Thursday, May 13, 2010

Lagenda Budak Setan

Sungguh teruja bila tengok dekat Astro hari tu ada promo/iklan filem 'Lagenda Budak Setan'. Aku pun sebenanrnye dah hampir terlupa pun kewujudan novel ni. Tapi, sekali sebut je...aku boleh recall boleh cite ni. Dulu, waktu sekolah, aku ni antara peminat tegar Ahadiat Akashah. Sejak form 2 lagi. Aku memang ikut cite ni dari awal sampai la ending dengan Katerina. Walaupun sesetengah part dalam novel tu aku ingat-ingat lupa (tebal weh.....trilogi die), tapi summary cerite tu aku memang tau la dan ingat lagi.

Sekali tengok je trilogi die, aku agak Farid kamil tu Kashah, Lisa Surihani tu Ayu, Q Haidar tu Azmi. Tapi, mula-mula aku ingatkan Fazura tu Ayu lepas buat pembedahan. Bila aku selidik dekat internet, rupa-rupanya Fazura jadi Katerina. Tapi, Mr M asyik tak puas hati kenapa Farid Kamil yang jadi Kashah. Kashah kena muka macam humble, selekeh tapi hensem dan macho. Masalahnya, bila aku fikir fikir, memang macam Farid Kamil je yang paling sesuai. Sebab die kan nak buat scene sekolah sampai kerja. Takkan nak ambik Aoron Aziz ke Jehan Miskin ke Remy Ishak ke...lagi la tak sesuai. So...Farid Kamil la yang paling sesuai.

Yang aku peliknya...ada jugak dekat ofis aku ni yang tak tau kewujudan novel Lagenda Budak Setan ni.

Aku : Eh, korang tengok tak iklan cite filem Lagenda Budak Setan yang dari novel tu, nak keluar wayang?
Cik A: Er....tak penah dengar pun. Novel ape tu?
Puan NK: Macam pernah dengar la...tapi tak pernah baca.

Apa???? Macam tak percaya pulak aku. Setahu aku, kemunculan karya Ahadiat Akashah ni dulu, ibarat kebangkitan revolusi baru novel-novel cinta. Sebab bukan budak-budak pompuan je yang baca novel ni, budak-budak laki yang konon-konon taiko+samseng+malas baca buku dekat sekolah pun bace novel ni. Tapi, kalau betul-betul tak tau, nak buat macam mana kan.

Waktu aku baca novel ni dulu, aku selalu terfikir, eh, ada ke lelaki macam Kashah ni wujud dalam dunia realiti kita ni kan. Betul-betul pencinta Sejati la kirenye. Shahdu betul. Rasa nak ngurat je kalau ada lelaki macam Kashah ni. Tapi, disebabkan aku pun percaya yang lelaki macam Kashah ni hanya wujud di dalam novel dan tak wujud dalam realiti kehidupan, sebab tu la aku tak de ngurat sape-sape. Wakakakaka (terpoyos pulerrr).

Yang penting...aku tak sabar nak tengok cite ni dekat wayang. Expectation mestilah tinggi kan. Tapi, hasilnya tak tau la. Macam mana diorg nk scrap kan novel tu yang punye panjang kisah die dalam bentuk filem yang 2 jam je. So, aku tak rasa hasilnye akan lebih bes dari novel die.

Aku rase, kalau filem ni dapat sambutan hangat, mesti nanti diorg buat drama bersiri dekat tv untuk ceritakan lebih detail. Mr M sibuk komplain kenapa film maker tak nak buat cite ni ikut macam novel, contohnye budak setan 1, budak setan 2 etc etc...lawan cite-cite omputih yang macam Lord of The Rings tu ke Harry Potter tu ke. Erm...susah aku nak jawab persoalan Mr M tu. Tapi, aku rasa....susah nak cari bajet kot. Lagipun, takut la gak pada risiko mana tau, filem tak dapat sambutan. Walau macam mana pun, ikhlas dekat sini, filem ni kalau pelakon die pandai bawak watak, director bagus...insyaallah...meletuppp, tak gitu.

Cik Luna menyokong karya anak tempatan. Hihi.

Sekian.

4 comments:

Haney said...

samalah kita tak sabar menunggu kehadiran lagenda budak setan kat panggung..dulu masa baca novel ni mmg tak ble buat kerja lain..mcm ada magnet jer yg menarik2 utk terus membaca..lisa surihani & farid kamil rasanya antara pilihan yg terbaik lah utk melakonkan watak ni...

luna_e said...

yeah...i sokong 100% ape haney cakap...sbb i pon mcm tu gak dulu huahuhahuha

SuLtry TempTrEss said...

ahaks... ahadiat akashah the ghost writer ...sngt best... dr pilot cafe, kl-london, cinderella 98.... hairan juga ada org yg xmengenali beliau...

luna_e said...

sultry temptress: hm..betul betul...tapi nak buat mcm mana hihi