Wednesday, May 26, 2010

Jangan Makan Ikan Keli!!!!!!!

Ahad lepas, aku dan Mr M dan Parents In Law aku and Family Abang Mr M telah membuat lawatan ke Pasar Borong Selayang (lawatan...???####). Actually aku dengan Mr M baru pertama kali le datang sini. In Law aku cakap dekat sini ikan-ikannye segar-segar dan murah. Sejak akhir-akhir ni aku kan rajin masak ikan dan suka makan ikan, lepas tu asyik la dok merungut susah nak dapatkan ikan-ikan yang segar dekat Mydin, Tesco dan pasaraya-pasaraya berdekatan. Nasib je...kalau time pergi tu ikan diorg baru sampai, boleh la pilih ikan yang segar-segar. Selalunye, mana la aku tau time bile ikan diorg nak sampai. Selalu aku pergi ikan semua dah stok lama macam nak busuk. Aku tengok pon rasa tak lalu. Bluek....!!!!!

Balik pada cerita asal aku. Waktu tengah-tengah dok cari ikan siakap dengan ikan bawal...tibe-tibe aku nampak ada ikan-ikan yang berenang dalam lautan darah. Apa????? Bila aku tengok je...IKAN KELI yang berenang rupanya. Diorang potong mulut dia, tu yang berdarah tu. Geli...dan MENYEDIHKAN la....


Aku rasa diorg buat macam tu tak nak bagi ikan tu liar. Ikan keli kan liar sikit. Diorg potong mulut tu, agaknya lemah sikit la ikannye. Selalu aku tengok, orang jual ikan keli hidup-hidup. Kalau dah mati , nanti tak sedap kot.

Tapi, aku sedih sangat tengok ikan-ikan tu. Jap lagi diorg akan mati tapi diorg mati dalam keadaan terseksa dan sakit. Semue dah kene potong mulutnye. Dalam keadaan cedera-cedera tu, berenang la masing-masing dalam darah sendiri. Iyerk.....sedih aku tengok. Dekat pasar kampung aku, aku tengok diorg jual ikan keli dalam bekas air. Bila orang nak beli baru sauk. Dekat Giart, Tesco, Mydin, Jusco dan Pasaraya SSW pun aku tengok diorg jual ikan keli macam tu, tak de potong-potong mulut. Nanti kalau dah beli, baru la terus takik die bagi mati terus. Takde la mati terseksa. Kalau aku, aku hibernate dulu ikan tu dalam peti ais, bagi die pengsan, baru potong terus masak. Hehehe. Konsep aku, haiwan tu tak terseksa bila nak mati. Tak sakit.

Disebabkan aku sedih dan pilu tengok cara ikan keli dijual dekat Pasar Borong Selayang, aku menanam azam untuk tak nak makan ikan keli yang jual dekat mana-mana kedai dekat area sini. Melainkan, ikan keli yang In Law aku beli (diorg beli dekat kampung) ke...tak pe la, sebab diorg beli dekat kampung hidup-hidup dan potong bila nak masak terus.

Kalau korang tak kisah tak pe la. Tapi, aku kisah. Aku tak suke cara diorg jual macam tu. Walau macammanapun, siapa la aku ni kan. Jadi, sebagai tanda protes, aku berjanji pada diri aku tak akan makan ikan keli yang jual masak-masak dekat kedai tu sebab ada possibility diorg beli dekat pasar borong Selayang. Melainkan kalau aku confirm diorg beli bukan dekat pasar ke, atau beli dekat pasar yang macam pasar dekat kampung aku ke, baru aku akan makan.

Huhuhu. Sekian.

4 comments:

Tihara said...

memang seksa arr..wat camtu..tak elok laa kan..ada org dia goncang dengan air garam terus mati..

luna_e said...

wow...goncang dengan air garam terus mati...??? tak pernah dengar tuh... tapi, kalau die terus mati tak pe, tak kisah, takde la diorg terseksa kn???

Tokan said...

salam singgah

presa1200 said...

kalo sy pn x sanggup nk mkn haiwan or ikan yg mati terseksa. sedih kan? time qurban bkn main lg sembelih binatang ikut cara islam tp hidupan laut boleh pulak biar terseksa camtu...