Saturday, January 8, 2011

Kebaikan Facebook

Ramai orang cakap main facebook ni buang masa.

Erm..aku tak deny la yang main facebook ni esp kalau main game-game die tu memang agak membuang masa la. Kemudian, asyik dok baca status orang lain esp mereka-mereka yang suke update status diri yang tak berapa penting...dikira buang masa gak.

Tapi kadang-kadang ada gak positifnye.

Macam aku ni, yang selalu boring dengan rutin harian aku yang sama setiap hari tapi, kalau nak melangkah untuk ubah rutin harian aku jadi lain, aku takut pulak nak ambik risiko. (hampeh kan aku ni?). Kadang-kadang tu sebab boring sangat dengan rutin harian sendiri...mula la start malas nak kerja, demotivate dan yang seangkatan dengan nya.

Kemudian, bila aku bukak FB, tengok status membe-membe sekolah dengan UiTM aku yang lain, especially diorg-diorg yang tinggi sangat passion diorg dengan career diorg tu...sampai asyik dapat offer dok luar Malaysia je..aku rase jeles la pulak. Tapi.. diorg tu single, boleh la nak gi merantau mana pun..betul tak??? (kata-kata nak pujuk hati sendiri kuikuikui kesian tul)

Tapi, aku ni jeles yang baik. Bila perasaan jeles tu timbul...terus rasa nak buat kerja sungguh-sungguh walaupun kerja aku ni tak seberapa pun hehehehe.

5 comments:

Gayahspears said...

kat facebook Gayah, gayah tak letak nama betoi.. so tak ade lah yg kenali..huhu

yuyu aziz said...

pada yuyu kan, satu kebaikan fb yang paling ketara, it helps me to reconnect with my long lost friend and yet get connected with my current friend. senang nak tahu latest news coz they use that as a medium to announce something. :)

tapi, blog lagi best. heee

misSbLurRy said...

banyak kebaikan sebenarnye cume bergantung pada diri nak wat baik or buruk...

ifwat SAHAJA said...

hahaa, facebook melekakan ;p


p/s : suda folow anda yeay !

Saliha said...

gayah : wow..gayah penuh misteri hihi

yuyu : yeap...agree with u kalau pasal nak reconnect dgn kawan-kawan tu..

misblury : betul..betul..betull (tiru upin ipin)

irwat : irwat pon betul gak..

semue orang betul huhuhuhu