Sunday, September 23, 2012

Adengan Minyak kereta habis dalam movie..

Assalamualaikum

Korang perasan tak, kalau dalam movie ke drama ke dekat tv, baik cite omputih ke,org melayu ke, org cine ke, org india ke....bila adengan kejar mengejar orang jahat ke, orang baik ke, perompak hijack kereta ke, polis hijack kereta orang awam sebab nak kejar orang jahat ke, tak pernah ada adengan minyak habis...minyak tinggal setakuk je atau pun yang seangkatan dengannya.

Semua kereta tu dah la kereta power ko. Bila nak kejar-kejar....tak main la nak bawak setakat kelajuan highway macam aku bawak. Dah bawak punya laju-laju selaju-lajunya sampai semua kete orang lain tunggang terbalik, sampai lori pon terbang-terbang....kete hero dengan orang jahat je yang maintain macho laju bergaya dekat jalan raya tu kan....tak de sorang pon antara diorang tiba-tiba minyak habis kan? kan? kan? Padahal....diorg bukan bawak kete Viva ke Vios ke yang jimat minyak. Kete yang diorg bawak tu selalunya geng-geng kereta yang makan minyak macam bukak paip air tu...tau tak? Geng-geng macam Lamborghini dengan Ferrari.

Sedangkan kereta lumba dalam F1 pon mesti masuk Pit untuk isi minyak ke, tukar tayar ke atau pun adjust mana-mana yang patut lepas tu sambung balik lumba.

Heran tau tak?Heran?

Aku tau la itu semua cite...tapi macam biase la, aku nak gak cakap heran muahahahaha.

ps: Aku baru je lepas tengok cerite Transporter 2, adengan Lamborghini kejar Helikopter. Power weih. Huahuahua.

No comments: