Sunday, January 29, 2012

Anugerah Juara Lagu 26

Assalamualaikum

Aku ingat lagi juara lagu yang pertama sekali yang aku ingat lagi dalam kotak memori aku walaupun macam kelam-kelam je memori die adalah lagu 'Kau Kunci Cintaku Dalam Hatimu' yang dinyanyikan oleh Ramlah Ram pakai baju love tu pada tahun 1988 di mana aku baru je dalam umur 5 tahun gitu. Sejak dari umur aku besar tu, setiap tahun aku tak pernah miss tengok Anugerah Juara Lagu sampai sekarang..!!! Tak pernah miss okay.

Aku ingat lagi betapa gigihnya aku belajar membaca semata-mata nak nyanyi lirik lagu 'Isabella' dalam majalah Gelihati. Stress gile sebab aku rasa susah gila waktu tu nak eja tu merangkak-rangkak. Dan jeles gile tengok Kakak aku nyanyi lagu Isabella tu sambil baca lirik tu dengan lajunye bila Amy Search nyanyi dekat radio. Terpaksa aku hafal dan reka mana-mana lirik yang aku lupa.

Berbalik kepada AJL tahun ni, banyak feveret aku sebenarnya. Aku suka Yuna, Hafiz, Faizal Tahir, 3 Suara, Aizat...hm tu je. Hafiz menang memang dah jangka dah. Sebelum pertandingan lagi dah ramai orang jangka dia menang.

Sebenarnya banyak aktiviti lain aku nak buat selain daripada nak tonton AJL ni malam ni. Aku nak temankan sang cinta hati cari Kasut Timberland die yang tak jumpak-jumpak disebabkan tak dak saiz. Aku nak kene tonton Final Australian Open Tennis Championship 2012. Aku nak siapkan Report (macam poyo je bagitau nak buat kerja during weekend...blah blah blah). Banyak tauu!!!!

Tapi disebabkan untuk tak mencacatkan antara rutin tahunan aku, aku korbankan yang lain demi nak tonton AJL dekat TV. Hahahahaha.

Dekat tv je pon, macam tak boleh buat kerja lain. (Poyooossss...chaich)

6 comments:

ahmad endo said...

final australia tu nak abis pas main 6 jam...hehehe...tapi ajl paling untung hapislah...baju n suar tracksuit...sap bajet...hehehe

Saliha said...

tu la kan..6 jam tu. Kalau aku yg main, dah lame dah pengsan atas court hahaha....

walopon dressing hafiz mcm org nk cuci pinggan mangkuk lps kenduri...tapi, seluar track die cap adidas tau? Perasan x? hehe

mizzura said...

ehehe..just to share..tak dpt tgk opening and first performance pasal laki tetiba mintak gorengkan ikan masin nak makan..punyala berkobar2..tapi mls nk tgk ulangan kt tonton.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Jemput baca,
Arrowhead China Chips (Buah Ngaku)
atau
PHUKET : All Seasons Naiharn Beach Hotel

Saliha said...

misszura: Huishh rugi tu hehehe. Tapi, benda live ni memang keterujaan dia kene tengok time live. Kalau tengok ulangan balik macam kat Tonton tu...ada macam malas sikit. Sama la.

Anonymous said...

haha..akak terharu tuh hg cakap jeles akak leh nyanyi lagu isabella dgn terernya..ada ka?sudah ku lupa..tp memang hantu lagu dulu..skg xtau hantu apa..dh transform jd ibu mithali kot..hehe..

Saliha said...

akak anon: beza umoq kita 6 thn okay. Of cos I envy dgn u with a lot of thingsss.....hihihihi