Sunday, March 25, 2012

Penggunaan "HANYA" dan "JERR..."

Assalamualaikum

Korang perasan tak ada sesetengah golongan menggunakan perkataan "hanya" dan "jer" sesuka hati dan kadang-kadang rasa macam nak siku je tukang cakap tu.

Aku bagi contoh la kan..ni aku ambik dialog dari satu rancangan TV yang aku baru tengok tadi (semedang nak ambik dialog dari TV hahaha).

"Harga Kebab bla bla bla ini "HANYA" RM49.90 sahaja"

Korang perasan apa yang tak kena? Aku tak tau la kalau korang ni memang POWER jenis tak kisah dan tak berkira. Aku bukan la nak berkira tapi....harga Kebab tu nak dekat RM50 tu...macam tak patut cakap ia "HANYA" RM49.90. Lain la ko nak cakap harga kebab ni "Hanya" RM4.90 ke...boleh gak aku terima.

Maksud aku, kita dekat Malaysia ni bukan semua keje CEO atau gaji RM10k ke atas yang "mungkin" la tak kisah kalau setakat RM50 tu ibarat harga gula-gula dengan choki-choki. Kalau golongan masyarakat Marhaen macam aku ni memang terkejut gile kalau tiba-tiba orang cakap harga kebab ni "HANYA" RM49.90. Macam bajet ko nak cakap ngan aku...alah RM50 je pun...tak pernah makan makanan Class-Class ke? Aku pun tak dak la nak salahkan tokey kedai tu kalau dia nak letak harga kebab die RM49.90 pun kalau dah memang kos die pakai daging kambing mahal ke..mesti dia ada sebab kan. Tapi...jangan la ko cakap "HANYA" tu...haish. Ko cakap je harga dia RM49.90, jangan letak perkataan "HANYA" tu.

Contoh kedua, ayat promoter. (memang aku rasa macam nak siku)

"Kak, kerusi ionizer ni memang berkualiti diiktiraf seluruh dunia. Harganye pun tak mahal, RM25,000.00 "JERRR".

Hamboi..hamboi...hamboi sesedap pizza domino Tuna Temptation je ko cakap dengan aku harga kerusi tu RM25k je. Agak-agak la ko nak cakap dengan aku. Kalau ko tengok aku ni pakai Porsche 911 Carrera ke pergi keje, BMW M3 Coupe pergi pasar ke, lepas tu naik Lamborghini Aventador LP 700-4 pergi kedai mamak ke....boleh la ko nak cakap macam tu dekat aku. Aku ni hanya pemilik Viva 1.0C je tau.

Sama-samala kita renung-renungkan. Peace Yo.

2 comments:

kai said...

ala oke lah tu ade gak kereta...
dari x berkereta...
payah gak~

Saliha said...

Oppss...alhamdulillah hehe
Kalau ko xde kete lagi..baik ko kumpul duit beli rumah, ade kete ni membazir je pun...asyik kene isi minyak, bayar tol dengan tiket parking je... hehe
(maafla andai poyo hehehe)