Tuesday, March 30, 2010

Earth Hour - Perlukah????

Daripada tahun lepas lagi negara kita menjalankan kempem 'Earth Hour' selama sejam. Matikan lampu dan semue peralatan elektrik..kecuali tv...ehehehe (sebab aku tengok siaran tv macam biase je...diorg x stop pon).

Aku tau...sebab-sebab kenapa diorg nak kempem 'earth hour' ni..bla bla bla macam-macam diinfokan kepada masyarakat Malaysia. Dalam tv, dalam iklan, dalam surat khabar dan merate-rate. Tujuan utama sebab global warming dan bla bla bla..sebagai simbolik dan bla bla bla.

Tapi, yang peliknyer (sikit je la), kite ni digalakkan bergelap selama sejam, tapi...dekat hyper-hyper market, supermarket, kilang-kilang, stesyen minyak, jalan raya, dataran, tetap terang benderang...tak switch off pon. So, tak de rehat pon pade bumi. Yang dekat rumah je switch off. Biase la tu. Malam minggu ramai orang suke keluar jalan-jalan makan-makan dekat luar, mesti la rumah diorg off segale barang letrik....jadik...aku tak nampak objektif yang kukuh dan realistik di sebalik kempem 'earth hour' ni. Ia lebih kepada macam kempem budak-budak dekat sekolah ke unibesiti ke.....kadang-kadang aku rase buat membazir.

Kemudian yang kecoh aku tengok...party earth hour dekat penang, dekat kl....er, excusez moi, ape kaitannya dengan objektif 'earth hour' yang sebenarnye ni. Hallo....do we in a right track???

Kalau kita betul-betul sayangkan bumi kita ni...setakat 'earth hour' sejam tu...tak membantu mother nature pon. Kite ni yang kene berubah. Sikap diri kita dan disiplin diri terhadap keadaan sekeliling. Jangan membazir elektrik, jangan buang sampah merata-rata, jangan menyokong produk-produk yang merosakkan alam sekitar macam penggunaan plastik, produk-produk yang menyeksa haiwan, membazir kertas, dan amalkanlah sifat kitar semula, berjimat dan sebagainya.

Di sini aku cume setakat menginfokan apa pendapat aku seikhlasnya tentang kempem ni. Kalau korang nak tau lagi konspirasi di sebalik kempem ni..korang googling je isu ni. Banyak lagi yang korang akan tau.

Aku bukannye menentang kempem ni...tapi prinsip aku, kalau kita nak sokong sesuatu tu...kita kene la ambik tau pro n cons bende yang dimuntahkan di depan kita tu...sebelum kita buat keputusan untuk sokong sesuatu, sebaiknya kita fikirla dulu secara logiknye benda tu. Jangan main ikut aje....bak 'Kerbau dicucuk hidung'....adeii...apsal aku berperibahasa plak ni. Wakaka. Jadi..bila kita dah buat keputusan hasil pemikiran yang neutral, sekurang-kurangnya kita tau apa yang kita nak dan tak menyesal kalau tersilap atau lebih tepat lagi jangan jadi 'bodoh' macam pak pandir...mengikut aje tanpa berfikir ehehehehe....

Sekian...

No comments: