Sunday, January 13, 2013

Happy Belated Anniversary & Happy Birthday Dear Husband

Assalamualaikum

Antara  kelemahan nyata aku yang langsung tak sesuai dengan profesyen aku adalah kesukaran mengingat nombor. CPU aku ni mudah konpius dengan combination macam2 nombor untuk dihafal. Tapi..kalau korang suruh aku selesaikan soklan matematik ke....tu ke'power'an aku. Kalau suruh aku hafal nombor....memang hampeh sehampeh-hampehnya. 

Aku cume ingat nombo IC aku, telepon rumah kampung aku, hp aku, hp laki aku, poskod kampung aku, plat kete aku, plat kete laki aku, plat moto laki aku (dulu moto aku ni), birthday family kandung aku, birthday laki aku dan annyversary date.  Aku rasa....itu saja.

Dan...tahun ni disebabkan aku konon-kononnya sibuk sangat jadi Supermommy....aku lupa Anniversary kawen aku. Padahal...punya la plan bagai nak rak time kawen dulu nak pilih 12/12 konon supaya senang ingat sampai tua. Coiii. Baru nak masuk 4 tahun kawen, dah lupa. Laki bini sama-sama lupa pulak tu.

Sebulan dah lepas. 12/1 birthday laki aku. Nasib baik la aku tak lupa (thanks facebook huahuahua). Jadi aku buat la small celebration Birthday Bash cum Annversary sekali. Takde special pon...aku cuma masak apa yang ada kat dapo je, chicken chop+roti sardin+special homemade black pepper sauce. Kek pon aku nak buat sendiri tapi tak cukup ingredient, takde buttermilk kat dapur. Aku postpone next weekend. Laki aku cakap ok gak...sebab kalau semua yang bes2 masak minggu ni nanti minggu depan dah tak ade yang bes. Aku macam...ok, nasib baik. Kalau tak..semput gak aku nak main master chef dekat dapor ni kuikuikui.


Tada....presentation aku ni fail dekat colour la. Patut taruk salad ke timun ke lada benggala ke, baru la ada elemen colour lain. Fries pon takde. Nak buat macam mana, ini je yang ada dekat dapur aku tuh...ada la sayur sawi dalam fridge, macam tak kena pulak nak bubuh sayur sawi ahahaha. Waktu pesan grocery hari Jumaat hari tu...tak terfikir pun nak buat chicken chop ni.
 



Ini Good Girl sangat baik. Time mommy dia sibuk...die baik je tido dengan penuh ketembaman.

Rasa macam cuti weekend 2 hari tu tak cukup kan?Esok dah keje, rumah pon aku tak sempat kemas habis minggu ni..pfttttt.

No comments: