebab ada permintaan. Masalahnya, siapakah mereka yang mintak ni?????

Tengokla kepala tali pinggang ni, sungguh mengerikan. Hiii...yerk. Itu tangan Cik A ye, bukan tangan aku.

Ini la nama kedai die, KM Buaya Enterprise. Tengok nama, kita dah bole agak apa benda yang diorg jual.


Sekian.

Wednesday, April 7, 2010

Weird but Unique

Rentetan kisah aku ke Festival Kasut Antarabangsa hari tu, di sini aku saje la nak kongsi beberapa kasut-kasut yang aku rasakan menarik, rasanya memang tak dapat nak jumpa dekat kedai-kedai biasa dan aku tak tau la sapa yang nak pakai kasut-kasut ni. Dalam kepala otak aku, model yang buat fashion show je yang berani nak pakai kasut-kasut ni.

Walaupun pelik, tapi menarik jugak.

Ini kasut rama-rama kot, design Bill Keith.


Ini kasut burung...ehehe, aku tengok renda dia kan, teringat renda hantaran tunang aku dulu. Macam sama je. Bill Keith gak.

Ini kasut burung merak ni. Bill Keith gak.

So cute...kasut teddy bear pon ade. Macam dalam cite legally blonde je. Bill Keith gak.


Ini pelik sikit je...tapi bapak tinggi betul, tapi aku rase cantik. Custom made shoes ni.




Ini pon Custom Made Shoes. Gile ganazz kasut ni.



Custom Made shoes. Macam ape ye kasut ni. Jerung ke?




Custom made shoes. Macam tangga je.




Custom Made Shoes. Kasut ni buat dari sabut kelape ke?



Kasut bulu ayam ahahaha. Custom Made Shoes.




Kasut ni macam kartun ikan paus. Custom made Shoes.





Sekian.

Tuesday, April 6, 2010

Festival Kasut Antarabangsa Malaysia 2010 - 1

Tahukah korang ade Festival Kasut Antarabangsa baru sahaja dianjurkan di PWTC pada 2,3 dan 4 April baru-baru ini.



Aku dengan Cik A (kelik ofis aku) telah pun mengunjungi festival ni pada sabtu yang lepas. Tapi, bukan disebabkan weols nak pergi sangat, semuenye disebabkan oleh bos aku yang bagi assignment ni dekat kiteorg untuk pergi hujung minggu ni. Kalau ikutkan hati, malas sangat nak pergi. Tapi, bila dah sampai....menarik dan mengujakan.



Booth pertama kiteorg pergi adalah booth Professor Jimmy Choo. Walla....very the exclusive korang......




Kasut-kasutnye pon, tersimpan rapi....macam tayang barang kemas je. Bila aku tengok punya tengok...siap bertakhtakan berlian korang.......blink blink original gitu.




Tengok hegenyer korang. Sile tengok...!!!!! Macam nak terkeluar bijik mata aku ni menegok angka hegenye. Dekat kaki je sudah ratus-ratus ribu. Puteri raja mane la...yang dapat merasa kasut Jimmy Choo ni.




Ni..lagi mahal.




Hege kasut Jimmy Choo berlian ni, tak main la 4 angka korang.....6 angka okay. Fuh...berpeluh. Yang aku tunjuk ni sikit je korang...ade banyak lagi sebnaunye, saje aku malas je nak upload. Aku ni tak pandai sangat nak bagi komen pasal design-design ni. Cuma, pada mata kasar aku, design Jimmy Choo tak de la canggih sangat, aku tengok kasut-kasut dia biase je. Cuma, berlian tu..mungkin la mahal sebab tu hege kasutnye mahal.


Lepas booth Jimmy Choo, kite bergerak ke Bill Keith. Mahal jugak rupanye. It so blink blink. Tapi, tak dak berlian la.

Lagi singgit je dah jadik 5k.


Lepas Bill Keith, aku bergerak pulak ke Zang Toi. Aku tengok unik jugak design Zang Toi cuma...kita berani ke tak nak pakai. Kalau korang tengok pic bawah ni kan, kasut yang belah kiri korang tu yang kale orange dengan purple tu, kalau korang nak tau, tumit dia punya la halus macam lidi beb. Sama ada ko berani atau tak je nak pakai. Tapi, design dia ala klasik inggeris with a bit modernisation gitu.


Aku sempat mengukur saiz kaki. Aku saiz 8???(kaki aku yang dekat saiz 8 tu, lagi satu tu kaki orang lain, aku pon tak tau sapa). Setahu aku, kaki aku ni saiz 5 atau 6. Aku tak pastila measurement kaki ni ikut apa.



Lepas tu, aku tengok demo buat kasut. Diorang ambik tempahan buat kasut on the spot tu. Ini proses membuat tapak kasut.


Kemudian, ni proses menjahit design kasut. Macam jahit baju je rupenye.


Yang ni pulak, dia lekatkan design kasut. Ini sepatutnya buat sebelum menjahit.



Lepas pusing-pusing, ada fashion show handbag dan kasut.




Sekian, laporan aku. Ada lagi bende aku nak story dekat korang. Tunggu esokla. Ehehehe.




Sunday, April 4, 2010

Gasing - Mr M vs Miss S

Mr M

Subjek memakai baju T-Shirt Hitam. Beliau mengaku diri beliau sangat handal di kampung dalam arena bermain gasing waktu budak-budakan dahulu yakni 20 tahun yang lampau. Di sini, beliau cuba mencabar sesiapa sahaja yang ingin menunjuk kehebatan dalam bermain gasing.

Miss S

Subjek memakai T-Shirt hitam gak tapi ade line pink. Beliau memang tidak pernah bermain gasing seumur hidup beliau. Walaupun teman-teman sekampung beliau selalu bermain gasing di sekolah rendah dahulu, tapi beliau tidak pernah berminat untuk menceburkan diri beliau dalam arena tersebut. Fokus permainan ketika kecil lebih kepada batu serembat, ceper dan main zero point. Di sini beliau akan mencabar keangkuhan Mr M dalam permainan gasing sambil dibantu oleh sifunye yakni abang kepada encik M, yakni Encik Along.

Encik Along

Subjek memakai baju hitam jugak dan topi cowboy. Beliau adalah abang Mr M.



Siape juare sebnarnye???

Friday, April 2, 2010

Destinasi Kuching

Alkisah...akak aku telah ditukarkan ke Kuching. Jadi, aku pon nak bawak le family aku pergi melawat sane. Ini kisah tahun lepas sebenarnye. Oleh sebab AirAsia baikkk sangat, bagi aku tiket RM9 hengget je ke sane...aku bukan aje bawak family aku, malah dengan family in law aku sume aku hangkut ke sane. Wakaka...tiket murah, beb...sape tak nak. Masalahnyer...tiket baby lagi mahal dari tiket dewasa. RM30. Aiseh men.

Pada hari pertama, aktiviti kiteorg adalah dengan menghabiskan mase membuat lawatan sambil belajar ke muzium-muzium yang wujud di Kuching. Lagipun, akak aku kan seorang pendidik anak bangsa, bapak in law aku pon berkerjaya bidang yang sama..maka haruslah anak-anak dan seisi keluarga di bawa melawat sambil menuntut ilmu...wakaka.

Kiteorg tak pakai tourist guide, sebab akak aku ade jadik volunteer. Hebat tul akak dengan abang ipar aku ni.

Ini..kiteorg tengah rehat dekat masjid kuching sambil berkelah. Ehehehe....Satu info aku nak bagitau korang kalau sampai kuching ni...cuacenye lebih panas dari cuace semenanjung. Jadik, jika anda kemane-mane di sana, jangan lupa membawa air mineral atau hundred plus yang banyak, kipas, dan sunglasses. Ehehehe.

Kemudian, kiteorg g terjah tempat kek lapis dayang salha. Kek nye banyak jenis betul berjenis-jenis. Jadi di sini kiteorg cuba try test uji, kek mana yang cantik, yang mana yang sedap, yang mana nak beli dan yang mana nak makan free. Ahahahaha. Tapi nama kedai ni nak macam name aku pulak (perasan). Ehehehe.



Dah macam open house hari raya plak. Free untuk ditest.




Habis usha kek lapis....usha gambir plak.




Hari kedua...akak aku bawak g rumah kebudayaan. Akak aku kenal orang tempatan, jadik kiteorg sume dapat hege orang tempatan. Murah la sket. Kalo tak..mahal tul hege tiket nak masuk die.

Ini sesi aku tengah menunjuk skill menympit pada anak buah, adik aku, adik in law dan mak in law aku. Tepat di sasaran tuh. Kagum ke???? Ahahahaha.


Sesiapa yang mak bapak kepada budak-budak, haruslah menyewa uniform orang sarawak untuk anak-anak berposing. Satu..RM10 tak salah aku.


Ini..aku tunjuk skill menari buluh style orang sarawak. Wakakakak......


Ini kiteorg tgh melepak dekat tangga salah satu rumah contoh kaum sarawak. Rumah Melanau kot. Aku pon tak berapa ingat. Tapi, ramai yang tak dak di situ. Mak in law aku, suami adik in law aku dan akak aku bersama suaminye tak dak dekat situ.

Best gak dekat Rumah Kebudayaan ni. Selain ada persembahan etnik kaum-kaum di sarawak dengan rumah-rumah contoh kaum-kaum di sarawak, aku enjoy main macam-macam benda. Main sumpit, main menari buluh, main gasing (nanti aku tunjuk skill aku dekat korang), main rakit, makan sagu, makan kerepek dan macam-macam lagik. Sangat enjoy dekat sini.

Aku dengan family aku tido di rumah akak aku manakala family in law aku tido dekat hotel. Tapi, hari ketiga, semue pon tido dekat rumah akak aku. So pada pagi hari ketiga..hotel akak aku menyediakan breakfast yang hebat.....nyum nyum..memang five star. Cume...tak dak air cond je...uhuhuhu.

Lepas itu..kiteorg pergi bershopping di pasar Sariken. Er..betul ke aku eja ni ek. Bes gak, tapi dekat sini aku cuma beli cenderamat untuk kawan-kawan ofis aku je. Orang lain sibuk tengok tikar sarawak. Tapi, maafla ye..rumah aku terlalu luas untuk dibentangkan tikar sarawak tu. Hehe...pepaham je la.



Kretif betul orang ni hias guitar.



Aku dengan Mr M paling awal habis bershopping dekat sane. Kiteorg lepak dekat van sambil tunggu orang-orang lain yang masih tak mau balik. Ahahaha...sumenye sibuk mengusha tikar sarawak.


Walaupun..kiteorg berada di Kuching..tapi, kenapakah kiteorg makan KFC. Sedangkan KFC ni...dekat subang jaya ada belambak????? Konfius aku.


Last day....kiteorg menginap dekat Hotel Margarita. Bes giler siutt. Tapi...aku merasakan gambar-gambar yang diambil di sana tidak berapa penting untuk di upload di sini maka aku tak upload. Aku rasa dah banyak gile ni gamba, penat pulak aku. Kuikuikui.
Aktiviti terakhir sebelum kiteorg pulang ke Semenanjung adalah mengshoppingkan diri dengan membeli kek sarawak. Semue orang bershopping macam nak buat bisnes dekat Semenanjung je. Ish ish...kaye tokey kedai Dayang Salha ni kalo macam ni.

Ini akak dengan adik ipar aku. Tengah kire bape bijik lagik nak borong. Macam makan je semue kek tuh. Ehehehe. Tapi...kek nye terlalu banyak, berwarna warni...bermacam-macam perasa, aku pon pening nak pilih mane.


Akhirnye, aku borong 11 bijik kek. Kedai tu tulis, beli 10 dapat free 1. Tapi, kalo korang nak tau...sampai sekarang pon, ada sebijik lagi kek sarawak dalam peti ais rumah aku tu, tak habis-habis pon akhirnya. Ntah boleh makan lagi ke tak, aku pon tak tau.


Kiteorg pergi sini naik bot. 50 sen sorang. Tapi, aku tak de ambik gamba la...so tak dapat nak upload.

Kemudian, pergi bershopping ikan terubuk masin dekat pasar satok. Ini adalah antara aktiviti wajib korang buat kalau datang sarawak. Aku beli 10 ekor dekat sini.

Tara.....dah dekat Airport. Macam poyo je posing aku ni. Macam posing era 80-an je. Menyampah betul.


AirAsia ni...memang la baik hati bagi tambang murah..tapi yang tak tahannya, flight ayik delay aje. Boring betul aku. Ini...aku tengah keboringan akibat delay la ni.

Sekian.....
Kalau korang nak bercuti ke Kuching, jangan lupe melawat tempat-tempat yang aku dah lawat. Pastikan juga korang mempuanyai GPS sebab dekat sini signboard dia agak kurang, jalannya banyak dan dari satu tempat ke satu tempat tu jauh. Nak pakai taxi atau tourist guide berbayar pon boleh gak tapi, mahal la. Ehehehe.
Best jugak bercuti di sana walopon banyak gangguan daripada bos aku ketika aku tengah bersuka ria dekat Kuching ni. Gangguan betul la dan sungguh hampes gas. Gr.....
Waktu tangkap gambar ni...aku hepi walaupon flight delay cume yang tak besnyer...esoknye dah kene pergi kerja seperti biasa uhuhuhu...itu je perasaan tak bes aku waktu time tangkap gambar nih.