Thursday, May 20, 2010

Showdown 2010

Korang tengok Showdown 2010????

Ini street dancer competition. Sangat menarik. Juri die Maple Loo dan Joe Flizzow. Aku rasa budak-budak muda menghabiskan aktiviti masa lapang dengan benda-benda macam ni adalah lebih baik daripada buat-buat perkara yang tak berfaedah macam merempit ke jadi kutu rayau ke jadi kutu dadah ke. Tapi, kena ada pengawasan mereka yang pro la...sebab aksi-aksi dia bahaya kalau simply tiru-tiru macam tu.

Sekarang ni lebih menarik daripada episod pemilihan awal-awal sebab sekarang memang diorg dah pilih 12 crew untuk berentap setiap minggu. Konsepnya lebih kurang So You Think You Can Dance la. Tapi, 4 crew sms paling rendah setiap minggu akan lawan battle. Sape kalah, dia akan tersingkir.

Sangat teruja bila menontot showcase diorg. Rasa macam nak menari jugak je. Nasib baik la aku ni malas. Kalau tak....dah jadi break dancer dah ni. Ahahahahaha.

Ada 12 crew yang terpilih untuk final showdown. Giller Battle Crew, Wakaka Crew, Floor Fever Crew, HMC Phlow Crew, Soul Krazy Crew, Famous Crew, Borneo Soul Breakerz Crew, Funky UX Force Crew, Return Crew, Feasible Crew, Backyard Revolution Crew dan Blackie Wackie Crew. Ade yang best gile-gile...ade yang biase-biase je kuikuikui.



1- Giller Battle Crew



Memang power gile la group ni. Diorg pun dah selalu menang banyak competition yang melibatkan breakdancers ni. Bukan setakat Malaysia, dah sampai peringkat International dah diorg ni. Kalau tengok showcase diorg ni..memang smart gile, skill memang berani mati punye skill dan setiap seorang crew diorg hebat.

Tapi, untuk perempuan yang lemah lembut macam aku ni uhuk uhuk...(terbatuk puler), mungkin tak favour sangat group ni. Sebab gaya diorg sangat ganaz, muke pun masing-masing garang dan ganaz. Dan....a bit arrogant. Nampak dari segi luaran la. Tapi, diorg ramai fan dan memang tere.

Malam tadi aku tengok vote diorg termasuk dalam 4 terendah. Diorg rilek je masuk battle. Dah tere kan, memang la rilek je masuk battle. Gerenti tak tersingkir. Kalau tak, tak de la nama diorg giller battle... kn



2 - Wakaka Crew


Group ni pon bes. Pada aku persembahan diorg sangat kreatif. Pandai pilih lagu. Agak lain dari yang lain la. Identiti semue seluar skinny. Nampak sempoi. Skill pon hebat. Group ni mungkin agak menambat hati awek-awek...boleh ke aku cakap macam ni sebab budak-budaknye semue muke jambu-jambu dan nampak macam baik-baik je.

Antara yang mempopularkan group ni sebab semua orang kenal Alam, juara So U Think U can Dance, salah seorang group ni. Ini antara feveret group aku jugak.


3 - Floor Fever

Ini antara feveret group aku. Smart gile diorg dance. Penuh Attitude. Kareography diorg sangat-sangat bes dan kretif. Aku sangat sangat suke tengok showcase diorg. Sangat la.


4 - HMC Phlow.


Group ni lagi aku sangat suka dan sangat favour. Budak-budaknye pon cute-cute. Kareographer diorg...ok je la. Tapi, yang kelakarnye aku tengok sebijik macam dalam klip video lagu pulak. Style la. Bukan aku cakap diorg tiru klip video lagu. Tapi, movement diorg yang smart dan clean tu dah macam tengah tengok klip video lagu je bile tengok diorg buat show. Ahahaha. Tapi, movement diorg sharp gile. Sangat smart diorg ni.

5 - Famous Crew

Aku tak minat sangar kareographer diorg. Tapi, movement diorg power... Aku nak tengok kalau diorg battle giller battle crew, sapa lagi power.

6 - Borneo Soul Breakerz

Group ni malam tadi aku tengok showcase diorg kan, bila nak dance selain break dance, haiya...buruk betul. Gaya macam pelik. Tapi, sekali tukar jadi break dancer...fullamak...laju dan smart movement diorg. Cantik je. Silap malam tadi, lama sangat diorg perform tarian mula-mula tu. Sepatutnye, skejap je dalam 15 - 20 saat je. Tunjuk break dance je habis-habisan.

7- Soul Krazy

Diorg memang girls power group. Aku paling suke dengan yang pakai seluar kale gold tu. Cantik gile die menari. Diorg memang pandai-pandai belake dance. Tapi, nak compete dengan street dancer yang lain, aku rasa susah jugak. Go Go Girls!!!!! Keep it up, girls....!!! Hihi.

8- Funky UX Force Crew
Dulu waktu aku tengok diorg battle dekat Penang, aku rasa group diorg ni cool gile. Boleh lawan Giller Battle. Tapi, bila tengok performances diorg banyak-banyak, aku terasa diorg ni macam tak cukup agreasif la. Bukan suruh jadi ganaz ke hape. Aku rasa macam power diorg ni. Tapi, macam bile perform tu macam tak cukup, tak sampai. Aku pon tak tau la. Aku harap diorg akan lebih agreasif dan tunjukkan lebih banyak dance routine.

9 - Return Crew

Walaupun diorg ni budak-budak. Tapi, nampak diorg lebih agreasif bila perform. Cuma, mungkin skill diorg belum cukup kemas dan clean jika dibandingkan group-group yang lain. Aku rasa diorg ni tahun-tahun depan, mesti bertambah power.

10- Feasible Crew

Group ni aku tak tau nak komen ape. Diorg ok je la.

11- Blackie Wackie

Aku ingatkan group ni keluar dulu last week. Tapi, malam tadi baru diorg tersingkir. Aku tengok diorg menari tak de la bes sangat. Tapi, usaha gigih untuk menjadi bes tu memang nampak. Aku terkilan sikit tengok battle diorg malam tadi. Sebab nampak macam down je budak-budak ni nak lawan Feasible Crew. Mungkin diorg frust kot sebab lepas dah usaha gigih, juri masih tak puas hati dan bagi komen yang negatif.
Tapi, malam tadi punye battle aku rasa yang salah DJ die. Lagu die main macam malas-malas je. Tak suasana battle langsung.


12- Backyard Revolution

Aku tengok group ni macam kelakar-kelakar je budak-budaknye. Name pon Backyard...kareography diorg okay. Tapi, tu la...mungkin diorg masih muda, so, aksi tak cukup agreasif lagi. Aku rasa, akan datang diorg mungkin akan jadi power jugak.

Jomlah kite tengok rancangan ni bes....!!. Aku jadi volunteer promoter pulak. 9.30 malam. Rabu. Di 8TV. Ulangan dan Diary pulak 11.30 mlm. Selasa. Hihi.

2 comments:

Tihara said...

oo..ni yg menari2 breakdance tu yep..

luna_e said...

ha..aa