Thursday, April 15, 2010

Pulau Redang aims to lure the rich with room rates no less than RM1,600

Korang bace tak surat kaba The Star last Saturday????

Dekat bahagian berite pasal MB Terengganu cakap kerajaan negeri hanya benarkan hotel 5 star ke atas je dibina di sana (bab ni tak kisah sgt) dan akan datang hanya golongan yang kaya sahaja yang MAMPU bercuti di sana kerana kos tidak akan kurang dari US500 (RM1599) semalam (whatttttt?????????????????????????????????????????)

Lepas tu aku pon macam biase la seve dekat internet n macam-macam blog dan bace macam-macam pendapat ade yang pro ade yang menentang. Aku bace je semue secare natural (tak main la emosi-emosi ni) walopun jauh di sudut hati aku ni memang 100% tak setuju, tapi...nak tau gak la ape poin diorg sokong sangat cadangan ni.

Bla bla bla....aku malas nak rumuskan poin-poin diorg yang sokong, korang search je blog diorg dekat The star ade banyak.

Tapi, aku agak sedih la dengan cadangan yang macam ni. Aku pernah pergi ke Pulau Redang tu. Macam mana aku nak cerite ye, tapi.....sangatttt cantik, pasirnyer korang.....putihh halusss ,mulusss.....hmmmmm (nak tarik nafas sambil ingat balik tempat tu), air laut die tenang (bukan musim tengkujuh), jernih, kalau snorkeling kan...pergh.....cantek, makhluk-makhluk ikan warna warni, batu karang nye cantik tapi awas ye....jangan terpijak, bahaye....dan aku berjaye menjumpai seekor gamat waktu tengah main dekat pantai die. Rupenyer buruk...tapi lebih hensem berbanding lintah. (Selama ni aku ingat rupe gamat macam lintah).

Kalau menginap dekat Laguna pon, pakej die RM459, 3D2N tau....snorkelling session 3 kali bercampur makan breakfast, lunch, dinner plus bot dari jeti ke hotel...complete.

Tempat yang cantik dan indah ni...Allah dah ciptakan untuk dinikmati oleh semue manusia (yang berminat la). Kalau kerajaan cuba nak laksanakan perkara macam ni atas dasar niche market n what so eve bla bla bla....aku cume merasakan macam double standard berlaku di sini. Pulau yang cantik hanya layak dinikmati oleh orang yang kaya. Orang tak kaya layak tengok gambar aje ke.

Nak banding pulau redang dengan pulau-pulau lain yang berdekatan macam perhentian, lang tengah, tengol....Pulau Redang pada aku paling cantik mulus sekali tau korang.

Nak bercuti ke luar negara....untuk golongan macam aku ni tak mampu la kan. Nak bercuti dalam Malaysia yang bes macam Pulau redang tu...nak dicekik darah pulak kan. Macam mane tu?

Nasib baik la ada banyak pihak yang menentang. Itu la die. Tapi, ntah la..yang aku kesalkan adalah...macam mana diorang boleh keluarkan usul ni tanpa fikir baik buruk kesan dari pelbagai pihak dulu.

Haih......

No comments: