Tuesday, April 6, 2010

Festival Kasut Antarabangsa Malaysia 2010 - 1

Tahukah korang ade Festival Kasut Antarabangsa baru sahaja dianjurkan di PWTC pada 2,3 dan 4 April baru-baru ini.



Aku dengan Cik A (kelik ofis aku) telah pun mengunjungi festival ni pada sabtu yang lepas. Tapi, bukan disebabkan weols nak pergi sangat, semuenye disebabkan oleh bos aku yang bagi assignment ni dekat kiteorg untuk pergi hujung minggu ni. Kalau ikutkan hati, malas sangat nak pergi. Tapi, bila dah sampai....menarik dan mengujakan.



Booth pertama kiteorg pergi adalah booth Professor Jimmy Choo. Walla....very the exclusive korang......




Kasut-kasutnye pon, tersimpan rapi....macam tayang barang kemas je. Bila aku tengok punya tengok...siap bertakhtakan berlian korang.......blink blink original gitu.




Tengok hegenyer korang. Sile tengok...!!!!! Macam nak terkeluar bijik mata aku ni menegok angka hegenye. Dekat kaki je sudah ratus-ratus ribu. Puteri raja mane la...yang dapat merasa kasut Jimmy Choo ni.




Ni..lagi mahal.




Hege kasut Jimmy Choo berlian ni, tak main la 4 angka korang.....6 angka okay. Fuh...berpeluh. Yang aku tunjuk ni sikit je korang...ade banyak lagi sebnaunye, saje aku malas je nak upload. Aku ni tak pandai sangat nak bagi komen pasal design-design ni. Cuma, pada mata kasar aku, design Jimmy Choo tak de la canggih sangat, aku tengok kasut-kasut dia biase je. Cuma, berlian tu..mungkin la mahal sebab tu hege kasutnye mahal.


Lepas booth Jimmy Choo, kite bergerak ke Bill Keith. Mahal jugak rupanye. It so blink blink. Tapi, tak dak berlian la.

Lagi singgit je dah jadik 5k.


Lepas Bill Keith, aku bergerak pulak ke Zang Toi. Aku tengok unik jugak design Zang Toi cuma...kita berani ke tak nak pakai. Kalau korang tengok pic bawah ni kan, kasut yang belah kiri korang tu yang kale orange dengan purple tu, kalau korang nak tau, tumit dia punya la halus macam lidi beb. Sama ada ko berani atau tak je nak pakai. Tapi, design dia ala klasik inggeris with a bit modernisation gitu.


Aku sempat mengukur saiz kaki. Aku saiz 8???(kaki aku yang dekat saiz 8 tu, lagi satu tu kaki orang lain, aku pon tak tau sapa). Setahu aku, kaki aku ni saiz 5 atau 6. Aku tak pastila measurement kaki ni ikut apa.



Lepas tu, aku tengok demo buat kasut. Diorang ambik tempahan buat kasut on the spot tu. Ini proses membuat tapak kasut.


Kemudian, ni proses menjahit design kasut. Macam jahit baju je rupenye.


Yang ni pulak, dia lekatkan design kasut. Ini sepatutnya buat sebelum menjahit.



Lepas pusing-pusing, ada fashion show handbag dan kasut.




Sekian, laporan aku. Ada lagi bende aku nak story dekat korang. Tunggu esokla. Ehehehe.




6 comments:

scarxoxo said...

makkkkk aiii. kalau pakai kasut berlian tu, mamat peragut dah tak ragut bag lagi dah. semua nak sepak kaki curik kasut hahaha

luna_e said...

ahahaha....betul betul betul...tak pun buat-buat terpijak kasut, mane tau berlian tu terjatuh, lepas owner die pergi, kite kutip la berlian tu bawak jual wakakaka

lanun terlampau said...

tu harga diskaun ke? =.=

luna_e said...

erm...yang display dalam kaca tu tak pasti la harge diskaun ke tak. Tapi menurut sok sek sok sek dari mak mak datin dekat kafe...kasut jimmy choo ade diskaun 70%. Tapi, saye tak perasan sangat ade ke tak diskaun dekat booth jimmy choo, jakun sangat tengok kasut hege ratus ribu. Duit beli kasut ni, kalau beli rumah la, teres 2 tingkat pon dah bole dapat. huhu

Haney said...

tp paling menarik kasut bulu ayam..cam comey jer..tp kalau patern2 cam tu bwk gi opis semua jln tunduk tgk kasut..ahakss

luna_e said...

haney: ahahaha....glamour gitu...