Saturday, January 28, 2012

Kekeliruan di Kedai-Kedai Winter Accesorries

Assalamualaikum

Minggu depan kan, sang cinta hati dengan aku nak p Beijing China. Yeahhhh....(gedik). Travel Agent cakap dijangka suhu -6 C. Makanya, kitorg pon gigihla survey segala apa jadah untuk protect kitorg daripada kesejukan dekat sana nanti. Rasanya hampir semua jugakla kedai-kedai winter clothes n accesorries ni kitorg pegi menjelajah dan tanya macam-macam soalan. Almaklumla...peghaak (terms org Kedah atau kata lainnya adalah Jakun) hahahaha.

Tapi banyak kekeliruan yang berlaku. Aku dah la tak pernah duduk dalam environment bawah dari suhu 16 C. Kalau pernah pon setakat dekat Bukit Cerakah Rumah 4 Musim dengan Rumah Salji dekat Genting. Tu je. Tu pon tak lebih dari setengah jam. Lepas tu...aku rasa cakap-cakap salesman dekat kedai-kedai winter ni pon lain dari satu ke satu yang lain. Tak tau la aku kot depa saja nak reka untuk sedapkan hati aku dan beli barang yg depa juai ka apa kan.

Aku bagi contoh la kan.

1 - Nak beli Long John

a) Kedai Winter dekat SACC cakap pakai long john cotton pon boleh tahan suhu negative.

b) Kedai Universal Traveller cakap, tak boleh..wool je yg boleh tahan, yg lain tak leh tahan.

c) Kedai Winter dekat PJ cakap, cotton tak boleh tahan, wool boleh tahan, Polyster pon boleh tahan.

See.....lain kan.

2 - Nak beli Winter Coat

a) Kedai Univ Trav yg dekat One Utama dan ada lagi satu kedai winter gak kat situ cakap, pakai la down jacket. Tapi down jacket kan mahal. Pakai yg jacket Wind Breaker (tapi ade mcm span2 gak kt dlm) tu pon boleh tahan sampai -10 C.

b) Kedai Univ Trav dekat Sunway Pyramid pulak cakap, pakai down jacket je boleh tahan negative C. Yg macam wind breaker (mcm di atas) tu mana boleh tahan. Boleh setakat 5 C je.

3 - Nak beli Gloves Leather

a) Kedai Univ Trav dekat Pyramid cakap, tu..tak boleh tahan suhu negatif. Kene pakai gloves yg knit n dalam ada lapisan lain atau gloves yg org pakai nk p ski tu. Nanti tangan tetap tak tahan sejuk.

b) Kedai winter dekat PJ cakap, yg gloves leather tu boleh tahan. Suhu negatif pon boleh tahan.


So...macam mana? Adakah diorg ni betul-betul professional nak bagi nasihat? Atau pun...diorg bagi nasihat berdasarkan apa barang yang ado dekat kedai diorg n make the customer believe that what are they saying is true. Purchase it. Later on, menyesal. Haishhh.

Aku pon tak tau. Takda pengalaman. Setakat ni aku rasa, aku cuma buat pilihan berdasarkan google+gerak hati+common sense je la. Nasihat-nasihat dari pekedai-pekedai Winter ni masih lagi menjadi tanda tanya dan misteri. Hehe.

1 comment:

Anonymous said...

These are in fact impressive ideas in about blogging.

You have touched some good factors here. Any way keep up
wrinting.

Here is my page ... travel agency services