Friday, July 27, 2012

Ubat Kurus

Assalamualaikum

Sejak akhir-akhir ni...takde la akhir sangat sebenarnya dah lama dah benda ni, aku tengok kemunculan produk-produk kurus daripada pelbagai produk ni kan tumbuhnya bagai cendawan di kalangan kawan-kawan aku. Kalau dalam fb tu...aku rasa wall aku penuh dengan promotion ubat kurus dari membe-membe fb aku yang menjadi ejen pelbagai brand ubat kurus ni.

Mungkin la sebab faktor umur kot...bila semua pun usia dan menginjak nak pergi 3 series, dah berkeluarga, dah beranak pinak, yang tak kawen lagi pulak keje semakin bagus, gaji semakin masyuk, hari2 makan sedap sampai badan pun masing-masing dah tak sekurus muda-muda remaja dulu.

Tapi jauh dekat sudut hati aku, aku tak berapa setuju sangat tau. Pada aku, badan sihat+pemakanan yang menyihatkan+cara hidup yang sihat, tu lagi penting dari obsessi nak kuruskan badan dengan ultimate target supaya ko boleh pakai baju raya yang ko idam-idamkan raya ni ke, laki ko takkan pandang awek lain sebab ko kurus ke dan macam-macam lagi la.

Aku bukan nak memperlekehkan niat suci masing-masing. Ini cuma a piece of my 2 cents la sebab aku tengok obsessi nak kurus tu mengatasi obsessi nak sihat. Aku tak cakap yang jual-jual produk kurus ni tak prihatin dengan kesihatan diri. Mana la aku tau diorg prihatin ke tak, aku pun bukan penah tanya pon. Tapi, kalau bergosip dekat ofis pon aku tengok...membe-membe aku banyak yang obses nak kurus berbanding nak sihat.

Mungkin sebab kenkangan masa lagipun..ye la nak maintain healthy life style ni ingat senang ke, memerlukan pengorbanan dan determination yang tinggi. Aku yang konon2 suka healthy lifestyle ni pon kadang-kadang tak boleh nak konsisten sangat. Tapi, kite semua sama-sama la berusaha ke arah yang lebih baik kan?

Peace yo!

No comments: