Monday, May 31, 2010

Tabung Percutian

Dulu-dulu punye blog dan di mana-mana pun aku sentiasa menjaja sana sini yang aku teringin nak melancong ke sekian sekian tempat ini la...lepas tu tukar tempat ni la...macam-macam la tapi luar dari Malaysia la kesimpulannye.

Dulu waktu SPM, aku ingat nak sambung belajar ke Oversea dengan harapan boleh melancong sambil belajar. Maksudnye sambil belajar, boleh melancong (macam terpesong je niat aku nak belajar). Tapi, disebabkan abah aku asyik tak ikhlas je bagi aku pergi...semue nasihat pun menjurus kepada JANGAN JANGAN JANGAN....

Biasela...takut gak la aku. Karang jadi tulah ke anak durhaka ke hidup tak berkat ke tenggang ke. Tak mau la aku. Rugi pulak kalau setiap hari raya tak dapat makan rendang daging mak aku. Keadaan ekonomi aku, takkan membenarkan aku pulang raya tiap-tiap tahun punyer. Malam raya mesti mak aku sedih. Kalau akak aku beraya dekat rumah mertue die, sape je yang ade dekat kampung tu...adik aku yang hampeh dalam menjalani aktiviti dapur. Chaich.

Untuk mencapai cita-cita aku ni kan...aku menanam azam untuk buat satu tabung percutian. Nak kene allocate duit gaji selepas bayar bil bil yang penting. Duit road tax, income tax, simpanan untuk masa-masa tak terjangka, insurans kete, quit rent rumah dan etc etc. Sume tu pun nak kene tolak dulu. Maksudnye..setiap bulan, sikit je yang dapat masuk tabung ni.

Tapi, setelah beberapa bulan kumpul duit untuk percutian, plan dan angan-angan pun dah hampir terbentang luas. Ku sangka kan panas berpanjangan..rupanya hujan di tengah hari. Ada orang pujuk aku beli stok shares la, beli air cond sebab panas la (aku sanggup berpanas hokey...) dan etc etc. Semua benda-benda yang mengganggu ni akhirnye membuatkan tabung pelancongan aku menjadi zero. Aku sungguh kecewa. Kecewa. Kecewa.

Ye la..kalau nak harapkan dapat pakej melancong free waktu cabutan bertuah ke ape...tak pernah dapat. Huhuhu......

Bila la cita cita ni nak tercapai...huhuhu

5 comments:

Tie HT said...

kumpul cheque nuffnang ok tak..

Saliha said...

erm..duit nuffnang, seminggu dapat la 50 sen...boleh la tapi, xtau la bila baru byk hahahaha

Ili said...

luna: btol btol btol....klu 50 sen smggu nk tnggu week ke brape bru bleh g vacay?heeeheee

Gee Luth said...

hoho..saya pun suka holiday..paling2 kena kumpul 1k utk tiap2 kali holiday

Saliha said...

ili & Lu'Luth : Betul la...kan bes kalo tibe2 dapat hadiah wang ribu2 ke...bonus puluh2 ribu ke...cabutan bertuah ke....hihihi (berangan..)