Friday, January 4, 2013

Kembali Bekerja

Assalamualaikum






Isnin depan aku dah start kerja balik. Uwarghhhh!!!!!!! Perasaan malas+berat hati sangat. Hari ni aku bawak anak aku g bersunat. Lepas tu bawak die g jalan-jalan dekat One Utama. Konon-konon chillax time between mommy and daughter la kan walaupun selebihnya budak kecik tu tido je dalam stroller die. Hek.

Kesian Nuha Ayra kan. Kecik-kecik kena hantar ke rumah pngasuh, kena tinggal dengan mak pak dia. Sedangkan aku kecik dulu...mak aku tak pernah pun nak tinggalkan aku dekat sapa-sapa ke merata alam. Memang la, mak aku profesen dia suri rumah. Tapi...tu la kan, tu yang aku kesian sangat dengan si Nuha Ayra ni. Terasa macam aku ni mak yang tak bertanggungjawab pulak. Haihhhh. Ni yang tetiba rasa macam syahdu+melankolik ni. Rasa tak sanggup la.

Aku tau...semua ibu-ibu pun mengalami dilema yang sama. Kadang-kadang aku berborak dengan mak cik-mak cik aku, depa punya zaman lagi la kejam, lepas habis pantang je terus kena kerja. Sekurang-kurangnya....aku ni merasa la jugak cuti 3 bulan, siap sambung cuti tahun lagi. Hm..syukur syukur alhamdulillah sebab diberi kesempatan oleh yang Maha Esa untuk berkongsi masa dengan si kecik ni.




No comments: