Saturday, May 8, 2010

Kedai Makan / Restoran yang bagus

Hari ni aku nak Komplen pasal senario kedai-kedai makan dekat Malaysia. Ini nak bagi komen negatif la, so pada tokey-tokey kedai makanan yang tak buat attitude macam ni, tak payah nak terasa. Ini khas untuk yang berkenaan je.

Aku ni tak pernah la bukak restoren ke ape, jadi komen aku ni memang 100% pro kepada side pelanggan la. Aku pelik bila ada gerai atau restoran yang ibarat hidup segan mati tak mau, tak ada daya saing nak majukan kedai, dan macam tak analisis apa kelemahan diorg.

Aku rasa, untuk tarik pelanggan dan majukan restoran senang saje...

1 - Makanan mesti mau sedap

Sesetengah kedai ni aku tengok, macam masak syok sendiri. Tak sedap langsung. Rasa pun tak de. Kalau celen aku yang tak pandai masak ni pon...silap hari bulan aku yang menang (perasan...bluek). Ko masak tak sedap, lepas tu nak cas pelanggan bajet sedap je ko masak. Chaich. Kalau tak pandai masak, tak usah la bukak gerai makanan. Ko pergila bukak bisnes lain yang sesuai dengan jiwa ko. Macam mana bisnes nak maju, kalau core operation tu tokey sendiri tak pandai dan harapkan pekerja je. Betul tak?

2 - Jangan le kedekut, bos.

Kalau nak kedekut...ko tunjuk depan staf ko je tak pe la. Jangan sekali-kali ko tunjuk sifat kedekut taik hidung masin ko depan pelanggan especially melibatkan makanan beb. Pelanggan akan menyampah dengan ko dan tak nak makan dekat kedai ko lagi. Ayam ko potong cenone, ko nak cas macam ayam sebijik yang besar. Mane bole bos. Lu dah makan riba waktu niaga ni????

3 - Bersih bersih bersih

Yang ini...memang masalah serius. Terutamanya gerai-gerai yang kecik-kecik. Bos, lu paksa la pekerja lu tu rajin sikit bersihkan kedai. Aku memang fail sikit kalau pergi kedai yang tak berapa bersih ni. Contohnye la kan....food court budai UiTm dekat seksyen 2 UiTM dulu. Sape-sape budak UiTM dulu mesti selalu lepak dan makan dekat situ. Tapi, sekarang aku dengar dah tukar dan yang tukar ni aku tak tau la macam mana kan. Tapi, yang dulu tu...murah memang murah...tapi, ape perasaan korang ketika menikmati ABC die yang warna warni dan tinggi macam gunung kinabalu tu.....tengok syok gile ni...tibe-tibe korang nampak anak tikus menari-nari di kaki meja depan ko. Bluek......(aku tak tau la..pada sesiapa yang tak kisah..tapi aku sangat la kisah dengan benda macam ni)

4 - Servis

Aku pelik la dengan sesetengah pekerja di sesetengah kedai. Aku tak tau la salah bos die tak tau dan tak kasi sound same pekerja die tu ke, atau pun salah pekerja tu yang memang malas dan hampeh.

Korang pernah tak mengalami, bila kita nak panggil pelayan die kan, kite angkat-angkat tangan atau jerit nama 'bang..bang..', pelayan die tu yang tengah terkedek-kedek macam kure-kure bawak pesanan ke jalan muke ke depan je pure-pure tak dengar. Korang hangin tak???? Aku tak tau la kalau korang memang golongan bersabar. Aku pon golongan bersabar gak. Ekekkeke. Tapi, angin la jugak. Mamat ni..pekak ke..mata tu macam ada dinding dekat kanan kiri. Kalau pandang depan tu, dah tak nampak kiri kanan dah. Kalau aku bos, dah lama aku sekolahkan budak ni dengan clorox cukup-cukup.

Apa yang jelas dekat sini, kalau aku pergi kedai yang memang bagus servis die, walopon kedai die tengah buzi gile ramai orang, pelayan semue bizi, kite panggil, die respon, tapi sebab bizi die jawab la..'kejap kak, kejap a...'...tengok...sejuk la sikit hati kite ni. Tak de la macam panggil dinding. Maksudnye ade respon. Kite pon pelanggan, paham la jugak kalau dah ramai pelanggan, diorg sibuk, bukan nak layan kite aje. Tapi, respon tu penting.

5- Ikhlas

Aku rasa..nak masak tu hati kene ikhlas. Baru kite pelanggan rasa sedap je makanan tu. Tapi...aku selalu dengar, orang cakap...orang mane aku pon tak tau...diorang kate kedai-kedai makan ni selalunye mesti letak benda-benda kotor untuk pelaris la, untuk tarik pelanggan la, itu la ini la. Kenapa diorg nak buat macam ni. Tolong la jangan buat. Kalau kite ikhlas memasak dan berniaga, mesti pelanggan suka. Kenapa nak guna ilmu-ilmu yang syirik ni untuk berniaga. Berdosa. Rezeki pon..tak berkat untuk keluarga. Kesian pelanggan semue kene aniaya. Aku memang tak setuju dengan senario ni. Malas nak komen panjang.

Bila majoriti peniaga makanan ada attitude yang aku bagi tau tadi...aku tak de mood nak pergi jenguk dan makan kedai-kedai tersebut. Rasa kecewa nak pergi dan tak berbaloi. Sebnanye ada jugak kedai kedai yang bagus, yang semue benda-benda aku mention dekat atas tadi dia tak buat. Dalam 15 kedai, nisbah satu la yang ok.

Marilah same-same kite memajukan antara satu sama lain.

Malaysia Boleh!

2 comments:

Tihara said...

ee kalau la diorang terbaca kan bagus sesungut..:)

luna_e said...

itu la...kecewa betul dengan sesetengah daripada diorg ni...kecewe tak terkate...tulis je yg mampu hihi