Monday, February 1, 2010

Pengembaraan ke Dunia Nasi Beriani Kambing...mbekkkk....

Selain daripada Daging Kambing potong atau pun lebih gleme dipanggil 'Lamb Chop', aku dengan Mr M amat-amat la suke makan Nasik Beriani Gam Kambing. Terasa amat bahgia sekali bila dapat menikmati nasik beriani yang sedap. Ini memang feveret haku.

Dari aku kecik lagi aku memang sokeee sangat makan nasik beriani bila ayah aku beli setiap hari jumaat. Dekat area kampung aku...nasi beriani jual hari Jumaat je. Time tengah hari. Agaknya...nak menggalakkan orang p smayang jumaat kot. Kalau bapak aku beli la...wey..aku memang rasa tu la hari aku yang paling bahgia....sekali. Betapa efeknye nasi beriani ni. Tapi bila aku masuk boarding skul...mane dah nak jumpak. Hari Jumaat aku tak dak dekat kampung. Ayah aku pun malas nak beli..sapa nak makan. Mak aku mane layan nasi beriani. Tapi dulu waktu kecik aku ingatkan nama dia Nasik Berani. Rupanya...Beriani. Ehehehe.

Tapi..skarang ni,nasik beriani takpayah tunggu hari Jumaat. Siap ada restoren yang core business die Nasi Beriani je.

On the way aku balik dari tampal tayar..aku terasa nak makan nasik beriani dekat seksyen 13 shah alam. Nasi Beriani Pak Anjang Johor nama restoren die. Dulu nama die Beriani Power. Tapi lepas tu ada restoren Beriani Power bukak dekat Subang Mewah. Aku ingatkan branch dia. Tapi, orang kedai seksyen 13 ni cakap bukan. Lepas tu...depa pun tukaq nama. Tapi lokasi still sama. Dah lama tak makan..teringin pulak nak makan.

Eh, tuan punya blog meng'expose' diri sendirik. Lupa pulak nak cover gigi arnab aku ni. Huhu..malunyer.

Ni...sebelum proses makan. Aku order air teh o ais limau.

Ini..selepas habis proses makan. Licin....ahahahaha. Aku juare lagi. Mr M masih belum habis makan time nih.

Dulu..restoren ni jadi ranking pertama dalam list restoren-restoren nasik beriani aku. Tapi..skarang aku rasa dah jadi nombor 2 kot. Disebabkan ini makanan feveret aku dengan Mr M...kiteorg memang suke tour mana-mana kedai jual nasik beriani yang sodapppp. Sape tak sedap...anggapla yang kesekelian kali aku datang. Tapi..kalao sedap..insyaAllah datang lagi.
Ranking aku yang nombo 1...jual dekat PJ, dekat masjid, hari jumaat je. Mr M selalu belikan sebelum nak g smayang jumaat n bagi dekat aku lepas balik tu. Seriyes......sedap dan hege berpatutan. Nasi beriani kambing RM9.
Restoren ni pulak skarang dah jatuh carta nombor 2. Sedap tu..sedap. Aku tak cakap tak sedap. Nasi beriani kambing die RM10.50. Tapi...yang dekat PJ ni...sikit lagi sedap. Tak tau la aku apa depa manderem aku. Ehehehe. Ranking no 3 aku...baru JM Beriani. Dekat Jm ni..nasik dia sedap tapi...masak kambing die tu..bulih la tahan...kena usha lagik ye JM.
Tapi..ini tekak aku dengan Mr M la yang kata kan. Tekak korang aku mana tau. Kalau korang ada mana-mana kedai nasik beriani yang korang try dan rasa-rasa sedap..jangan malu-malu..bole bagitau aku secara detail...mesti aku akan p try. Ehehehe.
Sebelum aku calooo...aku tetap nak bagitau. Ada satu restoren Beriani dekat Taipan. Aku dah try. TAK SEDAPPP weh. Plg tak sedapppppppppppppppppppp aku penah makan. Betapa byknyer hurup p aku ni..macam tu la aku nak express betapa tak sedap. Tekak aku la kata. Orang lain aku tak taula kalo ada yang suka...jangan pulak terasa. Aku makan sesudu...lepas tu nak teruskan..aku dah tak boleh wey. Aku rasa macam ambik cabaran FearFactor pulak. jadik dah aku cakap fear factor tu..korang pepaham la maksud aku. Mr M pulak makan...macam muka budak-budak kena paksa makan ubat. Aku..memang tak habis terus. Aku tak tau la apa masalahnya. Mungkin rempah depa guna tu...tak sehati berdansa dengan kiteorg.
Adios.


No comments: