Sunday, April 15, 2012

Kisah Facebook

Assalamualaikum

Hari ni hari Ahad dan secara tiba-tiba selepas aku log in Facebook, aku terasa nak mengumpat pulak. Hehehe. Tapi, aku mengumpat secara umum je la di sini.

Aku admit yang 'people tend to express' perasaan diorg, kejayaan diorg dekat wall Facebook tu kan. Aku ni bukanla peng'update' tegar facebook tapi...kadang-kadang tu ada jugak la aku gatal tangan mengarut hahaha.

Yang aku heran sikit..kalau adanya beberapa individu yang jadikan facebook ni macam 'planner' diorg. Aku bagi contoh la kan dekat sini.

pagi: 1- I ada breakfast appointment dgn my BFF
2- I ada appoinment dengan my client to sign our deal
3- Next is appoinment with my banker to discuss on my property loan
petang 1- Attend cousin's birthday party

Aku bukan dengki weih...cuma heran la jugak sampai tahap macam ni dia update facebook dia. Semua org pun tahu ape die akan buat hari ni. Aku tak jeles...seriyes cuma...HERAN. Tu je la hehehe.

Aku ingat nak update status Facebook ala-ala drama melayu la macam ni ' I Sedang menghadiri meeting untuk projek 3 juta dengan Tan Sri-Tan Sri dan Dato'-Dato' & lepas tu nak pi Mexico sign contract 2 juta pulak...well bz u know '

Hahahahahaha. Eh, tak lawak ke? Aku sorang je gelak...kesian pulak kat aku. Huahuahua.

2 comments:

kai said...

biase la tu..
gunakan kelebihan yang ada...

- encikkai.com -

Saliha said...

hehehe.....